AMANDA'S POV
Seperti dimakbulkan, aku terdengar bunyi tembakan sekitar bangunan ini. Terhenti perbuatan Taufiq dan Najmi apabila mereka mendengar pintu bilik itu ditendang oleh seseorang. Mereka meneguk liur apabila melihat gerangan yang menendang pintu itu. Elriq Alden.
Elriq, dan Elriz melawan dua orang lelaki itu. Manakala ahli Black Snakes yang lain berlawan dengan musuh yang berada di luar. Aku melihat Elriq menghiris badan Taufiq berkali-kali. "Tempat kau memang dekat neraka, beruang!" Elriq terus mengelar leher Taufiq sebanyak tiga kali sehingga wajah Elriq penuh dengan darah. Najmi pula dikalahkan oleh Elriz. Elriz menyimbah asid pada nadi serta wajah Najmi dengan begitu menyeksakan. Apabila aku melihat Taufiq dan Najmi sudah tumpas, aku cuba untuk bangun dari katil itu tetapi aku melihat ada darah yang mengalir di seluarku. Seluar nude yang aku pakai itu dipenuhi dengan darah.
"No, not again. Baby, please be strong. Jangan tinggalkan mummy dengan daddy lagi, sayang. Tolong lah." Aku bangun dari katil itu lalu ingin berlari keluar. Keadaan agak kecoh di luar itu.
"Prinzessin." Elriq menarikku ke dalam pelukannya.
"Abang, Aisy takut."
"I'm here for you, sayang. Jom kita keluar dari sini." Elriq membawa aku keluar dari bangunan itu.
"Black mamba, update." Arah Aaren kepada Dania. Dania menggantikan Amanda sebagai hacker juga.
"Black mamba, where are you?!" Aaren bersuara dengan agak tegas.
"Kau rasa semua ni akan berakhir macam tu je ke?" Kami semua menoleh ke arah suara tersebut yang datang dari belakang aku dan Elriq. Dia menendang belakang Elriq lalu menghalakan pisau di leherku.
"Cuba lah ambil isteri kau ni. Hmmm, wanginya bau dia." Lelaki itu mencium halus leherku yang sedikit terdedah itu. Air mata aku kembali mengalir dengan deras.
"Abang." Aku memanggil Elriq. Lelaki itu membuka topengnya dan aku melihat mereka semua terkaku seketika.
"I'm back, baby." Lelaki itu tergelak besar.
"Vincenzo! Kau nak apa lagi daripada kitaorang ni?!" Jerit Elriq.
"Nak apa lagi eh? Semua aku dah dapat kecuali satu je belum lagi." Ayatnya tergendala seketika. Dia sempat tersenyum sinis terhadap para lelaki Black Snakes.
"Bini kau, Jacob Jason." Tangan Vincenzo mula bermain pada perut aku. Dia membisik sesuatu kepada aku.
"Dua nyawa?" Aku mengangguk perlahan. Vincenzo seperti terkejut dengan kebenaran tersebut. Walaupun dia jahat tetapi dia tidak pernah membunuh kaum wanita yang tidak bersalah dan yang sedang mengandung.
"Vincenzo, aku tahu sebelum ni kita musuh. Tapi tolong jangan apa-apakan isteri aku tu. Tolong, Vincenzo. Aku merayu." Rayu Elriq terhadap lelaki itu.
"Apa faedah kalau aku lepaskan isteri kau ni?" Tanya Vincenzo.
Semua ahli Black Snakes mula memandang antara satu sama lain.
"Aku akan bagi kau syer tu. Itu yang kau nak, kan? Aku boleh bagi kau half syer tu. Deal?"
Aku dapat merasakan bahawa pisau itu terkelar sedikit pada leher aku. Aku meraung sekali lagi.
"Arghh, abang!"
"Okay fine, the whole syer. Deal? Aku bagi kau syarikat aku tu terus, okay?" Tanya Elriq.
Aku mendengar Vincenzo tergelak kecil.
Semasa mereka membuat perjanjian, Aaren sempat memberi isyarat jari kepada Sofiy yang berada atas bangunan sebelah untuk melakukan serangan sniper. Sofiy peka dengan isyarat yang dilakukan oleh Aaren tersebut.
"Fiy." Sofiy sedikit terkejut kerana ada seseorang menepuk bahunya.
"Dania. Kau ni, terkejut lah aku."
"Sorry, sorry."
