CHAPTER 31

208 8 0
                                    

Aku dan suami aku baru selesai makan malam. Kami selalunya makan malam selepas selesai solat isyak. Setelah selesai aku mencuci pinggan mangkuk yang digunakan oleh kami berdua tadi, aku terus ke hadapan untuk melihat apa yang suami aku sedang lakukan.

Elriq sedang menelefon dengan salah seorang anak didiknya dalam latihan polis. Aku mengambil tempat di sebelahnya. Aku terkebil-kebil melihat suami aku yang sedang marah itu.

"Sorry, sayang. Sayang terkejut ke?" tanya Elriq setelah menamatkan panggilan dia.

Aku mengangguk dan bibirku mula mencebik kerana takut dengan suara tegas Elriq. Air mataku hampir saja ingin mengalir tetapi Elriq pantas bersuara.

"Hey, abang tak marah sayang lah. Abang marah orang lain. Kenapa sayang nak menangis ni, hm?"

"Aisy terkejut dengar abang marah tadi. Nanti mana tahu abang marah Aisy juga." Aku dah mula meraung di depan suami aku itu.

"Ya Allah, sayang. Abang minta maaf ya? Abang tak marah sayang pun. Meh sini dekat abang eh? Alololo ketot abang ni."

"Abang ni. Nak pujuk Aisy ke nak buat Aisy menangis lagi?"

"Ehee. Abang minta maaf ya, sayang." Elriq terus menyeka air mataku yang mengalir di pipiku ini

Aku taktahu lah kenapa sejak kebelakangan ini, aku asyik cepat bertukar mood saja. Kadang tu gembira, kadang tu sedih, kadang tu marah, kadang tu merajuk. Entahlah nak.

"Btw, malam ni abang nampak handsome lah." Aku memeluk leher suami aku sambil memandang tepat pada anak mata kelabunya itu.

"Come on, prinzessin. Jangan nak goda abang eh malam ni. Abang taekwondo sayang kang."

"Orang bagi taknak ambil pula. Takpelah. Aisy naik dulu. Nak tidur." Aku sempat memberi satu ciuman di pipi suami aku itu.

Aku ingin berlalu pergi tetapi dihalang oleh Elriq. Aku tak sempat nak berdiri pun, suami aku dah mendukung aku untuk bawa naik ke atas.

"Orang dah bagikan, rugi kalau ditolak." Aku dan suami aku ketawa bersama-sama.

"Abang, Aisy pergi dulu ya." Harini aku ada kuliah pagi.

"Nak abang hantarkan tak?" Elriq terus turunkan ke bawah apabila mendengar suara isterinya itu.

"Takpelah, abang. Aisy boleh drive sendiri. Lagipun dekat uni tu takde siapa pun yang tahu Aisy dah kahwin. Nanti apa pula diaorang cakap bila nampak Aisy naik kereta dengan abang berdua je."

Perkahwinan aku dengan Elriq tidak diketahui oleh kawan-kawan aku di universiti ini. Hanya kawan aku 4 orang itu sahaja yang tahu tentang ini. Aku taknak bagitahu sebab nanti mesti ada orang kutuk aku. Dah pernah dengan lelaki lain lepastu boleh pula kahwin dengan jantan lain.

"Ala, takpelah. Cakap jelah abang suami Aisy. Aisy takut kalau ada lelaki tak kesampaian nak ngorat ke?"

"Ishh, ke situ pula dia ni." Aku terus mencubit pinggang belah kanan suami aku itu.

"Sakitlah, sayang." Elriq memegang tempat yang dicubit oleh isterinya itu.

"Main-main lah lagi." Aku menjeling suamiku.

"Ehee. Abang minta maaf ya. Dah, nanti Aisy lambat pula. Nanti dah sudah call abang ya?"

"Baik, abang." Aku terus mencium tangan suamiku itu dan berlalu pergi ke kereta.

Aku meletakkan kereta aku di tempat letak kereta pelajar. Pada masa yang sama, Sofiy, Dania, dan Bella juga datang. Sofiy dihantarkan oleh suami kesayangannya itu.

"Wey, Amanda. Apa kes kau dengan Elriq aritu?" tanya Sofiy.

"Kenapa?"

"Eleh, satu Black Snakes dah tahu lah yang kau gaduh dengan suami kau aritu. Kau pergi rumah siapa do?"

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now