CHAPTER 34

198 8 0
                                    

Aku turun ke bawah untuk mendapatkan suami aku yang sedang berada di dapur. Dia bangun terlalu awal sebab dia kata dia tak boleh nak tidur. Jadi, dia turun ke bawah selepas subuh tadi.

Aku nampak suami aku lalu aku memeluknya daripada belakang. Dia terus menoleh ke belakang untuk menghadapku.

"Sayang dah bangun dah?"

Aku mengangguk dengan senyuman di bibir.

"Abang."

"Ya, sayang?"

"Abang nampak tak gambar Aisy yang dalam kotak? Aisy letak dekat dalam almari baju tempat Aisy tu."

Aku nampak wajah suamiku ketika ini sudah berubah menjadi dingin. Aku ada salah cakap ke? Atau dia yang ambil kotak tu?

"Kenapa Aisy nak simpan gambar tu?"

Aku diam membisu apabila ditanya sebegitu dengan suami aku. Aku pandang ke bawah. Tidak sanggup aku nak pandang wajah suami aku ketika ini. Aku tahu kalau dia marah, memang takde siapa boleh lawan.

"Abang tanya ni? Bila suami tengah bercakap, isteri kena pandang muka suami tu. Kenapa tiba-tiba jadi biadap ni?"

Aku terus mengangkat wajahku untuk memandang wajah suami aku itu. Elriq mendekatiku.

"Abang tanya, kenapa Aisy nak simpan gambar macam tu? Aisy tak rasa sakit ke tengok gambar tu? Dah berapa lama dah Aisy rahsiakan daripada abang pasal benda ni? Bila dia bagi Aisy gambar tu?" bertubi-tubi soalan yang dilontarkan oleh Elriq.

"Abang, let me explain, okay?"

"Okay, proceed." Aku dan Elriq duduk di ruang tamu untuk berbincang tentang perkara ini.

Aku memandang wajah suami aku tetapi apabila sudah pandang, aku terus tundukkan semula wajahku ke arah lantai. Rasa macam nak kena baham dengan harimau je sekarang ni.

"Ada apa dekat lantai tu? Aisy nak borak dengan abang ke dengan kaki abang?"

Aku mula menangis sekuat hati apabila disergah oleh suamiku. "Huwaaaaaaa."

"Ya Allah, yang sayang menangis ni dah kenapa?"

"Abang marah Aisy."

Elriq terus memelukku dan mengusap belakangku dengan lemah lembut.

"Abang tak marah sayang pun. Abang cuma taknak sayang sakit lagi, itu je."

Aku terus merenggangkan sedikit jarak antara kami.

"Dia bagi Aisy gambar tu sejak abang serang diaorang haritu."

"Yang dekat genting tu?"

Aku mengangguk.

"Damn!" Perlahan saja suara Elriq berkata begitu tetapi cukup untuk aku dengari.

"Aisy taktahu nak buat apa dah, abang. Aisy penat sangat-sangat sebenarnya dengan semua ni. Aisy rasa berdosa sangat. Aisy nak bertaubat tapi Aisy fikir, agaknya dosa Aisy still mengalir ke untuk benda tu. Memanglah Aisy nak taubat, tapi dia still je boleh tengok gambar Aisy kan? Aisy dah buntu sangat-sangat, abang. Aisy rasa Aisy bodoh sebab mudah percayakan janji manis lelaki sampai sanggup dedahkan aurat Aisy dekat lelaki tu."

"Kenapa abang nak Aisy? Abang tahukan yang Aisy dah tak suci? Abang tak malu ke dapat isteri macam Aisy ni? Ex Aisy malu sangat bila dapat perempuan macam Aisy. Aisy ingat lagi yang dia pernah kata Aisy ni perempuan bodoh, sial. Semua tu still je ada dalam fikiran Aisy. Aisy terfikir kenapa bila dengan dia, Aisy kongkong dia tapi bila dengan abang, Aisy tak kongkong pun. Aisy terfikir semuanya sebab cara layanan abang ke? Atau sebab abang memang tak pernah dekat dengan mana-mana perempuan?"

"Sayang nak tau tak? Abang tak pernah salahkan Aisy bila abang dapat tahu tentang Aisy kongkong ex Aisy tu. Bagi abang, benda ni normal sebab cara layanan perempuan tu depends on cara layanan lelaki tu. Aisy rasa kenapa Aisy boleh start kongkong dia?"

Aku dah berura-ura nak buka mulut dah tapi eh eh menyampuk pula mamat zirafah ni.

"Sebab dia terlampau friendly dengan orang terutamanya perempuan. Memang lah kita boleh bezakan cara layanan kita dekat kawan perempuan dengan kekasih, tapi agak-agak Aisy kalau dah sampai naik kereta berdua dengan perempuan lain tu, cara layanan untuk siapa pula? Kawan ke sampai hantar perempuan tu balik? Ha, aku ni dah geram sangat ni, jangan sampai harini juga aku pergi sembelih budak tu."

"Aisy nak tau tak kenapa abang still nak Aisy even abang dah tahu Aisy tak suci?" sambung Elriq lagi.

"Nak. Dah lama Aisy nak tahu pasal ni."

"Okay, listen to me. Dari our first met lagi abang tak terdetik pun nak tinggalkan Aisy even abang tahu yang Aisy dah tak suci. Bagi abang, Aisy nyawa abang sejak abang sebut nama Aisy Amanda dalam akad aritu."

Elriq menarik nafas sebelum dia menarik tubuhku ke dalam pelukannya.

"Abang perlukan Aisy dalam hidup abang. I need my prinzessin back. Abang taknak disebabkan trauma masa lalu sayang buatkan sayang jadi senyap and lemah macam ni. Abang always sayangkan prinzessin abang even dunia kiamat sekalipun. In Sya Allah."

"Terima kasih, abang. Aisy sayang sangat dekat abang. Jangan tinggalkan Aisy, ya."

"Never, sayang."

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now