"Wey Bella, tolong belikan aku bahan-bahan untuk buat spaghetti carbonara. Boleh tak?"
Harini kami semua bermalam di rumah Hayder kerana ingin berbincang pasal majlis perkahwinan. Dalam Black Snakes ni sudah ada 2 pasangan yang akan mendirikan rumah tangga pada bulan ini.
"Boleh, nanti kau send bahan kat aku. Aku pun memang nak keluar pergi beli Tealive ehee." Balas Bella.
"Kau dengan Tealive kau memang tak boleh nak berpisah kan?"
Aku dan Bella tergelak kecil.
Bella sudah bersiap untuk pergi membeli bahan spaghetti. Dia baru ingin melangkah keluar untuk pergi ke kereta tetapi ada seorang gergasi bersuara dan menyebabkan Bella menghentikan pergerakannya.
"Awak nak pergi mana?" tanya Harith.
"Mmm saya nak pergi Mydin kejap. Saya nak pergi beli bahan buat spaghetti untuk malam ni." Balas Bella.
"Nak saya temankan?"
"Eh, takpe takpe. Saya boleh pergi sendiri."
"Rith, tolong belikan aku air gas wey. Haus lah." Azyen mencelah dari dalam rumah. Azyen tahu yang kawannya itu tertarik dengan Bella kerana wanita itulah yang pernah disebut oleh Harith semasa mereka di German dulu.
"Order, order gak. Duit mana?"
"Aik, kaya kot takkan takde duit."
"Kau kan eeyai."
Harith sempat membaling selipar ke arah kawannya itu sebelum dia berlalu pergi dengan Bella.
Apabila sampai sahaja di Mydin, Harith memarkirkan keretanya di basement. Keadaan mereka agak kekok kerana first time berjumpa antara satu sama lain. Sebelum ni kalau Black Snakes berkumpul, mereka berdua mesti akan ada hal di tempat lain. Kadang-kadang Harith boleh datang, tapi Bella tak boleh datang. Begitu lah ceritanya.
"Awak memang dah lama ke kawan dengan diaorang semua tu?" tanya Harith sambil menolak trolley di pasaraya itu.
"Baru setahun saya kenal diaorang tu. Itupun sebab kitaorang sama universiti, sama course dengan sama bilik. Kitaorang dekat sana satu bilik 4 orang jadi masuk sem 2 ni kitaorang sama bilik." Terang Bella sambil mencapai barang yang dipesan oleh Amanda tadi.
"Ohh, maksudnya korang satu kelas lah?"
"Haah." Jawab Bella sambil senyum ke arah Harith.
Harith berhenti menolak trolley itu kerana terpukau dengan kecantikan si Bella ni. Mana taknya, diaorang berenam ni tak pernah nak jatuh cinta dengan perempuan sebab dulu diaorang ni tahunya berlawan je lepastu suka cari musuh.
"Awak, jom. Kenapa tercegat dekat situ pula?"
Harith berhenti mengelamun apabila Bella bersuara.
"Y...ya." Balas Harith.
"Eh, korang berdua daripada mana?" tanya Qasrina yang merupakan isteri kepada Syed Azyen.
"Kitaorang dari Mydin tadi sebab nak beli bahan untuk buat spaghetti malam ni." Jawab Bella.
Qasrina boleh dikatakan tua setahun daripada semua perempuan dalam kumpulan Black Snakes ni.
"Hamboi Rith, dah pandai dah bergaul dengan perempuan. Ehem ehem."
Qasrina pun tahu yang Harith ni susah nak bergaul dengan orang apatah lagi perempuan. Dia dengan Harith rapat pun sebab Qasrina ni salah satu anggota Black Snakes dan isteri kepada kawannya itu.
"Eh, takde takde. Kawan je." Balas Harith.
"Bella, kalau dia jual mahal sangat Bella cari je lelaki lain tau." usik Qasrina.
![](https://img.wattpad.com/cover/362958066-288-k450211.jpg)
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...