Sejurus sampai di rumah, aku terus naik ke bilik. Aku menyelimutkan diri dan lepaskan semua rasa beban di hati dengan tangisan di pipi.
"Sayang, boleh abang peluk sayang?" Elriq duduk di sampingku yang sedang baring di atas katil. Aku menggelengkan kepalaku menandakan aku ingin keseorangan buat masa sekarang ni.
Dia bagaikan mengerti, dia terus keluar dari bilik itu. Setelah aku dengar pintu ditutup, makin kuat suara aku menangis. Aku betul-betul penat dengan semua ni.
Elriq yang berada di luar bilik, dia berasa risau akan keadaan isterinya itu. Kalau boleh, dia nak terus ada di samping Amanda tetapi dia faham perasaan isterinya sekarang ni.
"Sayang lepaskan semua beban ya. Abang akan datang balik bila sayang dah selesai. Abang rindukan isteri abang yang ceria dulu, sayang." Elriq gumam perlahan di depan bilik itu.
Selepas selesai aku melepaskan semua beban yang selama ini aku pendam, aku dapat merasakan tidak sedap badan. Aku rasa ada benda yang mengalir di kakiku. Aku cepat-cepat menyelak selimut dan aku lihat ada darah yang mengalir di kakiku.
"A...abang." Aku terus memanggil suamiku.
"Abang!!!"
"Ya, sayang. Kenapa ni?"
Aku menunjukkan darah itu dan Elriq terus mengangkatku untuk dibawa ke kereta.
"Abang, sakit." Aku menangis semula apabila merasakan kesakitan yang terlampau itu. Pelukkan di leher suamiku itu turut aku eratkan.
"Tahan, sayang." Apabila sampai sahaja di kereta, Elriq meletakkan aku di kerusi pemandu dengan perlahan lalu dia memandu dengan laju menuju ke hospital.
Setelah lima jam berada dalam bilik pembedahan itu, pintu bilik bedah itu terbuka menandakan pembedahan telah selesai.
"Macam mana dengan keadaan isteri saya, doktor?" tanya Elriq kepada doktor yang merawat isterinya itu.
"Maaf, encik. Kami dah cuba sehabis baik tetapi hanya ibunya sahaja dapat diselamatkan."
"Maksud doktor?"
"Isteri encik selamat tapi kandungannya tidak dapat diselamatkan."
"K...kandungan?"
"Ya. Isteri encik dah mengandung selama 2 minggu. Maafkan kami, encik."
Elriq mengangguk sebagai tanda faham akan keterangan yang dikatakan oleh doktor itu.
"Kami akan pindahkan isteri encik ke wad biasa ya. Saya minta diri dulu."
"Terima kasih, doktor."
Elriq terus terduduk apabila mendengar anaknya tidak dapat diselamatkan. Kenapa dia tidak peka yang isterinya itu mengandung? Kalau dia jaga isterinya itu mesti kandungan itu selamat. Elriq meraup wajahnya.
Elriq menelefon semua ahli Black Snakes untuk memaklumkan bahawa isterinya itu berada di hospital.
"Riq." panggil Aaren.
"Riq, macam mana dengan keadaan isteri kau?" tanya Elriz.
"Dia okay ke, Riq?" tanya Bella.
"Dia ada cedera dekat mana-mana ke?" tanya Sofiy.
"Jap, korang. Bagi Riq jelaskan dulu dekat kita." arah Qasrina.
"Amanda keguguran."
"Astagfirullahalazim." Dania terus terduduk apabila mendengar berita itu.
"Macam mana boleh jadi macam ni, Riq?" tanya Irene.
"Benda ni jadi sekelip mata je, Rene. A...aku taktahu yang dia mengandung. Mungkin sebab kandungan dia baru 2 minggu, jadi tak nampak apa-apa perubahan dekat isteri aku tu." terang Elriq.
"Ada apa-apa kaitan tak dengan ex dia tu?" Aaren mencelah.
"Takde. Tapi, aku nak kau cari seorang lelaki ni. Aku taktahu nama dia apa tapi dia penyebab isteri aku jadi macam ni. Aku nak korang cari si Zayn dengan kawan-kawan dia juga yang ada kaitan dengan isteri aku." Arah Elriq dengan tegas. Dia seolah-olah menyimpan dendam pada mereka semua.
"Aku masuk tengok Amanda kejap. Nanti kalau dia stabil, aku panggil korang."
"Okay, Riq." Semua berkata serentak.
Elriq masuk ke bilik yang diduduki oleh isterinya itu. Dia melihat yang isterinya sedang tidur. Jadi, dia berhati-hati untuk mendekati Amanda.
Dia memandang wajah putih milik isterinya itu. Penuh dengan senyuman tetapi banyak kekecewaan yang dipendam. Dia mengusap perlahan wajah itu lalu tersenyum sendirian.
"Abang janji, abang akan hapuskan sesiapa saja yang dah aniaya sayang, ya? Abang tak nak tengok isteri abang ni sedih lagi. Terlampau banyak dugaan yang sayang tengah hadapi sekarang ni. Tapi abang bangga dengan sayang yang sayang tak pernah nak balas semula apa yang diaorang pernah buat dekat sayang. Sayang kuat, sayang tahan dengan dugaan ni. Prinzessin abang tak pernah mengeluh dengan dugaan yang menimpa." Elriq berkata dengan perlahan supaya Amanda tidak terbangun.
Elriq menyeka air matanya seketika lalu dia mencium dahi isterinya itu.
"Abang balik rumah sekejap ya sayang. Abang nak ambil baju sayang. Nanti abang datang balik. Tunggu abang, ya." Elriq berlalu pergi meninggalkan isterinya itu.
"Korang, Amanda tengah tidur tu. Nanti malam kalau korang nak datang, korang datang lah sebab aku datang balik malam nanti. Ni aku nak balik sekejap, nak ambil baju Amanda."
"Takpe, Riq. Malam nanti kitaorang datang semula. Lagipun, nanti kalau kitaorang masuk takut dia terbangun pula." Jawab Harith.
"Haah, Riq. Malam nanti kitaorang datang semula." Kata Azyen.
"Okay. Thank you sebab sanggup datang."
"No problem, bro. Nanti kalau ada apa-apa, bagitahu kitaorang tau." Mereka bersalaman sebelum berlalu pergi.
Elriq mengambil beberapa pakaian isterinya itu untuk dibawa ke hospital. Dan, dia terjumpa beberapa keping gambar di dalam almari pakaian isterinya itu. Gambar yang cukup membuatkan dia terkejut lalu terduduk di atas katil.
"Kenapa sayang tak pernah nak bagitahu abang pasal benda ni? Astaghfirullahalazim sayang, kuatnya awak lalui semua ni seorang diri." Elriq gumam perlahan.
Setelah Elriq selesai mengemas beg baju milik isterinya, dia terus kembali semula ke hospital.
"Sayang." Elriq memanggil isterinya itu dengan lemah lembut apabila dia melihat Amanda sudah bangun dari tidur.
"Abang." Aku menoleh ke arah suami aku yang baru tiba itu. Aku tersenyum melihatnya. Aku tidak mahu tunjukkan yang aku sedih akan kehilangan ini.
"Sayang, lapar?" Aku mengangguk apabila ditanya begitu. Sememangnya aku memang lapar ketika ini, mungkin kerana sudah banyak mengeluarkan air mata.
"Ni, abang ada bawa makanan untuk sayang. Jom, kita makan nak?"
"Nakk!" Aku teruja sangat apabila suami aku tunjuk makanan.
"Okay, jom." Elriq tergelak kecil lalu mengusap kepala isterinya itu.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...