CHAPTER 51

149 8 0
                                    

Aku dan Elriq mengemas semula baju aku untuk diletakkan di dalam almari. Semasa aku sedang mengemas, Elriq tiba-tiba bersuara.

"Prinzessin." Panggil Elriq. Aku pun menoleh ke arahnya. Elriq mendekati aku lalu membawa aku ke katil. Kami duduk di atas katil sambil memandang antara satu sama lain. Dia mula menarik dan menghembuskan nafasnya terlebih dahulu.

"Aisy boleh jujur dengan abang pasal tadi tu. Abang takkan marah Aisy." Aku memandangnya. Tapi aku tetap tak boleh nak jujur dengan suami aku ni sebab ini berkaitan dengan lelaki lain. Aku kenal sangat perangai Elriq ni macam mana.

"Takde apa pun yang jadi tadi, abang. Abang tak percayakan Aisy ke?"

"Abang bukan tak percayakan Aisy tapi masa abang pegang tangan Aisy lepas turun dari flight tadi, abang boleh rasakan ketakutan dekat dalam diri Aisy tu."

"Abang, kalau Aisy jujur ni, betul ke abang takkan marah Aisy?"

"Betul, sayang. Abang takkan marah Aisy." Balasnya.

"Sebenarnya tadi masa dalam flight, kitaorang berborak lepastu dia cakap muka Aisy cantik dengan pandangan yang Aisy tak boleh nak tafsirkan. Lepastu Aisy tertidur. Tapi masa Aisy bangun tu, Aisy sedar yang kepala Aisy ada dekat atas bahu Taufiq. And masa nak keluar tadi, dia tarik tangan Aisy sebab nampak Aisy nak bangun. Tapi nasib masa tu abang bagi ruang untuk Aisy. Jadi, Aisy boleh keluar dari flight tu secepat yang mungkin." Aku jujur semuanya dekat Elriq apa yang terjadi tadi.

Aku nampak yang muka Elriq sudah berubah 360 darjah. Dari muka tersenyum sehingga muka yang sangat dingin memandang wajah aku sekarang ini. Aku terus menundukkan kepala aku daripada bertentang mata dengannya. Aku takut kalau nampak perubahan pada diri Elriq.

"Pandang mata abang ni. Tengok bawah kenapa?" Aku terus mengangkat wajahku dan mata kami bertaut kembali.

"Aisy minta maaf, abang." Aku mendengar yang Elriq sedang mengeluh.

"Look, prinzessin. Abang tak marah Aisy kalini. Sebab itu semua bukan salah Aisy. Abang sebenarnya risau kalau Aisy terkena macam dulu lagi, sebab tu abang baran dengan Aisy kalau ada lelaki lain goda Aisy. Abang nak jaga Aisy betul-betul. Abang tak boleh kalau nampak Aisy bahagia dengan lelaki lain selain abang. Bagi abang, kalau nampak Aisy tengah bahagia dengan lelaki lain tu buatkan abang rasa abang gagal jadi suami untuk Aisy." Jujur Elriq.

Setelah aku mendengar pengakuan dia itu, aku terus memeluk diri suami aku.

"Abang tak pernah gagal jadi suami untuk Aisy. Jujur Aisy cakap yang abang je yang mampu buatkan Aisy tersenyum macam ni. Aisy rasa selesa, selamat, dan tenang bila ada dengan abang."

Aku meleraikan pelukan itu dan memandang ke arah wajah suami aku itu. Aku melihat Elriq tersenyum manis sambil mengusap kepalaku dengan lembut.

"By the way, esok abang masuk kerja ke?" Aku bertanya kepada Elriq.

"Haah, sayang." Jawabnya sambil bangun dari katil dan berlalu ke arah almari untuk mengambil baju kerjanya.

"Polis atau CEO?" Aku melihat Elriq terus memalingkan kepalanya ke arah aku dengan kening sebelah kirinya terangkat. Aku tersalah cakap ke dengan mamat zirafah ni?

"Dah sah sah abang baru balik dari German kan, of course lah masuk kerja as a CEO. Tak larat cek nak ulang-alik pergi German tu." Kata Elriq. Aku dah tergelak kecil dah kat atas katil tu.

"Ya tak ya juga kan, abang. Apalah Aisy ni." Aku tergelak sambil menepuk dahiku sendiri. Elriq memandang aku semacam.

"Kenapa pandang Aisy macam tu?" Elriq menapakkan kakinya ke arah aku. Lalu dia melakukan sesuatu di luar jangkaan aku.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now