CHAPTER 17

392 14 0
                                    

"Abang." Elriq memandang wajah isterinya itu dengan sekilas kerana dia perlu fokus untuk memandu.

"Yes, prinzessin."

"Aisy lapar lah. Kita berhenti beli makanan sekejap boleh ke?" Amanda meletakkan kepalanya di bahu kiri milik Elriq.

"Boleh sayang. Kat depan nanti ada RNR, kita stop dekat situ, eh?"

"Okay abang."

"Goodgirl." Balas Elriq sambil tangan kirinya mengusap kepalaku.

"Kenapa Riq berhenti tu bang?" tanya Puan Lin kepada suaminya itu.

"Ada lah tu menantu kesayangan kita nak beli makanan." Jawab Encik Jason.

"Lupa pula saya yang menantu kita tu suka sangat dengan makanan tapi badan kurus aje." Puan Lin dan Encik Jason tergelak kecil.

"Sayang nak beli apa?" Elriq memakirkan keretanya di tempat yang disediakan.

"Aisy nak beli cucuk-cucuk tu boleh?" Amanda menunjukkan arah ke gerai yang menjual makanan tersebut. Dia terlampau suka dengan cucuk-cucuk tepi jalan ini. Walaupun ramai yang kurang gemar, Amanda seolah-olah mengidam untuk makan benda itu setiap hari.

"Boleh sayang. Abang bagi duit, Aisy pergi beli eh? Abang nak pergi toilet kejap." Elriq mengeluarkan dompetnya lalu menyerahkan sekeping not berwarna hijau pekat kepada Amanda.

"Okay abang."

Amanda tiba di kedai cucuk-cucuk itu dan segera membuat pembelian. Namun, yang membuatnya tidak berpuas hati ialah bekas kekasih Amanda sibuk pula ingin membeli makanan yang sama.

"Dari dulu sampai sekarang tak berubah kan? Still je suka dengan benda ni." Zayn berkata kepadaku sambil tersenyum.

"Mestilah. Makanan fav kot." Jawabku dengan dingin. Aku tidak pedulikan dia. Aku masih dengan pembelian aku terhadap makanan tersebut.

Aku terdengar dia tergelak kecil. Aku taktahu apa yang lawak sangat sampai kena gelak.

"Sayang, kalau dulu perangai awak macam ni mesti kita still together kan?"

"Siapa sayang? Nampak ni?" Aku tunjuk cincin di jari manisku kepada mamat tak sedar diri ini.

"I'm someone's wife right now." Aku menjawab dengan bangganya.

Zayn mendekatkan mulutnya terhadap telinga aku. "Tapi saya yang rasa awak dulu." Bisik Zayn.

Aku terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Zayn. Tangan aku terketar-ketar. Sejujurnya, aku masih lagi trauma dengan dia disebabkan kejadian yang lalu.

"Sayang." Elriq memanggilku dengan muka yang agak risau. Aku terus berlalu pergi ke arahnya dan aku genggam tangannya dengan erat. Muka dia agak risau dengan keadaan aku sekarang ini.

"Anything happen, prinzessin?"

"Takde pape abang. Jom, kita masuk kereta." Jawabku.

"Sayang, sure ke sayang okay?" Tanya Elriq dengan penuh kerisauan.

"Ya, abang. Don't worry okey?" Balas aku sambil memberikan senyuman kepadanya.

Beberapa jam kemudian, aku terdengar Elriq mengejut aku menandakan kami sudah tiba di destinasi.

"Hey, prinzessin. Wake up. Kita dah sampai ni." Elriq menepuk halus pipi aku. Aku mengeliat sambil menggosok mataku yang masih lagi dalam keadaan mengantuk.

"Mmmm, kita dekat mana ni?" Aku mengeliat sekali lagi tetapi berpakej dengan menyepak muka Elriq. Itu balasannya. Ingat aku tak rasa agaknya dia menepuk tampar muka aku sebentar tadi. Geram!

"Kita dah sampai sayang." Elriq tergelak kecil apabila ditampar oleh isterinya.

