Selepas selesai majlis perkahwinan, aku dan Elriq tidur di rumah keluarga aku kerana memang selalunya adat orang melayu mulakan malam pertama sebagai suami isteri di rumah pengantin perempuan.
"Kamu berdua masuklah bilik dulu, rehatkan diri tu. Esok nak pergi berjalan lagi." Kata Ummi.
"Baik, ummi." Balas Elriq.
Aku membawa Elriq masuk ke dalam bilik tidur aku. Esok kami semua ada family day. Kami buat family day di Genting Highlands. Yang aku terkejut, kawan-kawan aku di form 6 pun ada juga esok sebab diaorang memang plan nak buat reunion di situ.
"Ni lah bilik Aisy." Aku menunjukkan bilik tidurku kepada Elriq.
"Abang dah expect dah mesti warna pink. But I didn't expect for this." Kata Elriq sambil tunjuk ke arah novel aku.
"Eh, hello. Itu nyawa saya tau. Takde buku tu takdelah saya boleh move on macam sekarang ni." Balasku sambil mataku menjulingkan ke atas.
"Pembetulan, takdelah sayang dapat lelaki macam ni kan?"
"Eww." Jawabku dengan muka menyampah. Elriq tergelak kecil melihat reaksi aku itu.
"Awak pergi lah mandi dulu. Lepas awak mandi, baru saya mandi pula." Aku mengarah suami aku itu sambil aku meletakkan bajunya di atas katil.
"Siapa awak?" Elriq menutup telefon bimbitnya dan memalingkan wajahnya ke arah aku dengan pandangan yang dingin. "Huh? Awak lah yang ada depan mata saya ni." Aku menunjuk dirinya menggunakan jari telunjuk aku.
"Siapa saya pada awak?" Elriq sudah pandang aku dengan dingin. "Suami saya." Jawab aku sambil membuat muka yang tidak rasa serba salah.
"So?" Aku melihat Elriq melangkah untuk mendekati diriku. "So what?" Aku mengundur setapak ke belakang.
Aku betul-betul tak faham sekarang ni, mamat ni nak apa sebenarnya? Aku ni dengan blur mana boleh berpisah. Cubalah straight to the point macam adik dia tu sikit.
Elriq menundukkan sedikit wajahnya dan merenung tepat ke dalam anak mata hitam aku. "Abang suami Aisy. Jadi, Aisy kena panggil abang, abang."
Apabila aku mendengar ayat itu, aku terus berkata "Ewwwwww, taknak lah. Saya tak selesa lah kalau panggil macam tu dekat lelaki. Saya ni takde abang. So, tak biasa panggil lelaki dengan panggilan macam tu."
"Okay, kalau macam tu abang taknak pergi mandi." Elriq terus bergerak ke arah katil dan baringkan dirinya di situ.
"Sukahati awaklah." Aku terus berlalu masuk ke dalam tandas. Nanti-nantilah aku pujuk mamat tu. Yang penting sekarang ni aku nak bersihkan diri dulu. Beberapa minit lepastu aku keluar tapi sama saja mamat ni tengah baring dekat atas katil.
"Awak ni memang taknak mandi ke?"
Dah lah malam ni aku tidur dengan dia memang taklah aku nak bagi dia tak mandi.
"Awak?" Still no respons. Aku mengalah.
"Abang."
"Yes, sayang." Sahut Elriq. Baru nak menyahut. Mengada-ngada betullah mamat ni. Aku memandang tajam ke arah suami aku ni. Tak makan saman betul dia ni.
"Abang taknak mandi ke?"
"Ya, nak mandi la ni."
Tak sampai 30 minit, pintu bilik air itu terbuka menandakan Elriq sudah selesai membersihkan badannya.
"Sekejapnya abang mandi." Aku menoleh ke arahnya dengan aku dalam berpakaian bertelekung.
"Habistu takkan nak berendam dalam tu pula." Jawabnya dengan dingin.
"Fine." Giliran aku pula menjawab dengan keadaan yang dingin.
Selepas selesai kami menunaikan solat isyak bersama, Elriq terus baring di atas katil manakala aku berlalu pergi ke arah meja solek. Sebelum tidur, aku memang wajib memakai losyen dan sikat rambutku dahulu. Aku memandang ke arah Elriq yang sedang ralit dengan telefonnya itu. Tah apa yang best dekat telefon tu taktahu lah.
Tidak sampai jarum minit pada nombor satu, aku memandang semula ke arah suamiku itu tapi apa yang membuatkan aku terkedu adalah dia turut memandangku melalui pantulan cermin itu. Kami bertentang mata melalui cermin di hadapanku itu.
"Abang tengok apa?" Aku perasan mata Elriq meliar melihat diri aku dari atas turun ke bawah.
"Rasanya mata tu dah boleh tengok tempat lain."
"Abang tak pandang sayang lah. Abang pandang tu jenama losyen tu." Aku terus memandang tajam ke arahnya. Dasar punya suami.
"Riq dah bangun dah? Amanda mana?" tanya Puan Saleha.
"Amanda tengah mandi. Kejap lagi dia turun." Balas Elriq sebelum dia mengambil tempat di sebelah Encik Herman.
"Ni, makan lah kuetiew ni dulu. Ummi buatkan tadi." Puan Saleha menyendukkan kuetiew pada pinggan Elriq.
"Nampak sedap je ummi."
"Mestilah sedap. Ummi yang buatkan kot." Mereka berdua pun ketawa bersama-sama.
"Hamboi, seronoknya pagi-pagi ni."
"Haa, kakak. Meh, makan. Ummi ada buat kuetie ni."
"Mmmm, sedapnyaaa."
"Kalau Riq nak tahu Amanda ni memang suka sangat dengan kuetiew goreng."
"Yeke sayang?" tanya Elriq sambil memandang ke arah aku.
"Ya, abang."
Kami semua berkumpul di rumah keluarga Elriq dulu lepastu baru kami bertolak sama-sama ke Genting Highlands.
"Dah semua. Jom kita gerak." Arah aunty Lin.
Kami semua masuk ke dalam kereta masing-masing. Tetapi ada satu kejadian yang sangat menyakitkan hati aku.
"Abang Riq, Nia naik dengan abang boleh?"
Nia merupakan sepupu kepada Elriq. Boleh dikatakan anak kepada adik aunty Lin. Nia ni memang suka dekat Elriq dari kecil lagi. Tapi please la siapa yang nak kahwin dengan sepupu sendiri, tak berkembang langsung. Elriq terus menarik tangan aku untuk masuk ke dalam kereta. Elriq tahu yang perempuan tu sukakan dia tapi Elriq cuma anggap perempuan tu tak lebih dari sepupu.
"Kenapa abang abaikan dia tadi?"
"Tak penting." Jawab Elriq sepatah dengan wajah yang agak menggerunkan. Aku tidak mempunyai kudrat keberanian untuk bertanya lebih lagi.
Assalamualaikum, saya sudah update chapter baharu. Next chapter akan di update pada 28/3/2024. Terima kasih.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...