CHAPTER 30

372 14 0
                                    

"Riq, kau okay tak?" Tanya Hayder.

Elriq pergi ke markas Black Snakes untuk bincangkan apa yang baru terjadi semalam antara dia dengan isterinya itu.

"Aku taktahu, Der. Aku penat dengan semua benda ni. Aku ingatkan dia takkan muncul balik dalam hidup aku tapi hmmm." Elriq mencengkam rambutnya kerana dia terlalu gelisah akan situasi ini.

"Riq, kitaorang saksi kau tak bersalah. Kitaorang nampak depan mata kitaorang sendiri yang kau kena perangkap dengan si gedik tu." Balas Elriz.

"Isteri kau?" Tanya Harith.

"Dia tak balik rumah semalam. Aku taktahu dia dekat mana sekarang ni. Aku call mak mertua aku, tanya isteri aku ada tak dekat sana tapi dia kata takde. Aku call isteri kau, Riz. Dia pun kata yang Amanda takde dekat sana. Aku taktahu dia pergi mana. A...aku...penat, korang."

Mereka semua terkejut ketika melihat air mata lelaki yang dingin itu mengalir deras di pipinya. Mereka tidak pernah nampak lelaki itu menangis disebabkan seorang perempuan. Tetapi, perempuan yang bernama Aisy Amanda berjaya mengeluarkan air mata lelaki yang selama ni dingin dan tegas itu.

"Riq, kau tak boleh mudah mengalah macam ni. Ni semua ujian untuk kau dengan Amanda. Kalau isteri kau dah mengalah, kau tak boleh mengalah juga, Riq. Nanti dua-dua jadi lemah lepastu perkahwinan ni hancur macam tu je." Azyen menasihati kawannya dan tanpa disedari, Azyen sedang menenangkan Elriq dengan ayat itu.

"Biar kitaorang settle kau punya masalah ni. Kau pergi cari isteri kau semula and then fix balik semuanya. Okay?" Arah ketua kumpulan itu.

"Kau kuat, Riq. Kitaorang tahu kau kuat. Allah takkan bagi ujian seberat ni dekat hambanya kalau hambanya itu tidak cukup kuat untuk hadapi sesuatu dugaan yang dia bagi." Kata Harith.

Elriq mengangguk dan meraup wajahnya yang terlalu letih kerana mencari isterinya sepanjang malam sehingga tidak tidur kerana rindu akan isterinya itu.

"Sampai bila kau nak macam ni dengan suami kau, Amanda?" Irene bertanya kepada Amanda sambil menyediakan barang peralatan make-up nya untuk dibawa ke rumah pengantin pada esok pagi. Irene ditempah untuk menghiasi pengantin di KL.

"Aku taktahu la, Rene. Dah 2 kali dah jadi macam ni. First, yang pasal Nia tu lepastu sekarang pasal Lisa ni pula. Aku tahu la suami aku tu hensem, tapi cuba la cari lelaki yang bujang. Takpun, tunggu la suami aku tu duda dulu baru la boleh ambil." Ni kalau si Elriq dengar ni mau mati aku kena kerja dengan dia. Kau ni memang tempah maut Amanda dengan suami kau tu.

Aku pergi ke rumah Irene semalam sejurus selepas bergaduh dengan suami aku. Hayder tidak tahu menahu tentang perkara ini kerana semalam Hayder sedang menjalankan operasi di laut.

"Kau taknak balik rumah ke? Kesian la aku tengok suami kau tu. Hayder bagi gambar diaorang dekat aku pagi tadi. Diaorang tengah lepak dekat markas." Kata Irene.

"Aku nak balik tapi entahlah. Aku takut aku tak kuat lah bila jumpa dengan suami aku tu."

"Kau tak boleh nak lari macam ni je, Amanda. Kalau lari macam ni, sampai bila-bila masalah kau tu tak diselesaikan."

"Aku tahu. Hm, aku rindu suami aku sebenarnya."

"Ha, lepastu still je degil taknak balik. Petang nanti Hayder balik. So, kau kena balik sebelum petang. Kau minta la maaf dekat suami kau tu."

"Lah, kenapa aku pula yang kena minta maaf? Bukan salah aku pun."

"Amandaaaa." Meleret suara Irene.

"Yelah, yelah." Aku tergelak kecil melihat kawanku itu.

Jam tepat menunjukkan pukul 3 petang, aku meminta diri untuk pulang ke rumah.

"Rene, aku balik dulu tau. Thank you sebab bagi tumpang semalam."

"No hal, Amanda. Nanti kalau ada apa-apa, bagitahu aku tau."

"Okay, bye Rene."

Semasa aku drive untuk pulang ke rumah, aku terfikir satu idea yang bernas untuk aku minta maaf terhadap suami kesayangan aku itu.

Suami aku pulang pada pukul 6 petang. Aku dah tekad nak berbaik balik dengan dia harini. Sengsara tau bila tidur takde bantal peluk ni. Rasa macam tidur tiada arah tuju je.

Aku dengar pintu rumah aku ditutup. Maksudnya, suami aku dah balik. Ya Allah, kau jayakan lah rancangan aku ini.

"Assalamualaikum. Sayang?" Elriq begitu teruja apabila melihat kereta Honda Civic berwarna hitam milik isterinya itu berada di perkaran rumah mereka.

"Sayang dah balik ke?" Elriq terus menuju ke bilik mereka berdua.

"Aisy Amanda."

"Abang." Elriq terus memelukku apabila sejurus sahaja melihat diriku dalam bilik kami.

"Ya Allah, sayang pergi mana semalam? Abang risaukan sayang lah. Abang tak tidur malam tau sebab cari sayang sepanjang malam. Janganlah buat abang risau lagi, sayang."

"Aisy ada jelah dekat rumah Irene."

"Irene? Isteri Hayder?"

"Haah."

"Kenapa Hayder tak bagitahu abang pasal benda ni?"

"Semalam kan Hayder ada operasi dekat laut. So, dia tak balik semalam."

"Ohh, haah. Abang terlupa pula dia ada operasi semalam."

"Lepasni nak lari dari abang lagi ke?"

"Mmm nakk."

"Nak ehh? Meh sini, abang geletek sayang. Main-main eh dengan abang."

"Abang, jangan lahh. Geli lahhh." Aku tersemput-semput untuk menahan geli. Aku ni dah lah sensitif. Cepat sangat rasa geli kalau orang sentuh.

Apabila aku rasakan tangan suami aku sudah berhenti geletek, aku kembali ke mood biasa.

"Abang, Aisy minta maaf pasal semalam. Aisy tak sepatutnya lari dari rumah tapi sebaliknya, Aisy patut bincang pasal benda tu dengan abang elok-elok."

"It's okay, sayang. Abang pun nak minta maaf dengan sayang. Abang sepatutnya jujur dengan sayang pasal benda ni tapi abang rahsiakan pula. Abang minta maaf ya?"

"Pasal Lisa tu, macam mana? Dia takkan perangkap abang lagi ke macam dulu? Aisy takut kalau nanti dia terfikir nak perangkap abang lagi. Dulu, dekat German, takde salah kalau berduaan dalam hotel tapi sekarang abang dah masuk Islam lepastu dekat Malaysia pula tu."

"Don't worry, sayang. Yang itu biar abang dengan yang lain settlekan. Sekarang ni, kita dua janji jangan tinggalkan each other even dugaan tu besar macam mana sekalipun. Dan, kita dua janji selalu ada untuk each other. Boleh?"

"In Sya Allah, Aisy janji dengan abang." Aku dan Elriq melakukan pinky promise sebagai tanda kami janji dengan satu sama lain.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now