"Fuhhh, nantuknyaa." Aku tersengih dekat suamiku ini. Dia sibuk sangat memandang wajah aku. Aku sendiri pun tidak tahu ada apa dekat muka ini. Ada jerawat besar agaknya sampaikan tertarik untuk tengok.

"Malam nanti sambung tidur eh?" Balas Elriq sambil mengusap kepalaku. "Hehe."

Elriq dan Puan Lin pergi check-in bilik. Mesti banyak gila bilik untuk kitaorang ni. Dah la Black Snakes pun ada termasuk la kawan-kawan tingkatan enam aku.

"Mummy pergi uruskan bilik untuk keluarga, Riq pergi uruskan untuk Black Snakes dengan kawan form 6 Manda tu." Arah Puan Lin dan berlalu pergi meninggalkan anaknya itu.

"Okay mummy. Belum sempat aku nak bercakap, dah pergi." Elriq mengguman sendirian.

Setelah selesai Elriq check-in bilik, dia pergi ke arah kami semula. Aku melihat ada 10 kunci bilik yang dia pegang.

"Okay korang, memandangkan korang semua ni ramai, cuba angkat tangan siapa yang tak kahwin lagi?" Tanya suamiku itu. Kawan-kawan tingkatan enam aku semuanya mengangkat tangan mereka.

"Yang kau ni tak angkat tangan tu dah kenapa?" Tanya Aaren kepada sepupunya itu sambil mengunyah gula-gula getah dalam mulutnya.

"Eh beruang, dua tiga kucing berlari, kau pun sama tau." Balas Harith dengan jelingan yang tajam terhadap sepupunya.

"Apa keteruk sangat pantun kau ni. Cuba kau belajar daripada aku. Dua tiga kucing beranak, aku dah kahwin lah."

Harith dan Aaren memandang tajam ke arah satu sama lain. Mereka pun meneruskan untuk berlawan pantun sehingga mereka berpuas hati.

"Korang abaikan je diaorang ni. Elok dibawa ke bawah tanah sana." Elriz mencelah.

"Kat aku ada kunci untuk 10 bilik. So, korang kena bahagikan satu bilik nak berapa orang. 6 bilik aku punya, korang semua ada berapa?" tanya Elriq.

"Kitaorang ada 20 orang. 10 lelaki 10 perempuan." kata Amirul.

"Okay great. So, korang ada 4 bilik and satu bilik 5 orang. Korang pandai-pandai lah bahagikan." Arah Elriq. Elriq menyerahkan kunci bilik itu kepada Amirul.

"Untuk kita pula, bilik tu ikut pasangan korang la eh. Jangan tertukar pasangan pula." Kata Elriq.

"Kau, aku ambil pasangan kau karang baru kau tahu." Usik Azyen.

"Try ah. Aku ambil pasangan kau pula." Elriq sudah mula ingin mendekati Qasrina. Tetapi mendapat jelingan maut oleh Azyen. Aku dengan Qasrina sudah memandang antara satu sama lain. Nak aje kami berdua pelangkung dua ekor ini.

"Dah, tunggu korang ni sampai esok tak sudah. Bak kunci untuk aku." Elriq menyerahkan kunci kepada Harith.

"Bella, jom."

"Eh kangaroo, kahwin dulu baru fikir nak masuk bilik." Aaren merampas kunci bilik daripada Harith. Tak lain tak bukan, diaorang dua kena tidur satu bilik sebab diaorang belum kahwin lagi.

Kami semua ketawa melihat telatah mereka itu. Diaorang dua ni kalau boleh dah macam pembawa masalah je dekat kumpulan Black Snakes ni. Sehari tu tak sah kalau tak buat kecoh tapi tanpa diaorang dua ni, kumpulan Black Snakes ni takkan bahagia macam ini. 



Assalamualaikum semua, already updated for new chapter. Enjoy! Next chapter taktahu lagi bila akan di update ya. Apa-apa inform, saya akan bagitahu semua. Thank you!

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now