CHAPTER 48

155 5 1
                                    

"Assalamualaikum, wahai ahlal kubur." Kata Aaren dan Harith yang baru sahaja tiba di rumah aku dan Elriq.

Ahli Black Snakes yang lain sudah tiba lebih awal daripada mereka berdua. Kami semua sudah memandang kepada dua sepupu itu. Rasa nak bunuh dekat situ je sekarang ni.

"Kenapa semua marah-marah ni? Tak elok lah marah-marah, nanti muka jadi macam Aaren." Kata Harith.

"Kenapa ek nak sebut nama aku tanpa permission?"

"Wuishh, speaking mat!"

"Of course, I'm Germany." Balas Aaren.

"Hek enon." Harith dan Aaren sudah memulakan perangai gila mereka itu. Kami yang lain ni sentiasa akan sakit kepala kalau diaorang berdua mula bersuara.

Beberapa minit kemudian, azan mula kedengaran. Kami semua mengambil wudhuk dan solat berjemaah di ruang tamu itu.

Setelah selesai solat berjemaah, kami pun bersiap untuk pergi ke majlis perkahwinan itu.

"Wey, kereta siapa 4 seater?" tanya Harith.

"Asal?" tanya Aaren.

"Aku malas nak drive sebenarnya. Siapa sudi tumpangkan aku yang handsome dan comel ni?" Tanya Harith kepada semua ahli Black Snakes.

Tetapi, semuanya mengabaikan pertanyaan Harith. Semua masuk dan kunci pintu kereta itu dengan segera. Harith sempat menjeling masing-masing yang mengabaikannya itu.

"Takpe, ada ubi ada batas, esok juga aku balas!" Jerit Hairth. Harith masuk ke dalam keretanya itu.

"Wey, cantiknya tempat ni." Semua tergamam melihat keindahan KLCC itu. Walaupun dah banyak kali mereka pergi situ, tapi mereka tidak pernah datang situ pada waktu malam.

"Dekat mana ballroom tu wey?" Tanya Hayder.

"Jap, Aqma ada bagi location dekat aku." Aku menjawab pertanyaan Hayder itu.

"Amanda." Aku terus memandang ke arah suara itu.

"Mmm?" Aku jawab sepatah.

"Kan elok kalau dari tadi kau buka location tu." Balas Harith. Harith lah yang memanggil aku tadi. Aku menjeling ke arahnya.

"Baru teringat lah. Maaflah." Aku menyambung bersuara sambil tersengih kepada Harith.

"Riq, better lepasni kau suruh isteri kau ni buat je muka sombong dia macam biasa." Kata Harith.

"Kenapa pula?" Tanya Elriq.

"Terpegun." Jawab Harith sepatah lalu melarikan diri daripada Elriq kerana dia tahu lelaki itu pantang kalau ada lelaki lain puji isterinya. Ahli yang lain tergelak mendengar kata-kata Harith tadi.

"Aqma, congrats!!!" Aku teruja tengok sepupu aku sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya sendiri.

"Aaaa, thank you so much Kak Manda dengan Abang Riq. Happy gila bila nampak korang datang harini." Jawab Aqma sambil berpelukan dengan diriku.

"Tahniah, Izz. Aku doakan korang dua kekal sampai jannah." Ucap Elriq sambil bersalaman dengan Izz.

"Jemputlah makan tau. Jangan segan-segan." Kata Aqma kepada kami semua.

Aku dengan Black Snakes mengambil tempat di meja makan yang telah ditetapkan untuk kami semua. Aku meminta izin kepada suami aku untuk mengambil makanan dahulu.

"Abang, Aisy pergi ambil makanan sekejap ya."

"Okay, sayang. Hati-hati." Balas Elriq dan aku pun mengangguk.

Aku pun bangun dari tempat duduk dan pergi ke tempat mengambil makanan. Aku ingin mengambil pinggan tetapi ada seorang lelaki yang memberikan pinggan itu kepada aku terlebih dahulu.

"Terima kasih." Aku berkata sambil memberikan lelaki itu senyuman.

Aku pun mengambil nasi dan lauk-pauk yang disediakan di situ. Lelaki itu masih berada di sebelah aku.

"Apa nama awak?" Tanya lelaki itu.

"Nama saya Amanda." Jawabku.

"Ohh, Amanda. Cantiknya nama."

"Thank you again, encik?"

"Farid. Awak boleh panggil saya Farid je." Balasnya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan aku. Aku cuma mampu memberikan senyuman sahaja kepadanya.

Apabila dia mahu kembali bersuara, aku terdengar ada orang memanggilku dari belakang.

