CHAPTER 64

250 8 0
                                    

"Tuan Elriq, saya dah dapat maklumat tentang isteri tuan." Kata Syahmi. Sebaik sahaja mereka tiba di markas, mereka terus membincangkan tentang kes Amanda.

"Proceed, Mi." Balas Elriq.

"Saya dapat menjejaki telefon bimbit isteri tuan. Dia sedang berada di sebuah bangunan yang usang di dalam hutan. Saya syak hutan tu ada dekat sekitar sini je. Sebab bila saya buka data tentang bangunan tersebut, ia cuma 20 minit je dari sini." Terang Syahmi kepada semua anggota Black Snakes.

"20 minit? Bangunan? Hutan?" Gumam Aaren dengan perlahan.

"Mi, info selain itu ada tak?" Tanya Aaren lagi.

"Ada, tuan. Saya dapat detect cctv yang berada di bangunan itu. Semua cctv di situ pada awalnya rosak tetapi mereka sudah mengubah suai semula cctv tersebut untuk melihat musuh mereka." Terang Syahmi lagi.

Semuanya mengangguk faham.

"Mi, kau mesti tahu pasal bangunan tu kan?" Tanya Aaren.

"Tahu, Tuan Aaren." Jawab Syahmi.

"Kenapa dengan bangunan tu, Ren?" Tanya Elriq. Semua anggota Black Snakes memandang ke arah Aaren.

"Aku pernah dengar tentang bangunan tu. Dulu, ada seorang lelaki tinggal dekat situ. Hutan tu dulu takde pun sebenarnya. Tempat tu dulu adalah taman perumahan tapi lepas ada kes pembunuhan, diaorang robohkan semua bangunan dekat situ. Tapi lelaki yang seorang tu tak benarkan rumah dia kena roboh. Jadi, ada orang kata dia tinggal sorang dekat situ. Sejak daripada tu, diaorang abaikan je lah pasal rumah tu." Terang Aaren.

"Lepastu apa jadi?" Tanya Azyen dan Elriz.

"Aku dengar ada orang kata lepas a few years, diaorang nampak yang lelaki tu bunuh seorang perempuan dekat rumah tu. Aku taktahu lah tu isteri dia ke apa ke sebab diaorang dengar perempuan menjerit. And polis dapat berkas dia. Lepastu lelaki tu masuk penjara. And aku suruh lah Hisham buat research pasal lelaki tu and lelaki tu sekarang dah keluar penjara dah pun. Lebih kurang 5 tahun yang lalu." Terang Aaren lagi.

"Lelaki tu Taufiq ke?" Elriq bertanya kepada Aaren.

"Aku taktahu sebab aku tak dapat nak detect siapa lelaki tu." Jawab Aaren.

"Mi, kau boleh detect ke siapa lelaki tu?" Tanya Azyen.

"Rasanya boleh, tuan. Sekejap, saya cuma cari data pasal lelaki tu." Jawab Syahmi.

"Riq, kita kena buat something pasal ni. Isteri kau tengah mengandung tu Riq. Andaikata kalau lelaki tu ialah Taufiq, kita tak boleh bawa main wey. Macam-macam benda dia boleh buat dekat isteri kau tu." Kata Hayder.

"Maaf tuan sebab mencelah tapi saya dah dapat detect siapa lelaki tu." Syahmi mencelah. Semua anggota Black Snakes terus melangkah pergi ke arah Syahmi yang berada di mejanya itu.

"Tuan Elriq, betul apa yang Tuan Hayder katakan itu. Lelaki tu ialah Taufiq. Data dia ada tertulis tentang bekas banduan." Terang Syahmi.

"Kau memang nak mampus, Taufiq." Gumam Elriq dengan perlahan.

"Kumpulkan semua anggota Black Snakes dan kita kena minta bantuan daripada pihak polis dan tentera juga. Rith, kau tahu kan apa nak kena buat?" Tanya Aaren kepada sepupunya itu.

"Beres!" Harith terus berlalu pergi ke pejabat polis dan tentera untuk mendapatkan bantuan.

"Riq, kau anggota polis. So, kau mesti tahu macam mana nak handle benda ni kan?" Tanya Aaren.

"Tahu, Ren. Aku handle benda ni. Yang lain pergi kumpulkan semua senjata kita sementara nak tunggu polis dan tentera sampai." Arah Elriq.

"Baik!" Mereka semua terus mengumpulkan senjata-senjata Black Snakes seperti yang diarahkan oleh Elriq.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now