"Wey Riz, esok event start pukul berapa?" Tanya Azyen kepada Elriz.
Pada hari ini, semua ahli Black Snakes akan tidur di hotel KLCC kerana booth day bagi Syarikat EA Holdings itu akan diadakan di Jalan Tar, Kuala Lumpur.
"Pukul 8 dah start dah sampai tengah malam."
"Kitaorang kena buat apa esok, Riz?" Tanya Harith.
"Tah." Jawab Elriz sepatah.
"Kau tahan tangan aku ni, Der. Kau kan jangan sampai aku santau kau tau tak. Aku lenyek kau dekat jalan tar tu esok, baru kau tahu!" Jerit Harith terhadap Elriz. Ahli Black Snakes yang lain sudah tergelak besar melihat karenah si Harith itu.
"Malam ni jom kita keluar pergi bukit bintang nak? Dah lama lah semua tak keluar macam ni. Jom." Ajak Hayder.
"Jom!" Ahli Black Snakes jawab serentak dengan teruja.
Selepas solat isyak berjemaah, kami semua keluar bersama-sama. Kami pergi ke arah kereta masing-masing. Dania, Bella, Harith, dan Aaren terpaksa naik satu kereta kerana kereta Bella minyaknya habis.
"Ish, muka kau lagi." Kata Harith terhadap Dania.
"Kau ingat aku nak sangat tengok muka kau tu?" Dania menjeling tajam ke arah Harith.
"Kau ni, Dania. Tak gaduh dengan Aaren, gaduh dengan Harith pula." Bella mencubit peha kawannya itu.
Aaren pula perhatikan saja Dania yang berada di belakang tempat duduknya itu melalui pantulan cermin di hadapan. Dia betul-betul dapat merasakan yang Dania sudah berjaya mengambil hatinya itu.
Apabila sudah sampai di bukit bintang, kami memarkirkan kereta kami secara tersusun. Kereta Aaren berada paling hadapan, seterusnya diikuti oleh kereta Hayder, kereta Elriq, kereta Elriz, dan diakhiri dengan kereta Azyen.
"Aisy nak makan apa malam ni?" Tanya Elriq sebaik sahaja turun daripada kereta.
"Aisy craving shawarma lah, abang. Boleh ke Aisy nak yang tu?" Aku mengerdipkan mata aku berkali-kali. Elriq sudah tergelak kecil.
"Boleh, sayang. Jom, kita pergi makan shawarma." Elriq mengusap tudung aku. Aku pula tersengih kepadanya.
"Wey, jom makan shawarma. Aku craving lah." Kata Qasrina.
"Ibu mengandung ni masih tak serik-serik lagi ke? Perut tu tunggu masa je tu nak meletup tau." Balas Bella. Qasrina sudah menayangkan giginya yang putih itu.
"Eigentum, bist du sicher, dass du morgen wieder spazieren gehen kannst? Hast du keine Schmerzen im Bauch? (Eigentum, adakah sayang yakin bahawa sayang boleh pergi berjalan esok? Takde rasa sakit perut ke?)" Tanya Azyen sambil memegang perut isterinya itu.
"Ich spüre keine Schmerzen mehr, aber wenn morgen die Wehen beginnen, hilf mir bitte ins Krankenhaus zu gehen, Bruder. (Qas tidak rasa sakit lagi, tetapi jika ada rasa sakit time esok, tolong bawa Qas ke hospital ya, abang.)" Jawab Qasrina.
"Schon gut, Yen. Das Wichtigste ist, dass ich nicht wieder ins Krankenhaus will, okay? (Ha sudah, Yen. Tapi yang penting aku taknak ikut pergi hospital lagi tau.)" Harith mencelah. Kata-katanya itu mencetuskan tawa antara kami semua.
"Abang, bangun eh. Dah subuh dah ni."
Semalam sebaik sahaja kami makan malam dan pergi bersiar-siar, kami semua pulang semula ke hotel yang kami berada sekarang ini. Bilik kami semua berada pada tingkat yang sama.
"Abang, bangun eh." Aku mencium kedua-dua mata suami aku itu. Elriq mengeliat apabila dikejut oleh isterinya itu.
"Morning, prinzessin." Ucap Elriq sambil memegang lembut pipi isterinya itu.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...