CHAPTER 9

458 23 0
                                    

Aku tidur di rumah Aunty Lin malam ni sebab keluarga aku tengah bercuti di Australia. That's why aku balik dengan Riz harini.

"Amanda."

Aku berpaling ke arah manusia yang memanggil aku. Aku ingatkan uncle Jason yang panggil tapi hampeh, mamat ni rupanya.

"Apa?" tanyaku sepatah.

"Kawan kau tadi tu..."

Belum sempat Riz habiskan ayat dia, aku sudah mencelah.

"Dia single lagi dan dia minat baca novel. Dia anak tunggal sama macam aku dan dia tak minat nak berkenalan dengan lelaki."

Aku bergurau je dengan ayat last tu. Nak tengok apa reaction mamat ni.

"Kenapa tak minat nak kenal dengan lelaki pula? Dia lesbian ke?"

Aku terus memandang tajam ke arah mamat ni. Ada yang aku seligi mamat ni kang. Tak pasal-pasal muka tu jadi senget.

"Gurau-gurau."

"Dia tu susah nak percaya lelaki sebab dia pernah kena tinggal."

"Kena tinggal?"

"Ya. Lelaki tu curang dengan dia."

"Muka cantik macam tu pun kena tinggal?"

"Kau ingat muka cantik ni memang lelaki tak boleh nak tinggalkan ke?"

"Mana la tahu. Tapi kenapa lelaki tu curang?"

Aduhlah mamat ni tahulah tak pernah jatuh cinta sampai macam ni sekali tapi janganlah haih tak sanggup nak habiskan ayat.

"Lelaki tu curang sebab dia kata Sofiy ni tak bagi apa yang dia nak."

"Maksud kau benda berharga dekat diri dia ke?"

"Ya."

"Cela** punya lelaki."

"Just nak cakap, kalau datang dekat someone tu cuma nak puaskan nafsu atau untuk hilangkan bosan semata, better jauhkan diri tu. Perempuan ni, kami dah jaga diri kami dari kecil lagi. So, bukan mudah untuk kami bagi benda berharga dekat diri kami sesenang itu je dekat lelaki."

Aku tiba-tiba terbayangkan semula apa yang telah terjadi setahun yang lepas. Kalau aku tak mudah percayakan lelaki, mesti benda tu takkan terjadi.

"Manda."

Aku berhenti mengelamun apabila dengar Riz memanggil aku semula.

"Ha?"

"Nanti nak balik uni, aku hantarkan boleh tak?"

"Hek eleh, nak hantar sebab ada maksud lain kan?"

"Hehehe."

Macam la aku taktahu si Riz ni. Nak hantar aku sebab nak jumpa si Sofiy tu je senanye. Sofiy dah bagitahu awal-awal dah dekat aku yang dia nak balik uni tumpang aku nanti.

Sudah cukup seminggu aku bercuti. Maka, dengan rasminya aku perlu pulang semula ke uni aku. Aku dan Sofiy perlu bangun awal esok kerana ada sesi taklimat dengan para lecturer untuk subjek business.

"Okay semua, ini adalah senarai nama yang akan pergi travel ke German pada jumaat ini." Kata lecturer business aku. Aku dengan Sofiy ambil sama jurusan iaitu Business Corporate.

"Berapa orang akan pergi sana Dr?" tanya Zakri selaku class president untuk course kami.

"Seramai 10 orang sahaja yang akan pergi. Jadi saya akan sebut nama-nama berikut ya dan saya nak nama yang dipanggil berdiri ya."

1. Muhammad Zakri

2. Muhammad Amiruddin

3. Mohd Ikram

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now