"Abang, arini kita pergi beli bunga white rose boleh? Aisy dah lama tak beli lah."
"Haah, sebut pasal white rose, abang pun nak beli bunga rose tapi warna merah lah."
"Aik, sejak bila pula abang minat bunga rose?" Tanya aku.
"Abang memang minat roses tapi takdelah setiap hari tatap bunga tu. Tapi sejak abang nampak bunga white rose dekat rumah Aisy malam tu..."
"Ha? Malam tu? Apa maksud abang?" Aku sudah keliru dengan kata-kata Elriq tadi. Apa maksud dia malam itu?
"Maksud abang, abang tengok bilik Aisy yang masa first night kita kahwin tu. Kan dalam bilik Aisy ada white rose." Aku pun mengangguk.
"Tapi abang suka red rose sebab itu melambangkan cinta dan kasih sayang yang mendalam. Dan dia juga melambangkan keberanian dan keinginan yang kuat." Terang Elriq lagi.
"Macam cinta abang pada Aisy?" Aku bertanya.
"Of course, my prinzessin."
Hari ini merupakan hari terakhir kami berdua di German. Esok kami dah kena pulang ke Malaysia. Aku dan Elriq dah mula kerja minggu depan. Elriq start bekerja semula di syarikat ayahnya itu manakala aku dah mula jalankan latihan industri (intern) di syarikat Elriz. Aku dan Sofiy bekerja di tempat yang sama. Bella dengan Dania pula, mereka bekerja di syarikat partner masing-masing.
"Tapi, abang nak tanya sikit, boleh?"
"Apa dia tu, abang?"
"Kenapa Aisy suka sangat dengan bunga white rose?"
"Aisy suka bunga white rose ni sebab makna dia kesucian, ketulusan, dan kemurniaan. Macam cinta Aisy pada abang yang suci, tulus, dan murni."
Elriq tersenyum malu apabila mendengar kata-kata aku itu. Dia tidak pernah menyangka bahawa perempuan yang selama ni dia tidak kenal dan tidak pernah terdetik untuk jadikan girlfriend akan menjadi isterinya sampai hujung nyawanya.
"Abang bersyukur dapat isteri macam Aisy."
"Aisy pun bersyukur dapat suami macam abang."
"Aisy pergi siap eh. Kejap lagi kita nak keluar."
"Baik, abang." Aku sempat memberikan suamiku itu ciuman di pipi kanannya.
Aku menunjukkan kepada suami aku itu di mana terletaknya kedai bunga rose kesukaan aku di German ini. Apabila aku sampai di kedai itu, aku melihat masih sama kedai itu. Warnanya dan haruman bau bunga rose itu.
"Hii, aunty."
"Eh hii, my beautiful daughter. Lama tak jumpa dengan kamu. Kamu datang sini bercuti ke?"
Aku rapat dengan Aunty Debbie sejak aku asyik beli bunga di kedainya time aku datang sini haritu. Kalau boleh setiap hari pergi beli. Aunty Debbie dah sampai kenal aku dah.
"Haah, aunty. Saya datang holiday dekat sini."
"Datang dengan boyfriend?"
"Eh, takdelah aunty. Ni suami saya. Nama dia Elriq."
"Aunty rasa kamu berdua ni sesuai sangat lah. Macam apa tu orang Malaysia panggil?"
"Bagai pinang dibelah dua?" Elriq mencelah.
"Haah, sesuai sangat. Aunty tumpang gembira untuk kamu. Aunty harap kamu berdua berkekalan sampai bila-bila, ya."
"In Sya Allah, aunty. Terima kasih."
"Amanda nak beli white rose ke?" Aunty Debbie panggil aku Amanda sebab dia kata nak sebut nama Aisy tu susah.
"Ye, aunty. Macam biasa."
![](https://img.wattpad.com/cover/362958066-288-k450211.jpg)
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...