CHAPTER 10

481 17 0
                                    

"Wey korang, aku turun bawah dulu eh?" Dania bersuara.

Jam menunjukkan pukul 7 malam. Kami semua sudah menunaikan solat maghrib. Waktu solat di German memang cepat. Pukul 5:10 petang dah maghrib.

"Okay." Balasku.

"Semua dah ada dah?" tanya Puan Zita.

"Dah, puan."

"Sekarang ni kita semua pergi makan dulu lepastu korang freedom nak pergi mana-mana okay?"

"Yeayy, baik puan."

Kami semua pergi ke restoran Thai Fun. Dia menjual pelbagai jenis makanan yang halal.

"Ya Allah, sedapnya." Kata Dania.

"Baik-baik Dania, takut ehem ehem je." balas Bella.

Dania memandang tajam ke arah Bella.

Aku dan Sofiy tergelak melihat telatah mereka berdua.

Selepas selesai menjamu selera, kami berempat pergi bersiar-siar di sekitar yang termampu. Kami takut nak pergi jauh sangat sebab negara orang, takut jadi apa-apa nanti.

Keesokan paginya, aku turun ke bawah seorang diri untuk keluar mengambil angin sekejap. Nak tunggu diaorang bertiga ni bangun agaknya sampai pukul 10 malam tak bergerak dari katil.

Aku menghirup udara yang segar di sekitar German ini dan aku melihat ada makcik menjual bunga ros. Aku ni dah la pantang kalau nampak bunga ros sebab aku hantu bunga ros. Aku pun pergi ke arah makcik itu untuk membeli bunga.

"Riq, was machst du? Ich habe dir gesagt, du sollst dir diesen Ort ansehen, keine Jungfrau. (Riq, kau buat apa ni? Aku suruh kau tengok kedai ni bukannya tengok anak dara.)" Kata seorang lelaki kepada kawannya itu.

"Ich fühlte mich ziemlich zu dem Mädchen hingezogen. (Aku rasa tertarik lah dengan perempuan tu.)" Balas seorang lagi lelaki sambil tunjuk ke arah perempuan itu.

"Mädchen? (Perempuan?)" tanya Aaren.

"Schau hier. (Tengok sini.)" Kata lelaki itu.

Aaren atau nama sebenarnya ialah Tengku Aaren Zuiz. Dia merupakan CEO bagi Deutsche Bank AG.

"Wo? (Mana?)" tanya Aaren.

"Dort. (Dekat sana.)" Balas kawannya itu.

"Sie ist schön. Ich habe ihn hier noch nie gesehen? Ist es eine neue Person? (Cantiknya dia. Aku tak pernah tengok pun dia dekat sini. Orang baru ke?)" tanya Aaren.

"Ich weiß es nicht. Wenn er schon lange hier sitzt, müssen wir ihn kennen. Wir sitzen hier seit 28 Jahren. (Aku taktahu. Kalau dia dah lama duduk sini, mesti kita kenal dia kan. Kita dah duduk sini 28 tahun kot.)"

"Aber viele Menschen reisen in die Nähe von Deutschland. (Tapi ramai je yang datang melancong dekat sini.)"

"Er ist auf Studienreise. (Dia mungkin ada lawatan study kot.)"

"Woher wissen Sie, dass er Student ist? Es ist in Ordnung, wenn du diesen Jungen stalken willst. (Macam mana kau tahu dia student? Kau ni agak-agaklah kalau nak stalk budak tu.)"

"Du, nicht Harith, hast meine Schuhe gegessen, sondern du! (Kang bukan Harith yang makan kasut ni tapi kau!)"

"Hehe, tut mir leid, tut mir leid. (Hehe, aku minta maaf, aku minta maaf.)"

"Ich möchte sofort zu dem Jungen gehen. (Aku nak pergi dekat budak tu.)"

"Man muss später nicht als Serienvergewaltiger abgestempelt warden. (Kang kau tak pasal-pasal kena label sebagai perogol bersiri kang.)"

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now