EPILOG

973 19 7
                                    

Selepas tiga tahun...

"Alhamdulillah, keadaan Cik Manda sudah agak stabil sekarang. Walau bagaimanapun, tuan dan puan kena sentiasa pantau keadaan dia ya. Sebab lama juga dia koma, dah nak masuk tiga tahun. Jadi, risiko untuk dia kembali lemah itu sangat tinggi." Kata doktor itu.

"Baik, terima kasih ya doktor." Balas Puan Saleha dan Encik Herman.

"Kakak, kakak rasa apa sekarang ni?" Puan Saleha membangunkan anaknya itu dengan berhati-hati.

"Kakak rasa okay je, ummi. Haa, Elriq mana, ummi?"

"Elriq? Siapa tu?"

"Elriq Alden. Suami kakak. Ummi tak ingat ke?"

"Setahu kami berdua, kakak mana kahwin lagi."

"Apa maksud ummi ni? Anak kakak mana?" Aku bertanya lagi.

"Anak? Kakak tak kahwin lagi lah." Jawab Abah.

"Jap, kakak masuk hospital ni sebab apa?"

"Kakak accident sebab ada orang kata kakak nak melintas ke seberang tapi tak nampak ada kereta lalu masa tu." Jawab Ummi.

"Yeke? Bukan sebab kena tikam ke?" Aku bertanya dengan ragu-ragu. Aku melihat ummi dan abah menggelengkan kepala mereka. Aku mengangguk faham.

Selepas dua hari aku sedarkan diri, aku dapat kebenaran untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku terus naik ke bilik aku. Aku melihat sekitar bilik itu, lalu aku seperti teringat sesuatu. "Abang dah expect dah bilik Aisy warna pink but I didn't expect for this." Aku seperti pernah mendengar ayat itu secara realiti. Aku memegang kepala aku kerana terasa berdenyut.

Selepas solat isyak, aku menyimpan semua baju aku di dalam almari. Dan aku terdengar ada bunyi barang terjatuh. Aku mencari di mana barang itu terjatuh. Akhirnya, aku terjumpa satu kotak berwarna putih. Aku pun membukanya. Aku dapati ada satu cincin disaluti emas dalam kotak itu. Tiba-tiba kepala aku sakit.

"Bila sayang nampak cincin ni, itu maknanya sudah sampai masanya untuk abang satukan kita berdua semula, sayang."

"Warte auf mich, prinzessin. Die Liebe des großen Bruders gehört nur Aisy. Ich verspreche, die weiße Rose wird die Erinnerungen meiner Geliebten zurückbringen." (Tunggu abang, prinzessin. Cinta abang hanya untuk Aisy. Abang janji, rose putih yang akan kembalikan memori cinta hati abang ni.)

"Bitte warte auf mich, prinzessin." (Tolong tunggu abang, prinzessin.)

"Arghh, sakitnya kepala." Gumamku perlahan.

Aku terus baring di atas katil. Aku menilik cincin bersalutan emas itu. 'Kenapa suara itu bermain-main di fikiran aku? Aku mesti cari maklumat sampai semuanya terjawab!' Bisik hatiku.

Hidup ini mengajar aku tentang satu perkara. Kita boleh mereka perjalanan hidup kita melalui imaginasi tetapi kita tidak boleh melawan takdir Allah. Hanya Allah sahaja mampu memberikan kita kesakitan dan Allah juga yang akan memberikan kita kebahagiaan.


TAMAT

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now