CHAPTER 13

394 14 0
                                    

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Eh, Riq. Kenapa datang tak bagitahu?" jawab ummi.

"Tadi ada hal kejap dekat area sini, tu yang singgah sini kejap."

"Ohh. Riq nak jumpa dengan Amanda ke?" tanya ummi.

"Aisy ada ke aunty?"

"Ada. Dia baru je balik tu. Tadi dia keluar kejap pergi rumah Sofiy."

"Ohh. Boleh Riq jumpa dengan dia kejap?"

"Boleh. Kejap, aunty pergi panggil dia.

"Ya Allah, penatnya harini. Baca novel la kejap, boleh tengok shuben." Bebelku sendirian.

"Kakak."

Aku baru nak ambil novel Dr. Alpha Male, ummi dah kacau. Ishh.

"Ya, ummi."

"Turun bawah kejap. Ada orang nak jumpa kakak."

"Siapa?" Pelik la juga bila ada orang nak jumpa sebab takde siapa pun bagitahu aku kata nak jumpa harini.

"Turun la dulu, nanti akak tahu la siapa."

Aku dah rasa semacam dah ni. Jangan-jangan...

"Kejap ye Riq. Nanti dia turun."

"Baik, aunty."

"Apa awak buat dekat sini?"

Mamat ni memang tak reti ke nak undurkan diri tu. Aduhlaa, belum sampai 2 hari lagi.

"Kita bincang sekejap boleh?"

"Takde apa nak dibincangkan pun. Awak balik lah."

"Kakak, apa cakap macam tu dengan Riq. Tak baik lah. Orang datang nak jumpa kakak tapi layan macam tu pula." Balas ummi.

"Jomlah bincang dekat luar."

Aku mengalah. Kang tak pasal-pasal jadi naga pula si ummi aku ni.

"Aisy, awak dah fikir ke pasal benda yang saya cakap dua hari lepas?"

"Awak kata tiga hari, harini baru je dua hari. Jawapan esok kan?"

"Saya boleh rasa apa jawapan awak esok."

"Kenapa awak nak saya? Why me? Kenapa tak orang lain? Kenapa pilih perempuan yang dah tak suci? Ramai je perempuan yang elok berbanding saya?" bertubi-tubi soalan aku bagi dekat Riq.

"Kalau perempuan tu elok sekalipun tapi kalau diri tu rasa terpaling bagus nak buat apa? Kalau dia suci sekalipun tapi selalu jadi pilihan untuk lelaki buat apa? Dia cantik sekalipun tapi kalau diri tu jadi perhatian lelaki lain buat apa?"

'Ha, cari nahas lagi kau Amanda. Sah-sah la kau akan kalah dengan lelaki ni. Kau lupa ke mamat ni dulu student Law. Kau nak berperang mulut pula dengan dia. Pastu sekarang ni mamat ni polis dekat German tu, dia sumbat kau dengan peluru kang.' Hati aku mula berbicara.

"Haihh, awak tahu kan saya 22 tahun?"

"Tahu." Jawab lelaki tu sepatah.

"Awak tahu kan saya still study?"

"Tahu."

"Awak tahu kan yang saya ni tak suka awak?"

"Tahu."

Dia pun terkejut dengan soalan aku tadi.

"Ehh, apa ni? Belum dua hari lagi dah bagi jawapan."

"Lahh, kata tadi tahu yang saya tak sukakan awak."

"Ishh, memain lah dia ni. Awak reject saya ke, Aisy?"

Aku pandang ke arah dia tapi apa yang aku nampak sekarang ni mmm.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now