"Sayang, dah sudah ke ambil makanan tu?" Elriq mencelah di antara aku dengan lelaki itu.

"Dah, abang. Abang pergi lah ambil makanan. Nanti tolong ambilkan air untuk Aisy ya."

Aku melihat lelaki itu seperti mengenggam tangannya sehingga boleh nampak urat di tangannya itu. Aku terus mengabaikannya dan berlalu pergi.

"Wey, Amanda." Aku memandang ke arah Aaren.

"Habislah kau, Amanda. Balik ni kau kena la tadah telinga kau tu dengan Elriq." Sambung Aaren.

"Korang nampak juga ke tadi?"

"Gila tak nampak. Setiap langkah dalam ahli Black Snakes ni, mesti akan ada sorang ahli yang kepoci lagi-lagi macam mamat sebelah aku ni." Tunjuk Aaren kepada Harith yang sedang memerhati pergerakan Farid itu.

"Wey, Rith." Panggil Azyen.

"Shhh, diam kalian semua. Otak aku tengah nak bersambung dah ni."

Kami semua sudah menggelengkan kepala melihat perangai si bujang terlajak sorang ini.

Setelah selesai majlis, kami semua pun balik ke rumah masing-masing. Macam biasa, aku dan Elriq senyap sepanjang perjalanan. Aku dah tahu dah sebab apa. Mestilah sebab Farid tadi itu. Bila dalam kereta, aku pandang suami aku tetapi pandangan aku itu bagaikan tidak wujud baginya.

Apabila sampai sahaja di rumah, Elriq terus naik ke atas. Aku mengikuti langkahnya. Elriq sedari bahawa dari tadi aku ikut sahaja dia pergi ke mana. Elriq menghentikan pergerakannya dan berpaling ke arah aku. Aku tersenyum memandangnya.

"Keluar." Sepatah perkataan yang keluar dari mulut Elriq. Muka aku terus berubah.

"A...abang." Aku cuba untuk menyentuh bahunya tetapi ditepisnya dengan kuat. Aku tersentak. Aku cuba untuk menyentuhnya lagi tapi masih ditepis.

"Aku kata keluar. Tak faham bahasa ke? Kau nak aku cakap bahasa apa lagi ni?" Air mataku terus mengalir dengan deras di pipiku.

"Abang, kita boleh bincang kan? Pasal Farid tadi, Aisy takde niat pun nak buat abang jealous." Aku mencapai tangannya lalu aku mencium tangan suami aku itu.

"Aisy minta maaf abang sebab buat abang jealous tadi. Aisy betul-betul minta maaf." Aku mencium berkali-kali tangannya itu dengan air mata yang mengalir.

"Aku dah penat, kau tau tak? Kau tahu kan aku ni pantang nampak kalau ada lelaki yang dekat dengan kau, tapi kenapa kau still tak boleh nak faham perasaan aku ni!" Jerit Elriq.

"Aisy faham perasaan abang." Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Elriq sudah mencelah.

"Tak, tak. Kau tak faham perasaan aku. Diri kau tu murah sangat sebab tu ramai lelaki pandang kau." Aku terkejut dengan ayatnya itu. Elriq juga terkejut dengan ayat yang dilontarkan olehnya sebentar tadi.

"Aisy tahu Aisy murah. Aisy tahu, abang." Aku tergelak sinis. Elriq sedar yang dia dah melampaui batas kerana percakapannya.

"Sayang." Elriq mahu memegang tanganku tetapi aku menjauh darinya.

"Aisy sedar yang Aisy tak layak untuk sesiapa. Aisy tahu diri Aisy murah. Sebab tu lelaki senang-senang je ambil kesucian Aisy ni. Abang, Aisy minta maaf sebab hadir dalam hidup abang." Aku mencium tangannya untuk kali terakhir. Aku terus mengambil beg aku di atas katil dan berlalu pergi. Aku mengambil kunci kereta Honda Civic milik aku dan terus keluar daripada rumah itu. Elriq mahu mengejar aku tapi dia juga tak larat dengan semua ini.

Aku memandu dengan laju sambil air mata aku mengalir di pipi dengan deras. Aku taktahu mana hala tuju aku sekarang ini. Aku penat sangat-sangat dengan semua ini. Aku bersyukur bila dapat suami yang cemburu bila tengok aku dengan lelaki lain. Tapi, benda ini dah jadi terlampau teruk bagi kami berdua. 'Abang, Aisy minta maaf sangat-sangat sebab dah menyusahkan hidup abang.' Aku berbicara dalam hati.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now