"Eh, kau buat apa dekat sini? Bukan kau sepatutnya ganti tempat Manda ke?" Tanya Sofiy.
"Tadi ada dua orang musuh masuk dalam bilik persembunyian tu lepastu aku lawan lah. Aku terus larikan diri. Syahmi take over dekat sana." Terang Dania.
"Ha, alang-alang ni tolong aku, Dania. Tu, Aaren ada bagi isyarat dekat aku. Alert please, Black mamba." Arah Sofiy. Dania terus membaca isyarat yang dihantar oleh Aaren. Dia mengikut rentak jari Aaren itu. Dia mula menulis maksud isyarat jari tersebut.
"Got it, Fiy." Dania menunjukkan kertas itu kepada Sofiy.
"Shoot to kill." Sofiy membaca ayat yang ditulis oleh Dania itu. Mereka berdua memandang antara satu sama lain.
"Ready, Fiy? Find the target."
"Got it."
"Hold on, hold on. 3, 2, 1, and shoot!" Sofiy melepaskan tembakan tepat pada dahi Vincenzo. Akhirnya, Vincenzo rebah ke atas lantai konkrit itu.
Aku melihat pisau itu terjatuh ke bawah lalu aku terus pergi ke arah Elriq. Masih terdapat lima orang musuh yang masih bernyawa. Para lelaki berlawan dengan kelima-lima musuh tersebut.
"Riq, bawa Manda keluar daripada sini!" Arah Aaren dan Harith.
"Yen, sediakan kereta sekarang! Bawa Manda pergi hospital terus!" Arah Hayder. Apabila selesai membunuh suspek, Azyen terus berlari keluar untuk dapatkan keretanya.
Sedang aku dan Elriq dalam perjalanan untuk keluar daripada situ, aku melihat ada seorang lelaki yang berlari ke arah Elriq dengan memegang sebuah pisau. Tanpa berfikir panjang, aku terus menghalang lelaki itu daripada menikam suami tercinta aku ini. Akhirnya, aku merasakan sedikit pedih pada perut aku. Aku melihat darah terpercik di lantai.
"Asal kau bunuh perempuan tu, sial? Perempuan tu tengah mengandung lah!" Jerit seorang lelaki kepada rakannya.
"Lari wey lari!" Tidak sempat mereka ingin melarikan diri, Aaren, Harith, Elriz, dan Hayder sudah menembak belakang mereka berkali-kali sehingga riwayat mereka berdua ditamatkan.
Kaki aku berasa lemah ketika ini. Aku ingin jatuh ke lantai tetapi sempat disambut oleh Elriq. Aku menatap wajah tampannya itu. Aku tersenyum manis kepadanya lalu aku dapat merasakan ada darah yang memenuhi dalam ruang mulutku itu.
"A...abang. Aisy rasa sejuk sangat sekarang ni. Kenapa badan Aisy rasa macam ais?" Aku tergelak kecil lalu aku memegang pipi kiri suami aku itu. Aku melihat air mata Elriq jatuh dengan derasnya.
"Prinzessin, jangan tinggalkan abang lagi. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Please, tolong kuatkan diri sayang untuk baby and untuk abang. Aisy dah taknak hidup bahagia dengan abang ke?" Aku menyeka air mata suamiku itu.
"A...abang, Aisy min...ta ma...af sebab t...tak dapat ja...jadi is...te...ri yang baik untuk a...abang. Terima kasih sebab dah buktikan dekat Aisy yang abang lain daripada yang lain. Thank you because you've changed my life. Abang, you're always be my obsessive roses. And I will love you until forever, encik husband. Kalau suatu hari nanti, ro...rose merah tidak dapat kembalikan Aisy, abang cuba lah dengan rose pu...putih ya." Tekak aku perit ketika ini. Aku bagaikan memberi Elriq petunjuk bahawa aku ingin rose putih yang menemani aku di perkuburan kelak.
"Prinzessin, please tahan. Tolong tahan sakit tu sekejap. Aisy akan selamat. Abang ada dengan Aisy." Elriq mengusap rambut isterinya itu dan membawa kepala Amanda ke dalam dakapannya. Elriq mencium dahi Amanda berkali-kali dengan rakus. Air mata lelaki itu sentiasa menemani dirinya.
"Riq, aku call ambulans tadi. Ambulans dah sampai." Kata Azyen. Apabila dia mendengar arahan daripada Aaren untuk menyuruh dia menelefon ambulans terus, dia terus berbuat demikian.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...