"Kak Manda takde pula datang sini, Abang Riq." Kata Aqma kepada Elriq yang sedang mencari isterinya itu.
Sudah seminggu isterinya itu hilang. Dia sudah tidak keruan apabila isterinya tiada di sisi. Aqma dan Izz turut bersedih apabila mendengar tentang perkara ini dari mulut Elriq.
"Riq, apa kata kalau kau bersihkan diri dulu. Aku tengok diri kau macam tak terurus je." Kata Izz. Elriq menggelengkan kepalanya.
"Takpe, Izz. Aku okay je ni."
"Abang Riq tak okay lah. Aqma pun tengok Abang Riq macam orang tak betul je."
"Abang penat. Penat sangat-sangat dengan semua ni." Elriq bangun dari sofa dan dia seperti macam orang gila sekarang ni mencari Amanda.
"Sayang, mana awak? Aisy ada dekat sini kan? Sayang, keluar lah. Abang minta maaf sayang. Abang takde niat nak cakap macam tu dekat Aisy. Aisy sayang. Tolong lah keluar dan dengar dulu explaination daripada abang ni." Elriq sudah kehulur kehilir di rumah Izz dan Aqma itu dengan suara yang serak akibat menangis setiap hari.
Elriq hampir tumbang tetapi sempat dipegang oleh Izz.
"Eh Riq, kau okay tak ni?" Tanya Izz. Izz terus meletakkan Elriq di sofa itu semula. Aqma mengambil air lalu diberikan kepada Elriq.
"Abang Riq, minum lah air ni."
"Terima kasih." Elriq minum air itu dengan rakus. Aqma dan Izz pandang satu sama lain.
"Abang Riq, malam ni makan sini nak?" Ajak Aqma kerana dia tahu yang Abang Riq nya itu mesti tak makan seharian.
"Takpe, Aqma. Abang Riq nak balik. Abang nak sambung cari Kak Manda." Balas Elriq.
"Aku balik dulu, Izz Aqma. Terima kasih. Tapi nanti kalau Aisy ada datang sini, tolong ye bagitahu aku. Aku merayu sangat." Kata Elriq.
Elriq pun berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Izz dan Aqma rasa bersalah sangat-sangat dengan Elriq sebab mereka berdua sebenarnya tahu di mana isterinya itu berada.
Amanda datang ke rumah mereka dua hari selepas dia dan Elriq bergaduh pada malam itu.
"Kak Manda, betul ke apa yang akak nak buat ni?" Tanya Aqma.
"In Sya Allah." Jawab aku sepatah.
"Tapi Kak Manda, benda boleh bincang lagi kan?" Izz pula mencelah. Aku mengeluh seketika.
"Akak penat. Penat sangat-sangat dengan semua ni."
"Akak nak pergi berapa hari?" Tanya Aqma.
"Mungkin seminggu atau sebulan." Jawabku. Aku melihat muka Izz dan Aqma agak terkejut.
"A...akak tak rasa lama sangat ke?" Izz bertanya dengan keraguan. Aku menggelengkan kepalaku.
"Tak. Korang jangan bagitahu sesiapa ya. Akak merayu. Tolong sangat-sangat jangan bagitahu dengan Elriq."
Setelah itu, Izz dan Aqma menghantar aku pergi ke airport. Sejujurnya, aku masih ragu-ragu dengan keputusan yang aku buat ini tetapi aku yakin ini semua untuk kebaikan aku dan Elriq.
"Sayang, betul ke keputusan yang kita buat ni?" Tanya Izz kepada isterinya itu.
"Saya tak tahu, baby. Tapi kesian saya tengok diaorang berdua tu."
Izz dan Aqma memandang antara satu sama lain. Otak mereka seperti tengah berhubung sesama sendiri. Aqma tersenyum lalu Izz juga tersenyum.
Keesokannya, Elriq mendengar telefonnya itu berdering. Elriq melihat nama yang tertera di skrin telefonnya itu. Elriq terus menggeserkan ikon hijau itu ke tepi.
![](https://img.wattpad.com/cover/362958066-288-k450211.jpg)
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...