CHAPTER 2

645 29 0
                                    

"Wey Zayn, tolong hantar aku balik boleh? Aku takde transport la nak balik". Tasha bertanya kepada Zayn.

Tasha merupakan kawan dari kecil dengan Zayn sehingga sekarang. Diaorang dua memang rapat mengalahkan suami isteri. Pergi memana mesti kena sama-sama sampaikan semua orang ingat diaorang ni couple.

"Boleh jee, jomm ahh". Jawab Zayn.

"Manda". Husna dan Adila memanggil aku.

"Yee". Aku menyahut panggilan mereka berdua.

"Manda semalam balik dengan Zayn juga ke?"

"Takdelah, semalam Manda drive sendiri sebab Zayn bawa kereta dia so dia balik sendiri juga. Kenapa". Aku bertanya walaupun ada sedikit rasa tidak sedap hati.

"Ingatkan semalam korang balik sesama sebab tak silap kitaorang semalam nampak Zayn balik dengan perempuan". Husna dan Adila menjawab dengan rasa keliru.

"Yeke? Takdelah pula dia bagitahu Manda pape semalam. Hmm takpe nanti Manda try tanya dia".

"Okay tapi jangan sampai gaduh tauu. Bincang elok-elok okey?"

Aku menggangguk lalu kami beredar. 

"Saya nak tanya awak something boleh ke?" Tanya aku kepada Zayn dengan nada yang tenang.

"Boleh je sayang. Apa dia tu?" Tanya Zayn semula.

"Hmm semalam awak balik sendiri ke?"

"Yee sayang, kenapa? Awak ingat saya nak balik dengan perempuan lain ke?" Jawab Zayn.

"Awak boleh terus terang je dengan saya sekarang ni Zayn. Saya tak marah pun kalau awak hantar perempuan lain balik semalam." Jawabku.

"Betullah sayang, takde pun saya hantar perempuan lain balik semalam. Saya balik sendiri je sebab nak terus balik rumah kan."

Aku taktahu kenapa rasa seperti baru ditipu hidup-hidup sekarang ni. Aku keliru yang mana satu aku harus percaya sekarang ni.

"Sayang?" Panggil Zayn.

"Ya". Jawab ku sepatah seperti tiada mood untuk borak dengannya lagi.

"Sayang dah ngantuk eh?"

"Haah, dah mengantuk. Mmm saya tidur dulu ye. Bye".

Aku pun cepat-cepat tutup panggilan antara kami berdua. Aku rasa sedih sangat sekarang ni kerana aku boleh rasakan yang aku sedang ditipu hidup-hidup. 

"Amanda dah tanya dah dekat Zayn pasal semalam?" Tanya Adila.

"Dah, tapi dia kata dia takde hantar perempuan lain balik semalam". Jawabku dengan perasaan yang hmm taktahu nak cakap macam mana.

"Hmm maybe kitaorang salah tengok kot, kan Husna?" Balas Adila.

"Haah, rasanya kitaorang salah tengok". Jawab Husna pula.

Kitaorang senyum antara satu sama lain.

Aku berjalan untuk pergi ke arah kereta aku tetapi apa yang aku nampak sekarang ni hmm sangat-sangat menyakitkan hati.

Aku pun masuk ke dalam kereta.

"Kenapa diaorang nak balik sama-sama pula? Whyy? Dah takde kawan perempuan lain ke sampai kena tumpang balik boyfriend aku?"

Yaaaa, aku nampak boyfriend aku tumpangkan Tasha balik. Eeeeee gerammm.

"Aku ni kuat cemburu sangat ke eh? Hmm tapi normal la kan perempuan cemburu dengan pasangan dia kan? Ke tak?"

Bebelku sendiri dengan perasaan yang hampir ingin menangis. Huwaaaa. 

Aku pun terus bergerak pulang ke rumah tanpa menghiraukan mereka berdua. Aku masih boleh berfikir dengan waras lagi. Aku takde nak pergi serang diaorang dua tu sebab aku bukan macam budak tahun 6 eh bergaduh sikit sampai nak tarik-tarik tudung bagai.

"Korang, semalam kan Manda nampak hmm nampak hmm huwaaaaa".

Aku mengadu kepada Husna, Adila, dan Nadia tapi tak sampai 1 minit bercakap aku terus menangis sebab kes semalam tu.

"Kenapa ni, Manda?" tanya adila.

"Haah Manda, kenapa ni Zayn ada buat pape kat Manda?" tanya nadia pula.

"Hmmm semalam time Manda nak pergi dekat kereta, Manda ternampak Zayn dengan tasha balik sama-sama. Tasha tumpang Zayn semalam, huwaaaa".

"Eee diaorang ni cam ada something la ishh. Apa masalah lelaki tu eh dah tahu diri tu dah ada girlfriend kan lagi nak tumpangkan perempuan lain balik. Lepastu yang minah tu pula dah kenapa, gila ke? Murah sangat ke diri tu sampai nak tumpang boyfriend orang balik rumah". Marah Husna.

"Manda ni kuat sangat ke cemburu korang? Hmm Manda rasa macam Manda ni kuat jealous laa". Kataku dengan rasa kecewa. 

"Ishh, takdela Manda. Kalau kitaorang pun rasanya akan jealous juga, mana taknya tengok boyfriend tumpangkan perempuan lain balik berdua pula tu". Jawab Nadia.

"Yeee doo Mandaa". Adila pula mencelah. 

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now