CHAPTER 43

170 5 0
                                    

"Aisy yang letak benda tu dekat situ. Mana lah abang nak nampak."

"Yang abang pergi lalu situ tu dah kenapa? Banyak ruang dekat belakang ni kan? Kenapa nak lalu dekat depan tu juga?"

Aku dan Elriq bergaduh kerana satu benda yang aku sayang sangat-sangat. Tapi dia boleh buat muka tidak bersalah sekarang ini!

"Hak alah, yang Aisy letak bedak tu dekat hujung meja tu dah kenapa? Dah abang tak perasan, mestilah terlanggar benda tu. Dah lah kecil lepastu senang pecah, lagi nak letak dekat hujung-hujung dunia."

Aku dah geram sangat aku pergi dekat arah dia. Aku terus pegang rambut suami aku itu. Aku tahu dia baru lepas sikat rambut dia tu.

"Aisy Amandaaa!!! Kau lepaskan rambut aku sekarang." Elriq terus pegang tudung aku. Dia taktahu ke awning niiiii berharga untuk semua wanita.

"Elriq Aldennn!!! Kau lepaskan tudung aku."

"Kau lepaskan rambut aku ni dulu. Kau ingat 3 minit ke aku buat rambut ni, ketot? Lepaskan sekarang!"

"Kau lepaskan tudung aku ni dulu. Awning ni mahal kau tau tak, zirafah!" Aku dan Elriq sambung bergaduh sehingga orang di dapur boleh dengar suara kami. Aku takut kitaorang berdua ni sampai bertaekwondo je nanti.

Apabila geramku terhadap Elriq mencapai tahap yang memuncak, satu idea melintas di fikiranku. Ini sudah terlalu jauh kerana ia semakin merosakkan awningku. Dengan rasa kesal, aku menaiki badannya, tetapi fikiran mamat ini nampaknya masih lagi berfungsi sepenuhnya. Elriq melihat sebuah tilam di belakangnya yang kelihatan sederhana, tidak terlalu keras atau terlalu lembut. Tanpa berfikir panjang, dia terus menjatuhkan badannya ke belakang, menekan tilam itu sehingga aku terjatuh bersamanya. Yang membuat hatiku sakit, bukanlah tubuhnya yang akan merasakan kesakitan itu, tetapi aku sendiri! Dia terbaring di atas tubuhku dengan berat yang seolah-olah seorang raksasa. Aku terkejut oleh tindakannya yang tiba-tiba ini.

"Kan dah mendapat sakitnya tu." Kata Elriq. Sebaik sahaja elok dua-dua mendarat atas tilam tu, dia terus bangun dan menindih diriku ini.

"Lepasni nak buat lagi ke?" tanya Elriq sambil merenung tajam mataku.

"Abang ni dah tak sayang bini ke? Tau lah tak sabar nak jadi duda tapi jangan lah sampai nak bunuh Aisy pula dekat sini. Sakit tau." Aku terus menolak badan Elriq lalu aku bangun daripada perbaringan itu.

Elriq terus mengusap belakang aku dengan lembut kerana dia tahu aku yang rasa sakit bukannya dia. Apabila sudah selesai sesi pertempuran tadi, aku dengan Elriq terus sambung menyiapkan diri untuk majlis malam ni.

"Apa yang bising-bising dekat depan tu, Riz?"

"Tahlah, mummy. Anak menantu sulung mummy tulah. Kalau tak bergaduh sehari tak sah." Kata Elriz.

Aunty Lin tergelak kecil apabila melihat kelakuan anak menantu sulungnya itu.

"Diaorang tu kalau nak bersweet-sweet pun tak payahlah sampai nak tunjuk dekat orang lain." Kata Sarah. Sarah merupakan anak kepada abang Uncle Jason. Dia juga ada simpan perasaan dekat Elriq. Kalau boleh semua sepupu perempuan Elriq ni suka dekat lelaki itu.

"Ada yang panas tapi bukan api." Balas Dania.

"Ada yang sejuk tapi bukan ais." Bella mencelah tetapi dia dipandang pelik oleh Dania.

"Apa benda yang kau mengarut ni? Tak pernah pula aku dengar ayat macam tu. Ada ke?" Tanya Dania dengan wajah yang polos.

"Eh, ada lah. Kau tu je yang tak pernah buat research pasal peribahasa-peribahasa melayu ni." Kata Bella. Dania sudah memandang tajam ke arah Bella kerana dia tahu yang kawannya itu sedang rosakkan fikiran dia.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now