"Awak, apa kata kalau lepasni awak tak payah rapat sangat dengan perempuan lain boleh?"
Aku tahu aku ni cemburu buta sangat-sangat haihh. Tapi tak salah kalau cuba suruh dia jaga batas dengan perempuan lain kan?
"Kenapa pula?" tanya Zayn.
"Saya jealous la tengok awak dengan perempuan lain. Relay kita dah 4 bulan dah tapi sejak awak start berkawan dengan Haziq tu saya rasa macam asyik diabaikan je. Lepastu awak makin ramai kawan perempuan lagi-lagi dengan budak AK7 tu."
Aku luahkan semuanya harini sebab aku dah lama sangat pendam perasaan ni. Rasa macam couple dengan perdana menteri je sebab busy kemain.
"Saya tak abaikan awak pun kan, setiap malam saya layan karenah awak yang nak call je sepanjang malam. Apalagi yang tak cukupnya?" Jawab Zayn.
"Saya tak kisah awak nak busy sepanjang masa tapi tolong la pandai bahagikan masa tu. Awak ada banyak tanggungjawab kan, saya faham sebab awak anak sulung and lelaki pula tu so saya tak kisah awak nak lebihkan keluarga awak. Tapi saya kisah kalau awak lebihkan kawan awak dengan game awak tu. Saya ni dah rasa macam tunggul je la." Aku luahkan lagi.
"Kau isteri aku ke yang nak arah-arahkan aku kena buat apa semua?" jawab Zayn dengan nada yang sedikit geram.
"Takpela, saya minta maaf."
Aku mengalah sebab aku tahu benda ni takkan selesai kalau dua-dua jadi api.
"Sayang, are you okay?" tanya Zayn.
Aku keluar dengan Zayn harini sebab kitaorang dah lama tak keluar sesama. Dua-dua busy nak final exam untuk sem 2. And finally, dah habis exam dah. Beban kurang sudah.
"Okay je awak, kenapa? Nampak macam saya tak okay ke?" Aku tanya kepada Zayn.
"Takdelah dari tadi asyik termenung je. Awak ada apa-apa masalah ke yang nak ceritakan dekat saya?" tanya Zayn semula.
"Eh takdelah, saya okay je awak."
Aku memang tak okay pun sekarang ni, aku pun taktahu kenapa lately asyik nak badmood je. Jepun nak datang menjajah rasanya.
"Jom kita pergi makan dulu nak lepastu baru kita pergi tengok wayang okey?"
"Okey". Jawabku sepatah sambil tersenyum.
Ting!
Aku mendengar satu notification lalu aku terus membuka mesej tersebut.
"Awak, saya nak keluar lepak kejap dengan Iqbal and Haziq tau."
"Haihh keluar lagi hmm, kata nak spend time malam ni. Dia dah janji dah." Bebelku sendirian.
"Keluar? Tapi awak dah janji nak spend time sesama malam ni kan?"
Aku reply mesej dia walaupun agak kecewa dengan sikap dia sejak kebelakangan ni.
"Maaf sayang, kita spend time next time okey?"
"Kalau tak keluar tak boleh ke? Saya lagi penting kan daripada kawan-kawan awak tu?"
"Tak, sekarang ni aku dah cakap kan kita boleh spend time lain kali. Boleh mati ke kalau tak spend time together?"
"Ok."
Aku terus tutup mesej tu dan baring ke atas katil. Aku berasa penat sangat harini sebab tadi pergi banyak kenduri kahwin maklumla ramai yang nak kahwin dah sekarang ni. Aku ni pula taktahu la bila boyfriend pun entah lama ke tak maybe sementara je.
"Awak, kita kan dah 7 bulan so kita dua dah kenal each other and awak dah percaya saya kan?" tanya Zayn secara mengejut.
"Ya, jadi kenapa?"
Aku berasa pelik dengan soalan dia tu.
"Saya suka tengok bibir awak tu sek** sangat la, teringin nak sentuh."
Aku rasa macam nafas aku sekarang ni tersekat dekat skala 6 je haa. Astaghfirullahalazim.
"Awak, apa benda yang awak merepek ni?"
"Bibir awak mesti lembut kan?"
Dia terus menarikku ke dalam pelukan dia dan aku terasa bibirku sedang ditindih oleh bibirnya. Tanpa membuang masa, aku terus tolak tubuhnya sekuat hatiku sehingga membuatkan jarak kami berdua bertambah jauh.
"Zayn, apa yang awak buat ni? Awak sedar tak apa awak tengah buat ni? Ni bukan diri awak la, awak ni dah kenapa?" Aku ingin keluar daripada kereta dia tapi dia terus menarikku dengan kuat dan membuatkan dia terus tindihkan bibirnya kepada bibirku semula.
"Ya Allah, aku berdosa ya Allah, apa salahku sehingga aku dilakukan begini ya Allah? Aku rasa berdosa sangat ya Allah, ampunilah hambamu ini ya Allah, astaghfirullahalazim."
Selepas kejadian petang tadi, aku dihantar pulang oleh Zayn dengan keadaan yang agakserabai. Aku trauma dengan dia dan dia sudah berjanji yang dia akanbertanggungjawab walau apapun yang terjadi. Tapi aku rasa bersalah sangat dan rasa berdosa. Aku malu dengan diri sendiri lebih-lebih lagi dengan Allah.
Tiba je di rumah, aku terus mandi dan aku menangis tanpa henti. Aku bagaikan tiada dara lagi.
"Sayang, jom. Takde orang ni." Zayn mengajak aku untuk lakukan lagi perkara terkutuk itu.
"Awak, saya taknak la. Saya rasa berdosa sangat la, maaf. Awak hantar saya balik ya."
Aku betul-betul rasa takut sangat dengannya sekarang ni. Sepatutnya perempuan akan rasa selamat dengan boyfriend diaorang tapi aku tak rasa selamat pun malahan rasa terlampau takut.
"Alaa, sekejap je. Jom laa okay? Saya janji saya takkan tinggalkan awak even apepun jadi."
"Awak." Belum sempat aku ingin menolak ajakan dia, dia terus menarikku dan lakukan sekali lagi. Tetapi aku begitu cerdik, aku hentakkan kepalaku di mukanya. Apabila aku melihat yang dia menjerit kesakitan, aku cepat-cepat keluar dari kereta itu dan berlari ke tempat yang ramai orang.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...