"Rene, kau rasa betul ke apa yang aku buat ni?" Aku bertanya kepada Irene sambil memandang ke arah baju pengantin yang berwarna putih itu. Aku dan Elriq bersepakat untuk memilih baju nikah berwarna putih, baju bersanding belah aku berwarna baby pink manakala belah Elriq berwarna nude.
Esok merupakan hari penting buat aku dengan Elriq. Esok juga kami akan dijadikan sebagai suami isteri. Kami berdua dah sepakat untuk mengadakan majlis ini 2 minggu selepas majlis Elriz dan Sofiy. Aku baru 22 tahun tapi aku sudah mahu digelar sebagai isteri orang.
"Aku yakin kau buat keputusan yang betul. Kau tahu tak, sejak diaorang semua keluar dari geng mafia tu, bila jumpa dengan perempuan, diaorang tak pernah tak serius. Aku kahwin dengan Hayder seminggu selepas diaorang masuk Islam. Qas pula kahwin dengan Azyen sebulan selepas diaorang convert Islam. Nampak tak percaturan yang Allah bagi dekat kita semua. Allah tak pernah salah bila takdirkan kita dengan someone tu." Kata Irene.
"Aku takut kalau Elriq tu sama macam ex aku. Datang dekat aku untuk nafsu semata."
Aku betul-betul trauma dengan lelaki sekarang ni. Aku anggap lelaki yang datang dekat aku hanyalah untuk puaskan nafsu semata.
"Kau kena percayakan Elriq tu. Bagi aku, dia lain sesangat. Lain yang terlampau lain. Kau tak tengok lagi bila dia jadi tegas. Dia bila dah sayangkan sesuatu benda tu, dia takkan lepaskan. Tak kisah la kau minta cerai berapa kali sekalipun, tapi dia tetap takkan lepaskan kecuali benda tu perlu diselesaikan dengan satu cara iaitu melepaskan. Itu baru dia pertimbangkan untuk lepaskan." Terang Irene.
"Kau doakan aku supaya aku dengan Elriq boleh hadapi dugaan satu persatu tanpa perlu melepaskan satu sama lain." pinta aku kepada Irene.
"In Sya Allah aamiin. Dah kau tidur lah dulu, aku nak turun bawah kejap minum air."
"Okay."
Harini Hayder dan Irene tidur di rumah aku kerana Irene akan menjadi pengapit untuk wedding aku esok. Manakala pengapit untuk Elriq ialah Azyen.
Aku melangkah masuk Masjid Sendayan itu dengan senyuman yang melakar di bibir. Ramai gila yang datang majlis akad aku harini. Aku buat majlis 3 hari 3 malam. Harini akad nikah, esok majlis sanding belah keluarga aku manakala lusa majlis sanding belah keluarga Elriq.
Aku duduk bersimpuh di tempat yang telah tersedia bagi pengantin perempuan. Kami sedang menunggu ketibaan pengantin lelaki dahulu. Beberapa minit kemudian, pengantin lelaki pun sudah mula kelihatan. Elriq Alden mengambil tempat di depan tok kadi. Tok kadi memandang aku dan Elriq bersilih ganti.
"Sama comey sama padan." kata-kata Tok Kadi itu membuatkan semua yang dalam masjid ini ketawa.
"Baik, kita mulakan ya?"
"Boleh, tok." jawab Elriq.
Abah dan Tok Kadi bertukar tempat kerana abah aku akan menjadi wali untuk anak perempuannya ini.
"Bismilahirahmanirrahim. Elriq Alden Bin Alexander Jason?"
"Saya." Jawab Elriq sepatah.
"Aku nikahkan dan aku kahwinkan dikau dengan anak perempuanku Aisy Amanda Binti Aisy Herman dengan mas kahwinnya RM 10 000 tunai."
Elriq menarik dan menghembuskan nafasnya dulu sebelum melafazkan akad.
"Aku terima nikah Aisy Amanda Binti Aisy Herman dengan mas kahwin RM 10 000 tunai."
"Sah? Sah? Sah?" tanya Tok Kadi kepada 3 orang saksi. Semuanya mengangguk
"Alhamdulillah." Kata Tok Kadi. Dan akhirnya, aku telah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Elriq Alden.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...