CHAPTER 5

509 21 0
                                    

Ting!

"Saya nak lepak dengan Iqbal dan Tasha kejap tau, jangan tunggu saya maybe saya balik lambat."

"Hm ok."

Dah setahun kitaorang together tapi entah kenapa rasa macam aku je yang beria sekarang ni. Dah seminggu dia mungkir janji dia untuk spend time dengan aku. Bila aku ajak keluar atau spend time, mesti dia kata dia busy tapi selalu je ada masa untuk lepak dengan kawan-kawan dia tu. Aku kadang-kadang tu dah malas sangat nak beria rasa macam perempuan murah je.

"Awak dah balik kerja ke?"

"Dah."

Zayn bekerja sementara nak tunggu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti bagi sambung degree. Aku lagi 2 minggu baru start bekerja.

"Saya nak mandi lepastu nak main game. Awak takyah tunggu tau maybe habis lambat."

"Tapi saya nak spend time dengan awak. Harini kita tak spend time pun lagi. Esok awak kerja lagi kan? Takkan nak tidur lambat malam ni?"

"Sukahati saya la. Saya yang mengantuk esok bukannya awak."

"Tapi saya tunggu awak dari pagi tadi. Kenapa bila dengan saya, awak cepat sangat mengantuk tapi bila time main game or lepak dengan kawan, awak tak cepat mengantuk pun."

"Sebab aku bosan bila chat. Kau tu dah la strict parents lepastu asyik nak chat dengan aku je. Cuba la faham sikit aku ni suka lepak tapi kau tu tahunya nak kongkong aku je. Serabut la aku macam ni. Kalau perangai kau macam ni, dari awal lagi aku takkan terima kau la. Cam si** je perangai perempuan ni."

"Nak marah, marah jela tapi tak payah sampai nak mencarut. Takpela, saya faham. Awak pergi la main game dengan kawan awak tu."

Aku terlampau penat sebenarnya dengan hubungan ni tapi aku taktahu kenapa aku tak boleh nak tinggalkan dia. Aku rasa macam aku akan menyesal kalau tinggalkan dia. Mungkin sebab dia dah ambil sesuatu yang berharga dekat diri aku ni.

"Adila, Manda dah sampai depan bangunan FSPPP ni. Adila dekat mana?"

"Dila baru nak masuk uni ni, tunggu dila kejap."

"Okeyy."

Aku dan Adila bekerja sementara di tempat yang sama iaitu bekerja menjadi pengawas peperiksaan di UITM Seremban 3. 

Kitaorang dapat kerja ni pun sebab Husna yang iklankan tapi Husna tak dapat join kitaorang sebab dia dah dapat kerja yang lain.

"Betul kan tempat ni dila?" Aku bertanya kepada Adila, at least kalau sesat, kitaorang sesat sama-sama.

"Haah rasanya, dia bagi location ni so betullah kot."

"Okay, jomm."

"Mana pula dia ni pergi? Takkan tak balik lagi kot. Kata harini balik pukul 8 sekarang dah pukul 12 dah ni. Nak chat ke taknak eh? Kang kalau chat kang tak pasal-pasal kena maki pula kang. Biarkan jela nanti pandai la dia mesej aku." Bebelku sendirian.

Aku terjaga dari tidurku. Aku ingin melihat jika ada notification dari Zayn atau tidak. Tapi malangnya, tiada satu habuk pun yang keluar. Haihh. Aku pun tutup semula telefon dan cuba untuk melelapkan mata semula. 

Jam menunjukkan pukul 9 pagi, aku turun ke bawah untuk breakfast dengan keluarga aku.

"Kakak, esok kakak kerja ke?" Ummi tanya kepadaku.

"Tak pun. Kenapa mi?"

Aku berasa keliru. Nak ajak pergi mana-mana ke? Nak jodohkan aku dengan sesiapa ke? Kau punya berangan Manda mengalahkan gunung Kinabalu tau. 

"Esok abah ajak pergi rumah kawan abah yang dulu abah study dekat German tu."

"Oh, okey."

Aku ingatkan nak jodohkan aku dengan anak kawan abah tu rupanya ajak je. Hek enon.

"Assalamualaikum."

Keluargaku menyapa keluarga kawan abah dengan senyuman di bibir.

"Waalaikumussalam."

Aku terkejut dengan jawapan itu. Aku ingatkan diaorang non-muslim tapi tidak yaa. Diaorang masuk Islam 5 tahun yang lepas dan alhamdulillah diaorang berasa senang hati bila masuk Islam.

"After 5 years Aisy and finally we're meet again. And you have a beautiful daughter." Uncle Jason memulakan perbicaraan antara kami.

"Oh God, that's right after 5 years. I haven't seen you for a long time, I remind that you have forgotten Malaysians." Balas abah. 

Btw nama abah dengan aku sama. Nama kami berdua bermula dengan Aisy. Jadi itu sudah menjadi kebiasaan buat kami jika orang lain memanggil kami dengan nama yang sama.

"Kenalkan ni anak aku. Kakak kenalkan la diri. Ini la kawan abah yang abah cakap anak dia dekat German tu."

"Cantiknya anak you Aisy. Dah macam boleh jadi bakal menantu I je ni." Kata Aunty Lin.

"Bakal menantu? Eh takdelah aunty." Jawabku dengan perasaan malu-malu kambing.

"Apa nama kamu?"

"Nama saya Aisy Amanda. Tapi aunty boleh panggil saya Amanda."

"Nama depan Aisy juga? Kebetulan ke apa ni? Anak aunty suka sangat dengan perempuan nama Aisy. Omaigod macam something je ni?"

"Ehh ada-ada jela aunty ni. Hahahaha." 

Awkward gila sekarang ni, baru jumpa dah dicop bakal menantu? Omaigodd!!! Tak boleh bayangkan kalau aku kahwin dengan anak aunty Lin ni. Orang German kot.

"Ni jemputla minum ye Aisy dengan Amanda." Jemput Uncle Jason.

"Haah, jemputla minum ya." Aunty Lin turut menjemput juga.

"Terima kasih uncle aunty."

"Terima kasih."

Aku dan abah berkata serentak.

"Uncle Jason kirim salam dekat kakak. Tadi abah call dengan Uncle Jason lepastu dia kirim salam." Kata abah secara tiba-tiba. Mana tak terkejutnya aku tengah sedap melantak makanan tiba-tiba abah bersuara dari ruang belakang dapur.

"Waalaikumussalam."

"Cantikkan isteri dia tu kak?" tanya ummi.

"Haah mi, mata dia tu biru hmm kemainn helok."

Aku suka tengok mata aunty Lin sebab memang nampak orang luar negara. Aku ni dah la pantang kalau jumpa orang luar negara.

"Abah kata kawan abah tu ada anak lelaki. Tapi tadi takde pun?"

"Anak dia tak balik lagi. Bulan berapa tah dia baru balik Malaysia." Kata abah.

"Ohh, patutla."

"Kalau abah jodohkan kakak dengan anak kawan abah tu, kakak nak ke?"

Aku rasa nak tersedak je nasi kat rongga tekak aku ni.

"Ummi ni apa pula soalan tu keluar ishh. Ummi dah lupa ke kakak ni dah ada Zayn tu?"

"Alaa, ummi tengok Zayn tu macam dah tak sayang kakak je?"

"Ishh ummi ni kesitu pulanyaa."

Ummi aku ni kan ishh tahu la perasan something pasal Zayn tu tapi jangan la borak depan abah. Betmut. 

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now