CHAPTER 36

201 7 0
                                    

Jam tepat menunjukkan pukul 3 pagi, aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak tidur malam ni. Aku pusing ke arah kanan dan kiri berulang kali. Dan akhirnya aku membuat keputusan, aku bangun dari katil dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat tahajjud. Aku melihat suamiku lena di sebelahku.

Selesai sahaja solat, aku duduk di atas sejadah itu. Aku termenung seketika sehingga aku dapat merasakan ada air mengalir di pipiku. Aku tersedar dari lamunan dan aku menyeka air mata itu. Lalu, aku terdengar suara suamiku yang terjaga dari tidurnya.

"Sayang?"

"Abang. Aisy terkejutkan abang ke?"

"Tak, sayang. Abang terjaga sebab sejuk." Elriq pergi ke arah aircond untuk menutupnya lalu dia datang semula ke arahku. Dia duduk di sampingku.

"Why are you crying, prinzessin?"

"Aisy tiba-tiba terfikir macam mana Aisy boleh maafkan diaorang sesenang itu je. Padahal diaorang dah buat hidup Aisy musnah tapi Aisy tak pernah bencikan diaorang. Perempuan-perempuan yang pernah bencikan Aisy sebabkan dulu Aisy dengan Zayn pun Aisy tak benci. Aisy tak pernah simpan perasaan dendam dekat diaorang semua. Kadang-kadang tu Aisy rasa dunia ni tak adil je sebab hidup Aisy separuh musnah tapi diaorang semua selalu je bahagia. Tapi Aisy fikir Allah itu maha adil. Lambat-laun mesti ada balasannya. Tapi dalam masa yang sama, Aisy taknak diaorang rasa sakit macam mana Aisy rasa dulu."

"Look, prinzessin. Abang cuma boleh cakap yang isteri abang ni seorang yang baik. It's good if sayang tak simpan dendam apa-apa dekat diaorang semua. Tapi sayang pun tak boleh harapkan kifarah untuk diaorang semua sebab kadang-kadang tu Allah tak suka kalau kita mengharapkan seseorang tu dapat sakit balik macam mana kita rasa. Dan, yang pastinya Allah pernah berfirman, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Kamu tidak perlu balas dendam, duduk saja dan menunggu siapa pun yang menyakitimu, satu saat akan kacau bilau dengan sendirinya. Jika kamu beruntung, Tuhan akan membiarkan kamu melihatnya sendiri."

"Sekarang ni, Aisy dan abang bina kehidupan yang baru dan lebih bahagia ya. Kita cuba hadapi dugaan yang mendatang bersama-sama, okay prinzessin?" Elriq mencuit hidungku yang sedikit kemerahan.

"Okay, abang." Aku dan Elriq sambung semula tidur setelah selesai menenangkan hati aku. Elriq tidur menghadap muka aku sambil memeluk tubuhku. Aku pula menggeselkan hidungku di lehernya dan bermain urat di tangannya. Kedua-dua cara ini aku selalu buat pada Elriq sebelum hendak tidur.

Setelah sarapan di luar, Amanda dan Elriq ingin mengunjungi rumah Puan Lin yang mengadakan jamuan untuk semua, termasuk kawan-kawan pejabat ibu dan bapa mereka. 'Kalau aku tahu mummy akan mengadakan jamuan tengah hari nanti, aku tak akan makan terlalu banyak untuk sarapan tadi.' Amanda mengomel sendiri.

Memandangkan dalam kereta itu terlalu sunyi, aku terfikir satu idea nak borak apa dengan suami aku ini.

"Abang, abang tahu tak yang Aisy dah habis baca novel Dr. Alpha Male tu. Seminggu je Aisy dapat habiskan baca novel tu. Tapikan abang, suami dia tu handsome sangat la sampaikan Aisy rasa macam nak dapat suami macam Hilman Ukasyah tu juga. Untung Tristin Hazel dapat suami macam tu."

Elriq memandang ke arahku seketika dan menurunkan Ray-Bannya itu. Apabila sudah menilik wajahku ini, dia kembali pandang ke hadapan.

"Bukan sayang dah dapat suami macam tu juga ke?"

Sudah tiba masanya untuk aku pula memandang wajah suami aku itu dengan kening terangkat di sebelah kiri.

"Abang nak cakap diri abang tu handsome sangat ke?"

"Of course, abang memang handsome pun. Ramai kot nak dekat abang. Dalam Black Snakes tu, abang rasa abang paling handsome."

Aku diam membisu seketika.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now