CHAPTER 58

144 6 0
                                    

"Abang!!!" Aku memanggil Elriq sejurus sahaja aku melihat dirinya yang baru keluar dari pintu airport itu. Aku terus menuju ke arahnya lalu memeluk tubuhnya dengan sedikit kuat.

"Rindunya dekat prinzessin abang ni. Aisy sihat ke?" Elriq membalas pelukan aku dan dia mengusap kepalaku dengan lembut.

"Aisy sihat. Abang sihat ke? Dah 3 hari tak jumpa abang lah." Aku tersengih kepadanya.

"Abang sihat je, prinzessin. Dah, jom kita balik rumah eh." Aku pun mengangguk.

Apabila aku ingin masuk ke dalam kereta, aku ternampak ada seorang lelaki memakai pelitup mulut sedang memandang ke arah aku dengan pandangan yang tajam.

"Come, prinzessin." Elriq memandang pelik ke arah isterinya yang sedang memandang ke satu tempat.

"Aisy tengok apa tu, sayang?" Tanya Elriq sambil memegang tangan aku.

"I think I saw him, abang."

"Siapa?" Elriq bertanya dengan kening yang berkerut.

"Lelaki pakai mask tu." Aku melihat muka Elriq sudah kelihatan dingin.

"Masuk cepat, prinzessin." Elriq menarik tangan aku untuk dimasukkan ke dalam kereta. Aku terus mengikuti arahan suami aku itu.

"Sayang, minggu ni sayang habis intern kan?" Tanya Elriq. Sebaik sahaja tiba di rumah, aku dan Elriq terus membersihkan diri kami. Kami solat maghrib dan isyak bersama-sama. Selepas solat isyak, Elriq terus baringkan dirinya di atas katil.

"Haah, minggu ni Aisy habis intern. Kenapa, abang?"

"Bila Aisy akan grad?" Tanya Elriq.

"Rasanya tak lama lagi. Mungkin lagi sebulan kot atau lagi 2 minggu. Abang datang tau nanti. Semua kena datang tau." Aku berkata kepada Elriq sambil menayangkan senyuman yang manja.

"Mestilah, sayang." Elriq mencium dahiku dengan lembut.

"Ha, lagi satu sebelum Qasrina dengan Irene meletup, Elriz ada cakap dia nak buat booth untuk company dia. Dia macam event untuk syarikat."

"Bila tu?" Aku mengangkat kedua-dua bahu aku.

"Esok Aisy cuba tanya dia."

"Esok Aisy kerja sorang je ke? Kan Sofiy tengah dalam pantang lagi."

"Haah, abang. Don't worry, okey. Elriz ada je dekat office tu. Esok hantar Aisy pergi kerja ya. Aisy malas nak drive."

"Mmm, okay." Aku tergelak kecil melihat suami aku sudah melelapkan matanya tetapi masih melayan aku tengah-tengah malam ini. Aku terus meletakkan kepala aku di dada bidangnya itu. Tangan aku mencari urat di tangan Elriq lalu mengusap urat tersebut. Tidak sampai beberapa saat, aku juga melelapkan mata.

"Abang, Aisy pergi kerja dulu. Tadi sebelum pergi kerja, Aisy dah masakkan kuetiew goreng untuk abang. Nanti balik rumah, abang makan tau. Panaskan dulu baru makan." Arah aku kepada Elriq.

"Okay, prinzessin." Aku menyalam tangan Elriq manakala Elriq mencium dahiku. Aku pun turun dari kereta dan berlalu pergi masuk ke dalam office itu.

"Puan Manda, Encik Elriz panggil puan untuk masuk ke bilik dia." Kata Malik yang merupakan pembantu peribadi Elriz. Elriz tidak mahu mengambil pembantu peribadi perempuan kerana dia hormat akan isterinya.

"Baik." Aku terus melangkah pergi ke bilik adik ipar aku itu.

Aku mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Walaupun dia adik kepada suami aku, dia tetap majikan aku.

"Masuk." Kata Elriz.

Aku membuka pintu itu lalu melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Kenapa Encik Elriz nak jumpa dengan saya?" Aku berkata kepada Elriz. Aku melihat Elriz memandangku dengan pandangan yang pelik. Keningnya terangkat sebelah.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now