"Sebelum tu, abang nak minta maaf dengan sayang sebab abang tak jujur dengan sayang."
"Tak jujur? Maksud abang?"
"Apa yang perempuan tu cakap tadi semuanya betul. Abang dengan dia selalu contact sejak kebelakangan ni tapi itu bersebab, sayang."
Air mata aku terus mengalir dengan deras dan aku melihat wajah Elriq penuh dengan kekesalan.
"A...apa sebabnya, abang?"
"Abang jujur lah. Dulu, time abang belum masuk Islam, abang pernah kena perangkap dengan dia."
"A...apa abang cakap ni?" Aku terkejut sangat dengan kata-kata suami aku ni. Aku ingin berdiri untuk keluar dari bilik tu tetapi suami aku pantas menghalangnya.
"Dengar dulu apa yang abang nak cakap ni, sayang. Please." Aku duduk semula di hadapan suamiku itu.
"To be honest, Lisa memang sukakan abang sejak 5 tahun yang lalu. Tapi, masatu abang tak terfikir nak bercinta atau kahwin dengan dia. Jadi, abang jadikan dia tempat hilang bosan abang je. Tapi masatu abang taktahu dia sukakan abang. Abang dapat tahu pun sebab Aaren bagitahu abang pasal tu. Start daripada tu, abang jauhkan diri daripada dia tapi dia asyik cari abang je. Sampai satu tahap, dia perangkap abang. Dia cakap dia nak jumpa abang untuk bincang pasal projek business ayah dia. Masatu, abang tolong handlekan projek syarikat Aaren sekejap sebab Aaren ada masalah keluarga masa tu. Jadi, dia minta tolong abang untuk settlekan projek tu. Abang ingatkan betullah dia nak bincang pasal projek tu tapi rupanya dia nak perangkap abang supaya dia dapat jadikan abang milik dia. Tapi, sumpah sayang. Abang tak sentuh pun dia. Demi Allah, sayang."
"Kenapa abang still contact dengan dia?"
"Dia ada gambar yang time dia perangkap abang tu. Abang contact dengan dia sebab abang nak suruh dia delete semua gambar tu. Itu aje, sayang."
Aku mengeluh. Aku taktahu nak percaya atau tidak suami aku ni. Tapi, dia tak pernah tipu aku. Tapi, macam mana kalau sebabkan aku percaya dia sangat-sangat, dia pijak kepala aku?
"Abang. Aisy cuma boleh cakap, jangan jadikan perempuan tempat hilangkan bosan untuk lelaki. Perempuan ni mudah jatuh cinta dengan lelaki yang selalu layan dia dengan baik. Abang anggap dia bukan sesiapa untuk abang tapi dia? Dia anggap abang lebih daripada seorang kawan. Dia sukakan abang sejak 10 tahun yang lalu. Aisy bukan pemenangnya, abang. Abang lepaskan Aisy. Abang tebus balik kesalahan abang dekat dia, ya?"
"Apa benda yang Aisy mengarut ni? Abang takkan lepaskan Aisy lah. Eh, dengar sini. Tak kisah lah bercinta berapa lama sekalipun, kenal bertahun-tahun sekalipun, pemenangnya tetap orang yang abang sebut nama dia dalam akad nikah aritu lah. Kenapa nak suruh abang tebus kesalahan pula? Abang yang nak tidur dengan dia ke? Abang yang nak buat semua ni ke, Aisy Amanda? Jawab lah!"
Elriq memegang bahuku dengan kuat sehingga aku dapat merasakan sakit seperti terkena bisa ular.
"Abang, sakit." Aku cuba untuk melepaskan pegangan dia tapi dia makin kuatkan cengkaman itu.
"Tahu sakit. Habistu, hati abang yang sakit ni tak fikir pula?!" Jerit Elriq. Aku tak pernah nampak dia tegas macam ni sekali.
"Abang tanya ni, Aisy Amanda!"
"Abang, tolong lah. Abang yakin ke perkahwinan kita ni boleh bertahan lama kalau dia dah muncul semula dalam hidup abang?"
"Even apapun jadi, abang tetap akan pertahankan perkahwinan kita ni. Tak kisah lah, segala jenis dugaan sekalipun, abang tetap nak perempuan yang bernama Aisy Amanda yang ada dalam hati abang. Faham?"
"Abang bagi Aisy masa untuk fikir, boleh?"
"Sayang."
"Aisy betul-betul perlukan masa untuk fikir tentang semua ni."
"Hey, pandang abang. Abang boleh janji dengan Aisy sekarang ni yang abang boleh baiki balik hubungan kita."
Elriq ingin memelukku tetapi aku terus berlalu pergi meninggalkan dia seorang diri dalam bilik itu.
Aku sempat dengar suami aku itu mengeluh kekesalan dengan apa yang terjadi ini.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...