CHAPTER 45

144 4 0
                                    

Aku terjaga di tengah malam tanpa mengetahui pukul berapa sekarang. Suamiku masih lena tidur di sebelahku. Aku turun ke bawah untuk minum air kerana rasa kehausan. Tiba-tiba, perasaan tidak sedap hati menyelubungi diriku. Aku berjaga-jaga saat turun ke bawah, mengamati sekeliling dengan berhati-hati. Setibanya di bawah, aku melihat ke luar rumah dan terperasan seorang lelaki bertopeng melambai ke arahku sebelum pergi perlahan. Dia meninggalkan sekeping nota di pintu geser.

Aku mengambil nota itu dan aku terkaku di situ apabila nota itu tertulis 'You're mine and aku tak sabar nak sentuh kau sampai aku puas.' Aku terasa ada air yang mengalir di pipiku secara automatik. Aku terasa seperti aku tidak mempunyai daya untuk berdiri sekarang ini. Aku hampir ingin tumbang tetapi Elriq sempat mencapai tubuh aku daripada terjatuh ke lantai.

"Abang, Aisy takut sangat." Aku terus memeluk tubuh suami aku. Dia pun dapat merasakan kegigilan di badanku.

"Shhh, shh. Abang ada dekat sini, sayang." Elriq mengusap belakangku sambil mengambil nota kecil di tangan aku itu. Dia membaca nota itu lalu dia meronyokkan kertas itu.

"I will make sure that he gets his punishment." Elriq memelukku dengan sangat erat.

Elriq mendukungku untuk naik ke bilik. Apabila dia meletakkan aku di atas katil, dia terus ke meja kerjanya. Aku nampak dia membuka laptop dengan muka yang sangat digeruni. Aku ingin pergi ke arahnya tetapi aku terlalu lemah untuk bangun. Aku cuba untuk melelapkan mataku.

Dalam pada masa yang sama, Elriq memandang tepat ke arah isterinya itu dengan kerisauan yang melampau.

'Abang akan pastikan semua lelaki yang nak sentuh sayang akan terima balasannya. I will make them regret and suffer!' Bisik hati Elriq. Elriq sempat menghantar pesanan kepada adiknya, Elriz.

"Riz, esok Aisy tak masuk kerja. Aku perlukan dia untuk tenang dulu. Nanti aku cerita dekat dalam group BS."

Dia terus menutup semula telefonnya itu, kerana dia tahu sekarang ni adiknya itu tidak akan membalas mesejnya. Mana taknya, dah pukul 5 pagi dah. Gila agaknya kalau sekarang ni still main telefon lagi.

Elriq masih meneruskan dengan mencari maklumat tentang lelaki yang menghantar nota itu kepada isterinya sebentar tadi. Dia rasa dia tahu siapa yang lakukan benda ni.

Apabila selesai sahaja solat subuh tadi, Elriq membersihkan dirinya dan terus turun ke bawah untuk membuatkan isterinya itu sarapan. Dia tahu yang isterinya itu sedang datang bulan, jadi dia buatkan bubur sahaja untuk Amanda.

Beberapa minit kemudian, Elriq naik semula ke atas dengan membawa bubur dan air oligo panas. Elriq membuka pintu bilik dengan perlahan kerana takut isterinya itu tersedar.

"Sayang." Elriq mengusap rambut isterinya itu dengan lembut.

Aku terdengar ada orang memanggil aku lalu aku membuka mataku dengan perlahan. Aku melihat suami aku berada di hadapan aku. Aku terus menangis tak tentu pasal. Elriq terus menarik tubuhku ke dalam pelukannya.

"Kenapa, prinzessin? Abang ada dengan sayang. Abang takde pergi mana-mana pun."

"Aisy tak boleh bayangkan kalau abang takde dalam hidup Aisy sekarang ni. Agaknya lelaki itu akan buat apa-apa ke dekat Aisy nanti?"

"Abang pernah cakap kan selagi abang ada dengan Aisy, no one can touch you, prinzessin." Elriq menyeka air mata aku yang mengalir di pipi.

"Ni abang ada bawakan makanan untuk sayang breakfast. Jom, makan. Abang suapkan Aisy, ya."

"Aisy kan kerja harini. Aisy boleh makan dengan Sofiy nanti." Elriq terus menggeleng kepalanya.

"Jangan masuk kerja harini. Abang akan jaga Aisy dekat rumah ni." Elriq mengambil bubur itu lalu menyuap ke dalam mulut isterinya.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now