Harini kami semua akan pergi ke event di syarikat Elriz. Dia mengadakan event di Hotel Mandarin Oriental, KL. Ramai usahawan dan CEO-CEO dari syarikat lain di serata dunia akan sertai juga.
Aku dan Elriq memasuki ke ballroom hotel tersebut tetapi aku melihat terlampau ramai lelaki yang ada di situ. Aku mengeratkan sedikit genggaman tangan aku terhadap suami aku itu. Elriq seperti sudah memahami keadaan aku sekarang, dia terus menghentikan pergerakan kami.
"Hey, it's okay. Abang ada dengan sayang. Just duduk je dengan abang ye?" Elriq menenangkan aku dengan mengusap belakang tapak tangan aku.
"Aisy takut."
"Diaorang takkan berani untuk sentuh isteri abang selagi abang berada di depan mata sayang. Okay?"
"Okay abang."
"Oh my god, Schau mal, wer hier ist. (Oh Tuhan, tengoklah siapa yang ada di sini.)" Seorang lelaki bersuara kepada Elriq.
Aku dan Elriq serentak memandang ke arah suara tersebut. Riak wajah Elriq berubah menjadi seorang yang sangat digeruni.
"Was möchtest du? (Apa yang kau nak?)" tanya Elriq dengan tegas.
"Chill, Bro. Ich bin hier, um mich einfach mit euch zu versöhnen, oder sollte ich die Black Snakes rufen? (Tenang, bro. Saya di sini hanya ingin berdamai dengan awak atau saya patut panggil Black Snakes?)" kata lelaki itu.
"Ist das deine frau? Welche nummer ist sie in der reihenfolge der frauen, die du im club getroffen hast? (Itu isteri kau ke? Dia nombor yang keberapa dalam list perempuan yang kau jumpa dekat kelab tu?)" sambung lelaki itu.
"Ich denke, es wäre besser, wenn du deinen Mund einfach im Abfluss wegwirfst. (Aku rasa lagi bagus kalau kau buang je mulut kau dalam longkang.)" Balas Elriq.
Aku tak faham satu apapun yang diaorang cakap ni. Tapi apa yang aku boleh rasakan sekarang ni, Elriq menarikku kebelakangnya dan pegangan tangan makin dieratkan.
"Vincenzo, wenn du hierher kommst, um Ärger zu machen, kannst du besser verschwinden. (Vincenzo, kalau kau datang sini nak timbulkan masalah, lebih baik kau pergi je.)" Elriz datang ke arah kami dengan segara apabila melihat situasi tegang antara abangnya dan lelaki itu.
"Okay, okay, entschuldigung. (Okay, okay. Maaf.)" Lelaki itu ingin berlalu pergi tetapi dia sempat berkata sesuatu kepada Elriq.
"Pass gut auf deine Frau auf, bevor jemand anderes Interesse zeigt. (Jaga isteri kau tu baik-baik, takut ada yang rampas nanti.)"
Elriq menggempalkan penumbuk di tangan kanannya manakala tangan kirinya dia makin menguatkan genggaman itu sehingga aku terasa sakit.
"Abang, sakit." Aku menyedarkan dia daripada lamunan dia.
"Ya Allah, sayang. Abang minta maaf ya. Abang tak sengaja. Sayang okay ke?"
"Aisy okay je abang. Tapi tadi tu siapa?"
"Kenalan abang je. Jangan risau okey?"
Aku mengangguk dan memberikan senyuman kepada suami aku itu walaupun dalam hati aku hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasa takutnya aku melihat lelaki itu tadi.
"Bapak banyaknya kau makan ni, buncit."
"Eh, sorry sikit eh. Aku ni kurus lagi tau. Perut aku takdelah buncit sangat macam kau tu." Balas Harith kepada Aaren.
"Eleh, kalau aku buncit takdelah perempuan sibuk beratur nak aku."
"Diaorang tu takde pilihan dah. Dah kau sorang je yang single pastu kaya tahap KLCC. So, diaorang gunakan lah kau."
"Elok sikit eh mouth kau tu. Kau tu pun single juga. Sedar diri, sedar posisi eh."
Harith mengabaikan saja kata-kata sepupunya itu. Baik dia sambung makan daripada melayan perangai tah pape sepupunya itu.
"Wey korang, takde ke eh lelaki hot dekat sini? Aku datang sini sebab nak cuci mata je." kata Bella.
"Aku tadi dah jumpa sorang. Dia tolong letakkan makanan untuk aku. Aaaa helok kauu." Balas Dania.
Aaren menghentikan pergerakan dia apabila mendengar apa yang disampaikan oleh Dania tadi. Dia memandang Dania menggunakan hujung anak matanya sahaja. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri terhadap Dania.
"Bapak bestnyaa, Dania. Aku pun nak jugaaa. Handsome sesangat ke wey?" tanya Irene.
"Excuse me, ma'am? What did you said just now? Nak juga? Are you kidding me, liebe?" Tanpa disedari, Hayder sudah berada di belakang isterinya. Dia minta diri sebentar untuk berbual dengan uncle Jason tetapi apabila dia kembali ke tempat duduk dia, dia tidak percaya apa yang dia dengar sekejap tadi.
"Eh, abang. Abang bila sampai sini?" Muka Irene sudah kelihatan pucat apabila suaminya itu sudah berada di belakangnya.
"Semalam."
"Alaa, abang. Rene minta maaf ya? Rene gurau je."
"Ok."
"Alaa, bucuk-bucuk sayang ni." Pujuk Irene dan suaminya itu turut tersenyum melihat gaya comel isterinya itu.
"N"
"A"
"J"
"I"
"S"
Selang-seli perkataan itu dieja oleh Harith dan Aaren. Mereka semua ketawa dengan perangai bahenol dua sepupu ini.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...