"Sayang, tolong bertahan. Jangan tinggalkan abang, prinzessin." Amanda dibawa terus ke bilik pembedahan.
Beberapa jam kemudian, pintu bilik bedah itu terbuka menandakan pembedahan sudah selesai dilakukan. Mereka semua melihat doktor yang melakukan pembedahan terhadap Amanda sudah keluar dari bilik itu.
"Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya?" Tanya Elriq kepada doktor tersebut. Untuk pengetahuan semua, Amanda dibawa ke hospital milik ayah Syed Azyen.
"Encik Elriq Alden? Suami Puan Amanda kan?" Tanya doktor itu semula. Elriq mengangguk.
"Boleh saya bercakap dengan encik sekejap?"
"Ada apa, doktor?"
"Macam ni, encik. Sebelum tu saya nak minta maaf dekat encik kerana tak dapat selamatkan kandungan isteri encik." Kata doktor itu.
Sejujurnya, Elriq sudah dapat mengagak bahawa kandungan isterinya itu tidak dapat diselamatkan kerana terdapat tikaman pada perut Amanda.
"Dan saya nak jujur dengan encik yang isteri encik mengalami kecederaan pada otaknya." Sambung doktor itu lagi.
"Kecederaan? Maksud doktor?"
"Ada kesan pukulan pada kepalanya dan itu menyebabkan ingatannya kurang berfungsi."
"Isteri saya hilang ingatan ke doktor?" Tanya Elriq dengan penuh gelisah.
"Saya tidak pasti bahawa ia akan menjadi kes hilang ingatan atau tidak waras." Terang doktor itu.
"What?! Tak, tak, tak. Tak mungkin lah isteri saya akan jadi kedua-duanya. Doktor, takde cara lain boleh sembuhkan dia?"
"Maaf, encik. Hanya encik dan keluarganya sahaja dapat sembuhkan ingatan dia semula. Kemungkinan ada benda yang dia akan ingat dan kemungkinan ada benda itu cuma haslusinasinya sahaja."
"Saya faham, doktor. Terima kasih."
"Sama-sama, Encik Elriq. Sekali lagi, saya ingin memohon maaf kepada encik tentang perkara ini." Elriq mengangguk dengan senyuman yang melakar di bibirnya. Setelah doktor itu masuk semula ke dalam bilik bedah untuk memindahkan Amanda ke Wad Kerabat, Elriq terduduk apabila mendengar keterangan daripada doktor yang merawat isterinya itu.
Elriq menceritakan semuanya kepada ahli Black Snakes dan ahli keluarga Amanda serta mertuanya. Irene dan Qasrina yang berada di rumah sudah dimaklumkan juga oleh suami mereka berdua.
"Mummy, Riq ni tak layak kan jadi suami Manda. Riq lemah dengan semua ni, mummy." Elriq menangis teresak-esak dalam dakapan ibunya.
"Jangan cakap macam tu, Riq. Mummy tahu anak menantu mummy ni kuat. Allah sayang kamu berdua sebab itu Allah bagi ujian sebegini kepada kamu dan Manda." Puan Lin mengusap rambut anak sulungnya itu.
"Ummi, abah. Riq minta maaf ya sebab tak dapat nak lindungi Amanda. Riq sedar yang Riq belum pantas untuk jadi suami dia." Elriq memalingkan tubuhnya ke arah mertuanya.
"Riq, apa yang kamu cakap ni? Semua ni dugaan. Tak baik kamu berkata begitu. Allah tak suka, sayang." Puan Saleha mencium dahi menantu kesayangannya itu dengan lembut.
"Sejujurnya, abah nak cakap terima kasih dekat kamu, Riq. Kamu dah lakukan yang terbaik untuk anak abah. Kamu jaga dan lindungi dia. Amanah yang kamu pegang itu, kamu sudah selesaikan dengan baik." Encik Herman memeluk erat tubuh menantunya.
Mereka semua menangis akan berita yang disampaikan oleh Elriq sebentar tadi. Mereka tidak menyangka bahawa Amanda akan dilakukan kejam sebegini.
Seminggu kemudian...
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...