Harini penentu untuk kami semua. Kami akan jalankan misi ini. Sebelum menjalankan misi ini, Elriq mewakili kami semua untuk membacakan doa. Semoga Allah lindungi kami daripada kekejaman musuh ni.
"Okay, korang. Aku dah letakkan Amanda dengan Dania dekat tempat diaorang. So, kita tunggu lagi 20 minit untuk buat tindakan seterusnya." Kata Aaren.
"Black mamba, aku nampak musuh tengah ada dekat depan pintu yang kau tengah berdiri sekarang ni." Aku memulakan sesi menjadi cctv untuk semua. Dania tunjuk jari bagus maknanya dia terima arahan itu.
Aaren dan yang lain berada dalam kereta. Aaren begitu tekun memerhati setiap tindakan Dania. Dia juga sanggup redah musuh jika berlaku apa-apa dekat Dania.
Lelaki itu telah melihat sosok Dania dan telah menarik Dania ke dalam bangunan itu kerana terpukau dengan kecantikan Dania.
"You're look so beautiful, my dear." Musuh itu mengelus lembut lengan Dania.
"I know." Dania membalas sambil mengusap rambut lelaki itu. Pada masa yang sama, Aaren yang memerhati dari jauh sudah menggempal penumbuk di tangannya.
"Ren. Kalau dah sayang, bagitahu. Nanti melepas." Harith mencelah apabila melihat reaksi sepupunya itu.
"Kau merepek apa ni, kangaroo?"
"Tu. Tangan tu, asal buat penumbuk? Nak tumbuk muka aku ke?"
"Haah, memang. Kalau dah menyampah sangat, aku bagi je penumbuk ni kat kau."
"Kau diam, kau diam!!!" Harith menutup mulut sepupunya itu dengan tangannya.
"Bapak busuknya tangan kau. Bau kari, gila." Aaren tergelak besar apabila terhidu tangan milik Harith itu.
"Yeke?" Harith yang kelihatan lurus bendul itu turut menghidu tangannya itu.
"Haah do." Mereka berdua tergelak bersama-sama.
Tiba-tiba suara Amanda mencelah.
"Mmm, korang. Better masuk sekarang kot sebab mmm cuba tengok screen dalam kereta tu. Dania dah nak kena ehem tuu."
"Shit!" balas Aaren. Dia terus mengarahkan semua untuk mengambil tempat masing-masing macam yang diarahkannya semalam.
Aku terkejut apabila melihat Dania sudah berada dalam pelukan lelaki itu.
"Hacker to Kingsnake. Repeat. Hacker to Kingsnake."
"Yes, hacker. Anything happen?" Tanya Aaren.
"Dania." Apabila mendengar nama Dania, Aaren cepat-cepat menyuruh semua untuk menyerang musuh yang ada di sekitar tempat itu.
"Cobra, belakang kau ada musuh." Hacker mencelah.
Azyen cepat-cepat memusingkan badannya ke belakang untuk menyerang musuh. Azyen menikam bahagian perut musuh lalu menembusi hujung pisau ke dalam biji mata lelaki itu. Lelaki tersebut meraung kesakitan lalu Azyen menyayat dada kiri musuh.
"Viper and Phyton, aku nak korang shoot to kill musuh dari arah barat laut." Kata hacker.
"Copy that." Sofiy dan Elriz berkata serentak.
Apabila semua musuh telah berjaya ditewaskan, Aaren terus masuk ke dalam bilik yang diduduki oleh Dania dan musuh itu. Dia melihat Dania hampir diraba oleh musuhnya itu. Aaren terus menarik tubuh lelaki itu untuk menjauhi Dania.
"What the hell! Who are you, bullshit?!" Tanya lelaki itu.
"Your enemy." Balas Aaren dengan dingin.
"Give my girl back." Lelaki itu ingin menarik tangan Dania tetapi dihalang oleh Aaren.
"If you want her, you have to step over my dead body first." Aaren membalas dengan pandangan yang tajam terhadap lelaki itu.
Tak lama kemudian, lelaki itu ingin menembak Aaren tetapi Elriq terlebih dahulu menembak tepat kepala musuh itu dengan pantas. Elriq sangat cekap akan musuh yang berada di sekitarnya.
"Dania, kau okay?" tanya Aaren.
"Aku takut tadi, Ren. Kenapa kau lambat datang?" Dania menangis di samping Aaren.
"Hey, pandang aku. Aku pernah cakapkan semalam, aku ada dengan kau. Jangan risau, kau selamat sekarang."
"Dia ada cederakan kau ke? Dia sempat ke buat tu?" Tanya Aaren lagi.
"Tak, tak sempat pun. Terima kasih, Ren."
Mereka berbalas senyuman namun diganggu oleh tak lain tak bukan, sepupunya.
"Yeay, tak sia-sia aku join misi ni. Dapat tengok drama free. Kau takde bawa popcorn ke, Riq?"
"Kau ni kan memang ikan betul la. Ada je nak menyemak." Balas Aaren.
"Tulah. Dulu, sibuk sangat nak bergaduh memanjang. Sekarang ni dah jatuh cinta."
"Mana ada!" Aaren dan Dania berkata serentak. Mereka cepat-cepat berlalu keluar untuk masuk ke dalam kereta. Harith pula sudah terpinga-pinga di situ kerana disergah tadi.
"Dah, bro. Jom, balik." Elriq tergelak kecil sambil menepuk bahu rakannya itu.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...