CHAPTER 55

209 7 0
                                    

Dalam perjalanan balik, aku dan Elriq diam sahaja di dalam kereta. Elriq tidak sanggup untuk menanyakan aku sebarang soalan. Dia takut aku terasa. Sampai sahaja di rumah, aku naik ke bilik dan terus membersihkan diri.

Setelah selesai membersihkan diri, aku keluar dari bilik air tersebut. Aku mendapati Elriq sedang duduk di meja kerjanya itu. Aku memandangnya seketika. Aku berfikir agaknya kalau dia tiada tadi apa lah nasib aku kan?

"Kenapa, sayang?" Suara Elriq mengejutkan aku daripada lamunan.

"Hah? Takde pape, abang." Aku terus memberikan senyuman lalu pergi ke arah almari. Aku sedang membelek baju-baju yang ada dalam almari itu tetapi aku terdengar ada barang terjatuh. Aku memandang ke bawah dan dapati sebuah kotak berada di atas lantai. Aku mengambilnya.

"Itu kotak apa, sayang?"

"Aisy pun dah lupa, abang." Aku mengambil langkah untuk duduk di penjuru katil. Lalu aku membukanya.

Aku terkejut apabila melihat isi yang ada dalam kotak tersebut. Muka Elriq turut terkejut. Elriq duduk di sebelah aku.

"Sayang baru nak buka kotak ni? Punyalah setahun yang lepas abang bagi dan baru sekarang Aisy jumpa kotak ni?" Tanya Elriq dengan nada yang sedikit kecewa.

"Abang, Aisy minta maaf. Aisy terlupa pasal kotak ni. Serious Aisy terlupa. Ampunkan Aisy, abang." Aku mencium tangan Elriq berkali-kali.

"Takpe, sayang. Aisy cuba lah pakai cincin ni. Cincin emas ni abang bagi ikhlas untuk Aisy." Elriq mengambil cincin itu lalu menyarungkan pada jari manis kanan aku. Bibir aku automatik mengukirkan senyuman kepada Elriq.

"Cantik sangat cincin ni, abang. Pandai abang pilih."

"Abang bagi cincin ni ada maksud dia tau."

"Maksud? Maksud apa?" Aku sudah keliru dengan kata-kata dia sebentar tadi.

"Maksud cincin ni adalah bila sayang nampak cincin ni, itu maknanya sudah sampai masanya untuk abang satukan kita berdua semula, sayang." Elriq mengusap rambutku dengan lembut.

"Aisy kurang faham lah, abang."

"Andaikata satu hari nanti kita berpisah, Aisy cari lah semula cincin emas ni. Mungkin masa tu Aisy akan tergerak hati untuk cari abang. Bila Aisy nampak cincin ni, maksudnya kita bakal dipertemukan tak lama lagi oleh takdir Allah. Faham, prinzessin?" Aku mengangguk laju.

"That's my girl, prinzessin."

Ringtone iphone milik Elriq berbunyi. Elriq terus bangun daripada katil dan pergi mendapatkan telefonnya itu. Setelah itu, Elriq menggeserkan ikon hijau ke tepi. Tiba-tiba aku terdengar dia memaki orang yang menelefon dia itu. Aku dah mula cuak dah. Aku takut kalau selepas ni giliran aku pula untuk kena marah dengan si Elriq.

Apabila dia mematikan panggilan itu, aku terus menarik selimut dan baringkan diri atas katil yang empuk itu. Takut punya pasal.

"Yang sayang terus nak tidur tu dah kenapa?"

"Abang marah pekerja abang tu. Abang kutuk lepastu abang maki orang tu. Kesian orang tu, dah lah tak buat apa-apa tapi still je kena maki. Aisy ni faham lah perasaan orang bila kena maki ni. Sakit tau! Betullah tekaan Aisy."

"Tekaan apa?"

"Lelaki semua sama!" Aku menekankan perkataan lelaki dan perkataan sama itu. Biar dia sedar sikit. Elriq terus mendekati aku lalu dia mengucup bibirku dengan lembut. Terbeliak mata aku dibuatnya.

"Do you still think that all men are the same?" Tanya Elriq sambil tersenyum sinis memandang aku.

Aku terus menolak badan sasa itu ke belakang.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now