CHAPTER 22

268 11 0
                                    

"Congrats Mia." Kami semua mengucapkan tahniah dekat Mia kerana sudah mendirikan rumah tangga. Mia ni lah anak sulung kepada kakak mummy tu. Dia lah yang kahwin harini.

"Aaaa, thank you korang. And thank you juga sebab sudi datang even dari jauh sanggup je datang." balas Mia.

"Cepat-cepat dapat anak tau, Mia." Sofiy mencelah.

"Korang pun sama. Sofiy, Amanda, Irene dengan Qas. Nanti anak-anak boleh jadi geng."

"Yang dua orang lagi ni bila agaknya eh nak kena melamar?" usik Mia terhadap Bella dan Dania.

"Ehem ehem." Bella dan Dania memandang satu sama lain.

Kami semua tergelak melihat telatah mereka itu.

Apabila selesai majlis kahwin itu, kami semua balik semula ke rumah Nek Jah.

Malam ni kami semua melakukan aktiviti BBQ sebab esok semua dah balik ke rumah masing-masing.

"Abang." Qas keluar untuk pergi ke arah suaminya itu.

"Yes, sayang. Sayang dah lapar ke?" tanya Azyen.

"Takdelah. Qas nak tolong abang boleh ke?"

"Tapi panas lah sayang. Nanti api masuk mata sayang lah."

"Alaa." Bibir Qas dah mula mencebik.

"Sayang kipas makanan ni. Biar abang yang terbalik-terbalikkan okay?"

"Ehee, okay." Qas tersengih kepada suaminya itu.

"Kau kipas makanan ni, biar aku terbalik-terbalikkan makanan ni okay?"

"Ehee, okay." Aaren dan Harith meniru aksi pasangan suami isteri itu.

Qas dan Azyen sudah memandang tajam ke arah mereka berdua.

"Eh, kau try rasa ni. Sedap kan?" Aaren cepat-cepat menukar topik.

"Haah, sedap. Pandai kau masak bro." balas Harith. Mereka berdua memandang satu sama lain sambil mengurut dada masing-masing sebagai tanda nasib baik. Kalau tak, mesti diaorang dah kena humban dah dalam perigi belakang rumah Nek Jah ni.

"Arghhhh."

Kami yang berada di luar terus masuk ke dalam rumah untuk melihat apa yang terjadi setelah terdengar ada orang menjerit.

"Eh, Riq. Asal ni?" Hayder terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang ni.

Kami melihat Elriq dan Nia keluar daripada bilik tersebut dengan pakaian yang korang faham-faham sendiri lah.

"Abang. Kenapa ni?" aku bertanya kepada suami aku itu.

"Abang tak buat apa-apa pun dengan dia ni. Trust me, prinzessin." Jawab Elriq dengan jujur.

"Apa abang Riq cakap ni? Abang yang ajak Nia buat benda ni tau. Abang chat Nia tadi. Nia taknak pun Kak Manda tapi abang Riq yang ajak Nia buat ni. Dia kata dia tak boleh dapat daripada akak so dia minta dekat Nia."

"Apa benda yang kau mengarut ni, sundal?" Elriq sudah menggunakan kata-kata kesat. Maknanya, dia betul-betul tengah marah.

"Sayang, sayang percayakan abang kan? Abang takkan buat benda macam ni sayang. Abang pernah cakap kan yang abang boleh tunggu berapa lama pun sampai sayang dah bersedia untuk dapatkan anak. Kan?" Elriq bersungguh-sungguh meyakinkan aku tentang hal ini.

Mereka semua memandang ke arah aku dengan ada yang muka pelik, muka cemas, risau dan sebagainya.

"It's hard for me to trust anyone right now, but I think that you were forgot one thing. You forgot that I am a hacker in Black Snakes." Jawabku dengan dingin.

"A...apa maksud akak ni?"

"Come on girl. Kau tahu aku seorang hacker untuk Black Snakes. So, aku boleh detect macam-macam benda dalam fon kau tu. Kau nak ke taknak jujur sekarang ni?"

"Aku takde nak tipu kau pasal benda ni lah. Dah lah melibatkan maruah aku."

"Okay, then. I'm sorry girl." Tanpa aku menghabiskan ayat aku, aku terus merampas telefon Nia itu yang berada di tangannya. Aku juga mengambil telefon suami aku.

Tangan aku pantas menekan sistem dalam telefon itu untuk mencari kebenaran. Dan apa yang aku lihat sekarang ni, apa yang Nia cakap tadi semuanya dusta. Aku tunjuk kepadanya apa yang aku jumpa.

"Nampak apa yang aku jumpa?" Aku bertanya kepada dia dengan pandangan yang tajam sampaikan semua orang takut untuk masuk campur sekarang ni.

"Eh, kau buat apa ha dengan telefon aku ni."

"Aku takde buat apa pun. Aku cuma mencari kebenaran je. And semua dah terbukti sekarang ni yang kau tipu kitaorang semua. Kau yang curi telefon suami aku lepastu kau acah-acah macam dia yang chat kau dulu. Kepala otak kau. Kau nak tipu orang lain boleh sis tapi bukan dengan aku. Kalau orang tu digelar hacker, kau tipu la macam mana pun sampai lubang cacing dia akan cari siapa yang betul siapa yang salah melalui dalam telefon tu je. Better kau jujur dengan semua orang sekarang ni sebelum kepala kau, aku humban dalam mangkuk tandas." Aku berbisik dengan nada keras terhadapnya.

"Mak Ngah, Nia minta maaf. Ya, memang Nia yang perangkap abang Riq tadi. Abang Riq cuma baring je dalam bilik tadi. Nia ternampak dia sorang je tadi. Jadi, Nia saje nak perangkap dia supaya dia kahwin dengan Nia."

"Nia cakap apa ni? Kahwin? Dia tu sepupu Nia. Nia sedar ke tak? Mak Ngah pun taknak kalau anak buah mak ngah jadi menantu mak ngah lah." Jujur Aunty Lin.

"Nia betul-betul sayangkan abang Riq, mak ngah. Nia dah lama simpan perasaan dekat dia dari kecil lagi. Tapi, perempuan ni yang dapat abang Riq sesenang tu je. Kau memang perempuan tak guna lah."

Nia melulu saja untuk menyerang aku tetapi dihalang oleh Elriq.

"Kau sentuh even sikit isteri aku ni, time tu juga kau takkan jumpa dunia luar lagi. Faham?!" Elriq sudah menyemburkan suara yang tegas terhadap perempuan itu.

Elriq menarik tangan isterinya itu masuk ke dalam bilik.

"Aku pakai bilik kejap." Ucap Elriq terhadap lima orang sahabatnya itu.

"Terima kasih, sayang. Thank you so much sebab percayakan abang."

"Aisy percayakan abang bukan sebab abang betul tapi Aisy percayakan abang sebab abang suami Aisy. Apa guna kalau digelar isteri tapi takde satu kepercayaan pun terhadap suami. Kan?"

"Thank you, sayang." Elriq terus memeluk tubuh isterinya itu. 

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now