Pada malam ini, aku masakkan suami aku ayam masak kicap. Dia suka sangat dengan lauk ini. Apabila selesai masak, aku naik ke atas bilik untuk memanggil suami aku yang berada di bilik game persendiriannya. Jam menunjukkan sudah pukul 8:30 malam. Aku lambat masak hari ini kerana kami berdua terlajak tidur selepas asar tadi.
"Abang, jom kita makan"
"Kejap."
Selepas 30 minit, aku memanggil Elriq semula untuk turun makan.
"Abang, jom lah turun makan. Nanti sejuk lah makanan tu."
"Kejap, sayang."
Aku melihat jam di dinding sudah pukul 10 malam. Dari pukul 8:30 aku memanggil lelaki itu untuk turun makan tetapi tidak turun-turun juga. 'Lelaki kalau main game memang tak ingat dah ke bini kat rumah ni.' Hatiku berbicara.
Aku naik ke atas untuk memanggilnya semula.
"Abang, jom lah makan. Dah pukul 10 dah ni. Makanan dah sejuk dah abang."
"Ye, sayang." Mulut kata iya kepala pula mengangguk tetapi mata masih ralit pada game itu.
Aku turun semula ke bawah lalu aku...
"Woi, Elriq Alden! Kau turun makan sekarang. Sebelum aku uninstall game kau tu, baik kau turun sekarang!" Aku menjerit kepadanya sambil memegang batang mop untuk hempuk kepalanya.
Elriq terus menutup telefonnya itu dan keluar daripada bilik itu.
"Sorry, prinzessin." Elriq meminta ampun sambil kedua-dua tangan itu membuat gaya seperti orang meminta maaf. Aku pula memandang tajam ke arahnya.
Setelah selesai berperang dengan suami, aku dan Elriq pun menjamu selera.
"Abang nak tambah nasi ke?" Aku bertanya. Elriq mengangguk laju. Kalau lauk ayam masak kicap je mesti dia akan tambah nasi. Selalunya tambah tiga atau empat kali. Aku menyendukkan nasi ke dalam pinggan Elriq. Lalu aku sambung menjamu selera.
"Thank you, sayang." Aku tersenyum ke arah Elriq.
"Esok flight abang pukul berapa?"
"Pukul 8 pagi, sayang. Sebab tengah malam tu dah start kena masuk hutan untuk buat pemantauan." Aku mengangguk.
"Operasi kali ni lama ke?" Aku bertanya lagi.
"Tak lama, sayang. Lebih kurang sebulan." Aku terus memandang tajam ke arahnya. Elriq sudah tergelak kecil.
"Seminggu je, prinzessin."
"Okay, abang jangan pergi lama-lama tau sebab minggu depan rasanya dah sampai masa Sofiy, Irene dengan Qas meletup tu." Kata aku.
"Haah kan, selang berapa hari je kan?" Tanya Elriq lalu aku mengangguk.
"Abang akan cuba balik secepat yang mungkin."
"Abang, Aisy nak hantar abang pergi airport harini, boleh?"
"Tapi takkan sayang nak balik sorang-sorang nanti?" Tanya Elriq.
"Kenapa? Tak boleh ke?" Aku mula mencebikkan bibirku. Elriq sudah mengusap belakang lehernya menandakan dia ingin berkata ya.
"Bukan tak boleh, sayang. Tapi mmmm bahaya lah prinzessin."
"Hm yelah. Takpelah kalau tak boleh." Aku menyalam tangan Elriq lalu naik ke atas semula dengan menghentakkan kaki.
"Fine! Aisy hantar abang pergi airport harini." Kata Elriq. Aku terus menghentikan pergerakan aku dan aku memusingkan tubuhku dengan perlahan. Aku terus berlari anak ke arah Elriq sambil tersengih. Elriq sudah menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...