CHAPTER 20

322 10 0
                                    

"Abang, pergilah sana! Pergi dekat perempuan tu. Sibuk sangat nak tolong dia kan?"

"Liebe, abang just tolong dia bukakan pintu je." balas Hayder.

Mereka berdua bergaduh kerana Irene ternampak yang Hayder bukakan pintu kereta untuk seorang perempuan di depan pintu utama Kenanga Mall tadi.

"Lelaki semua sama."

"Liebeeee." Meleret suara Hayder memanggil Irene.

"Assalamualaikum."

"Eh, Der. Asal sorang je? Mana bini kau?" tanya Elriz.

Harini kami semua lepak di rumah Azyen. Pada setiap minggu, kami akan tetapkan satu hari untuk meluangkan masa bersama-sama walaupun selalu sangat terjumpa di tempat lain.

"Fight." Hayder jawab sepatah.

"Ya Allah, nasib la belum kahwin takde nak fight-fight kucing ni."

"Fight-fight kucing?" Azyen bertanya kepada Aaren kerana dia tak pernah dengar pula perkataan fight-fight kucing ni.

"Gaduh-gaduh manja."

Kami semua dah pandang semacam dekat si Aaren ni. Nama je ketua kumpulan ni tapi otak tu haihh.

"Apa kena mengena dengan kucing pula?" tanya Hayder.

"Kucing kan manja." Ya Allah, mamat ni memang cari pasal pula.

Hayder pandang tajam ke arah kawannya itu. Orang tengah serabut, dia boleh pula buat lawak hambar sekarang ni.

"Korang, ada idea tak macam mana nak pujuk perempuan?" tanya Hayder.

"Langit tu macam cerah kan harini?" Elriz mencelah.

"Ye wey." Balas Azyen.

"Kalau keluar ni macam best je ni." sokong Harith.

Mereka mengubah topik kerana mereka tahu yang dalam kumpulan tu tidak ada seorang pun pernah memujuk perempuan.

"Apa punca korang bergaduh ni?" Bella bersuara.

"Aku bukakan pintu kereta untuk seorang perempuan ni sebab masa tu dia pegang banyak barang. Lepastu, aku nampak macam susah sangat dia nak buka pintu, tu yang aku tolong tu." terang Hayder.

"Perempuan tu muda ke?" Dania pula bertanya.

"Haah, maybe umur macam korang juga."

"Patutlah Irene marah. Kau pergi bukakan pintu tu dah kenapa?" Aaren mencelah.

"Hak alah, mana lah aku tahu perempuan ni kuat sangat cemburunya."

Bella, Dania, Qasrina, Amanda, dan Sofiy memandang tajam ke arah Hayder. Sesedap mulut dia je cakap perempuan ni kuat cemburu. Ada yang diaorang bunuh si Hayder ni kang.

"Ehee, maaf maaf." Hayder terus meminta maaf kepada mereka berlima. Perempuan dalam Black Snakes ni bukannya boleh percaya sangat pun. Nampak je lemah lembut tapi sekali dah gunakan kekerasan, memang kau auto meninggal time tu juga.

"Aku ada idea." Elriq tiba-tiba bersuara.

Keesokannya, kami semua sepakat untuk datang ke markas. Plannya untuk baikkan semula Irene dan Hayder. Irene, Bella, Dania, Sofiy, Amanda dan Qasrina sudah berada di dalam markas Black Snakes. Tiba-tiba mereka mendengar sesuatu. Mereka terus pergi ke luar untuk lihat apa yang sedang terjadi.

"You're insecure, don't know what for." Hayder mula menyanyi.

"You're turnin' heads when you walk through the door." Azyen dan Elriz menyambung pula.

"Don't need makeup to cover up (Huh)." Aaren dan Harith menyanyi dengan penuh teruja dan jeritan.

"Bein' the way that you are is enough." Sambung Hayder dan Elriq

"Everyone else in the room can see it. Everyone else but you." Mereka berenam berdiri memanjang dan...

"Baby, you light up my world like nobody else. The way that you flip your hair gets me overwhelmed. But when you smile at the ground, it ain't hard to tell. You don't know, oh-oh, you don't know you're beautiful. If only you saw what I can see. You'll understand why I want you so desperately. Right now, I'm looking at you and I can't believe." Mereka berenam menyanyikan lagu ini dengan mengikuti rentak irama. Harith dan Aaren pula bukan menyanyi tetapi lebih kepada menjerit.

"You don't know, oh-oh, you don't know you're beautiful, oh-oh. That's what makes you beautiful." Hayder mengakhiri nyanyian itu sambil menunjuk ke arah isterinya, Irene.

Para suami berada di luar dengan menyanyikan lagu What makes you beautiful dengan mengikut rentak tarian lagu itu. Irene terkejut dengan perkara yang terjadi di depan matanya sekarang ini.

"Liebe, abang minta maaf. Abang janji abang tak buat benda tu lagi. I love you, Irene Safira!" Jerit Hayder sambil mendepakan tangannya untuk Irene memeluk dirinya.

"Abanggg." Irene terus berlari ke arah suaminya itu dan memeluk erat lelaki itu.

"Irene pun minta maaf dengan abang sebab dah derhaka." Sambung Irene.

"Nasib sedar." Irene terus memandang tajam ke arah suaminya itu. Cepat betul tukar mood isterinya ni.

"Gurau-gurau."

"Okay, dah. Jom, masuk. Panas ni. Aku nak balik German dengan muka putih tau." Aaren mencelah tah datang dari mana tah mamat ini.

"Potong la kau ni mentega." Balas Hayder.

Mereka semua tergelak besar melihat karenah masing-masing.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now