"Saya minta maaf."
Aku terkejut dengan suara lelaki yang tiba-tiba muncul. Aku taktahu kenapa aku terus melakukan tindakan refleks terhadap lelaki itu.
"Argh!" Riq jerit kesakitan.
"Awak, saya minta maaf. Awak pergi terkejutkan saya tu dah kenapa? Ishh awak ni kan tak pasal-pasal hilang teruna awak."
"Sa...sa...saya...okay." balas Riq dengan wajah menahan ngilu.
"Kenapa awak duduk luar?" tanya Riq setelah mengambil tempat di sebelahku.
Aku menjauhkan sedikit kedudukan jarak antara kami berdua.
"Saja." Aku jawab sepatah.
"Btw this is for you." Aku melihat Elriq menghulurkan tiga kuntum bunga ros berwarna merah kepada aku. Aku menjadi segan untuk mengambilnya.
"Jangan risau, saya ikhlas. Ambillah." Aku pun mengambilnya dengan kerelaan hati.
"Saya perasan setiap kali melibatkan lelaki, awak akan jadi takut. Kenapa?"
"Mana ada apa-apa. Saya okay je." kataku.
"Awak trauma dengan lelaki? Awak ada peristiwa teruk dengan lelaki?"
Aku terkejut apabila itu yang keluar daripada mulut lelaki ini.
"Apa benda yang awak mengarut ni?"
"Listen to me, prinzessin. Saya tak peduli dengan kisah silam awak. Saya tahu semuanya dari awal lagi apa yang terjadi dekat awak 2 tahun lepas dan apa yang awak lalui lepas daripada peristiwa hitam tu."
"Wait a minute, awak panggil saya apa tadi?" Aku seperti pernah mendengar perkataan prinzessin itu. Tetapi aku terlupa di mana aku mendengar perkataan tersebut.
"Aisy." Jawabnya. Aku terus memandang tajam ke arahnya.
"Tak, sekarang ni awak stalk saya ke?" Aku bertanya semula kepadanya.
Aku tertanya-tanya macam mana dia tahu pasal peristiwa hitam itu padahal aku tidak pernah menceritakan dekat orang luar pun kecuali tiga orang kawan perempuan aku di universiti itu. Mustahil mereka bertiga yang memberitahu Elriq.
"Saya tak stalk awak pun. Saya tahu benda ni dengan sendiri."
"Wey Riq, kitaorang dah dapat info pasal Amanda." kata Azyen.
"Tapi kau jangan terkejut pula bila dengar pasal ni." jawab Hayder.
"Kenapa?" tanya Elriq.
"Mmm, sebenarnya Amanda kau tu mmm. Dia pernah hampir kena rog** dengan ex-boyfriend dia." Jawab Hayder.
"What?" Elriq terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Hayder itu.
"Ya, dan diaorang berpisah sebab kalau ikutkan info yang kitaorang dapat semuanya sebabkan perangai Amanda." Kata Azyen pula.
"Kenapa dengan perangai Aisy?" tanya Elriq.
Mereka semua tahu yang Elriq memanggil Amandadengan panggilan Aisy kerana Elriq memang suka dengan perempuan yang ada nama Aisy ni.
"Menurut info ni, ada orang kata dia kongkong ex dia tu." Jawab Azyen.
"Kongkong? Putus sebab kongkong je?" balas Elriq dengan kegeraman.
"Haah." Jawab Azyen dan Hayder serentak.
"Awak dah tahu saya dah tak suci kan. So, tunggu apa lagi? Back off lah."
Aku boleh nampak yang Elriq terkejut dengan apa yang keluar daripada mulut aku sebentar tadi.
"Kenapa saya kena back off? Why should I leave you when you need someone to take care of you?" balas Riq.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...