CHAPTER 11

453 16 0
                                    

"Kau rindu budak perempuan tu ke?" tanya Azyen kepada Riq.

"Mana ada. Apa yang kau mengarut ni?" balas Riq dengan dingin.

"Come on bro, muka kau tu tak boleh nak menipu kitaorang tau." Hayder mencelah.

"Rindu cakap rindu, nanti melepas aku tak tahu." Jawab Aaren.

"Tak rindu lah. Aku dengan dia baru je jumpa sekali takkan lah dia dah terus jatuh cinta dengan aku kot."

"Kau sendiri yang cakap what is yours, it is yours forever." kata Harith.

"Tapikan Riq, aritu aku nampak macam ada 3 orang lagi kawan perempuan dia." sambung Harith.

"Yeke? Tak perasan pun." Jawab Riq.

"Ada haritu tak silap aku hari ketiga diaorang dekat sini. Aku tengah lap meja lepastu aku ternampak diaorang tengah ambil gambar dekat depan tu. Cantik juga kawan dia. Ada sorang tu aku rasa macam tertarik je tengok perempuan tu." Balas Harith.

"Kau ingat ada ke orang nak kau?" perli Aaren.

"Kau makan ni, makannnnnn!!!" Harith sumbat burger ke dalam mulut sepupunya itu.

Keesokannya, mereka berlima pulang semula ke Malaysia kerana tiada kerja yang perlu dibuat di German itu.

"Woi bang, bapak dah lamannya tak jumpa kau."

"Aku ingatkan kau duduk 2 tahun dekat Malaysia ni adalah perubahan tapi hampeh still je sama."

"Maleh aku layan kau ni bang. Menaikkan darah tinggi aku je kang."

"Riz, apa cakap macam tu dengan abang." Aunty Lin mencelah.

"Ampun buk."

Mereka bertiga tergelak apabila melihat telatah anak kedua mereka itu.

"Riq, kamu balik Malaysia ni berapa lama?" tanya Uncle Jason.

"Lama la juga mummy. Maybe 3 bulan lebih sebab tahun ni Riq free sikit so boleh balik sini lama." Jawab Riq.

"Bagusla kalau macam tu. Boleh mummy kenalkan Riq dengan anak kawan mummy nanti."

"Ada je mummy ni kan nak jodoh-jodohkan Riq dengan tah sape-sape tah."

"Hey, ini mummy cari yang baik punya."

Riq memandang adiknya itu kerana dia tahu adiknya terlalu straight to the point. Kalau dia jumpa dengan perempuan yang menggedik, confirm bernanah telinga perempuan tu kena kutuk dengan adiknya itu.

"Kalini kau boleh percaya mummy bang. 100% helok. Bak kata orang, spek bidadari. Cenggini." Kata Riz sambil tunjuk jari bagus.

"Okay, kalini Riq trust mummy."

"Great. Dah, jom kita balik rumah."

"Kakak, pergi lah bersiap sebab malam ni kita nak pergi rumah Aunty Lin." Kata ummi.

"Aik, kenapa pula?" Aku baru berangan cuti ni nak duduk rumah je tapi ya Allah baru nak rehat dah ada plan nak berjalan.

"Aunty Lin nak kenalkan kita dengan anak sulung dia tu."

"Anak sulung dia dah balik sini ke?"

Sejujurnya aku sedikit teruja sebab aku dah lama sangat nak tengok rupa anak sulung aunty Lin tu. Hensem sangat ke sampai semua orang sibuk nak kenenkan aku dengan dia.

"Ya, dia baru balik 2 hari lepas." Balas ummi.

"Ohh, okay. Kakak pergi siap kejap."

"Assalamualaikum." Ummi dan abah menyapa keluarga aunty Lin dan uncle Jason.

"Waalaikumussalam."

"Amanda tak ikut ke?" tanya uncle Jason.

"Ikut, cuma harini dia drive sendiri sebab tadi dia kata nak singgah rumah kawan dia kejap." Kata ummi.

"Ohh. Eh, jemput masuk. Kita borak dekat dalam."

"Riq Riz turun, tetamu dah sampai dah ni."

"Mummy." tegur Riq.

"Ha, meh duduk sini."

"Ni mummy kenalkan yang ni aunty Leha dan ni uncle..."

"Assalamualaikum." Belum sempat aunty Lin habiskan ayat, aku memberi salam sebelum masuk ke dalam rumahnya.

Aku bagaikan terpaku lalu terkentut di situ kerana aku tidak percaya apa yang aku nampak depan mata aku sekarang ni.

"Aisy?"

"Riq?"

Kami berdua betul-betul terkejut dengan situasi sekarang padahal dah sebulan kami tak berjumpa.

"Kamu berdua kenal ke?" tanya aunty Lin.

"Riq kenal Aisy dekat German haritu yang time Aisy datang sana bulan lepas." Jawab Riq.

"Laa, dah kenal rupanya. So, senang la kerja kami semua sekarang ni."

"Kerja?" Aku dan Riq berkata serentak.

"Ya, kami ingat nak jodohkan kamu berdua pada tahun ni juga."

"Haaa??? Jodohkan?" Aku dan Riq berkata serentak sekali lagi. Dah macam choral speaking dah haa.

"Ya, kakak. Ummi dengan abah berkenan sangat dengan Elriq ni."

"Elriq?" aku bertanya.

"Nama anak aunty Elriq Alden. Kami semua panggil dia Riq." balas aunty Lin.

Aku betul-betul terkejut dengan semua benda ni. Rasa macam terjadisekelip mata sahaja. Aku berjalan di luar seketika sementara semua tengahberbincang pasal kami berdua. Jujur aku cakap, aku takde rasa nak kahwin lagisebenarnya. Umur aku baru 22 tahun, mustahil abah setuju kalau aku kahwin muda.Aku baru nak berjinak -jinak dalam degree lepastu tiba-tiba kena kahwin pula.


Okay dah update next chapter! Saya harap korang semua suka dengan jalan cerita ni. Maaf sekiranya ada story line yang bosan ke cringe ke apa ke tauu, Thank you!

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now