"Sayang, dah siap ke?" Elriq bertanya sambil menghidupkan enjin. Kalau dia sudah bertanya seperti itu bermaksud kami sudah terlambat.
Hari ini kami pulang ke kampung mummy. Ada wedding anak sulung kepada kakak mummy. Mummy ni anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Black Snakes pun ikut sama sebab mummy dah anggap diaorang tu macam anak sendiri.
"Dah, abang. Jom."
"Okay, jom." Elriq memegang tangan aku dan kami berlalu masuk ke dalam kereta.
"Eh, abang Riq dah sampai la." Nia teruja apabila abang sepupu kesayangannya itu sudah sampai. Dia terus berlari keluar untuk dapatkan Elriq.
"Meh, Aisy tolong bawakkan beg abang tu."
"Thank you, sayang." kata Elriq sambil mengusap kepalaku.
"Eh, abang Riq. Nak Nia tolong angkat apa-apa?"
Soalan Nia tadi tidak dipedulikan oleh Elriq. Kadang-kadang tu Elriq dah naik muak dengan perangai minah gedik ni.
"Eh, perempuan. Kau sedar tak kau tengah menggedik dengan suami orang sekarang ni?" Elriz mencelah dengan penuh kegeraman. Dia tahu yang sepupunya itu sukakan abangnya itu.
"Alaa, gedik dengan sepupu sendiri je pun. Takkan tu pun jealous." Nia membalas sambil menjulingkan matanya ke atas.
"Kau ni kan..." Elriz sudah mahu mengangkat penampar terhadap sepupu perempuannya itu. Namun, sempat dihalang oleh Sofiy.
"Abang, sudahlah tu. Abaikan je." kata Sofiy sambil memegang lengan suaminya itu.
"Haa, Riq Riz. Bawa cucu menantu nenek tu masuk." Nek jah bersuara. Nek jah merupakan nenek kepada Elriq dan Elriz. Mereka berdua ni cucu kesayangan Nek Jah.
"Assalamualaikum nenek." Aku dan Sofiy mencium tangan Nek Jah dengan penuh sopan santun.
"Waalaikumussalam. Masya-Allah, cantiknya kamu berdua ni. Pandai Riq dan Riz pilih isterinya. Kata Nek Jah. Nek Jah tak dapat datang wedding kami haritu kerana dia tak larat nak berjalan jauh.
"Eh, takdelah nek. Nenek sihat?" tanya Sofiy.
"Alhamdulillah, nenek sihat je. Ni, kamu semua mesti penat kan? Kamu masuk bilik dulu ya. Tapi maaflah, rumah nenek ni ada 6 bilik je. Jadi kamu semua kena share bilik ya."
"Eh, takpe nek. Lagi best kalau share bilik ni." Aku membalas.
Nek Jah tergelak kecil.
"Kamu semua masuk bilik dulu ya." Arah Nek Jah.
"Kita dapat 3 bilik so satu bilik 4 orang la. Boleh?" tanya Elriq.
"Haa, yang dah kahwin okay la ada pasangan. Tapi yang belum kahwin ni macam mana?" tanya Harith.
"Kau tidur la luar. Kau sape nak tidur dalam bilik ni?" balas Aaren. Dua sepupu ni kalau tak buat kecoh, tak sah.
"Dasar bahenol." Harith memandang dingin kepada sepupunya itu.
"Takpelah, apa kata kalau kita ambil 2 bilik je. Lagipun kan ada 2 katil besar so muat kot untuk 6 orang dalam satu bilik. So, boleh buat satu bilik untuk lelaki, satu bilik lagi untuk perempuan." terang Irene.
"Ha, boleh juga kalau macam tu." Bella setuju.
"Yang lain?"
"On." semua setuju.
Pada malam itu, aku duduk di ruang tamu manakala Elriq duduk di bahagian depan ruang tamu itu. Aku sedang leka menjahit tetapi aku rasa macam hati ni panas je bila dengar sesuatu dari mulut puaka si Nia tu.
"Abang Riq, abang nak minum apa-apa? Nia boleh buatkan."
Aku memandang ke arah mereka berdua. Jujur, aku memang sakit hati melihatnya tapi apakan daya aku sudah biasa melalui semua benda ni. Dulu, elok je si Zayn tu naik kereta berdua dengan Tasha.
Elriq memandang ke arah aku juga. Dia dapat lihat yang aku cemburu melihat mereka berdua. Tanpa membuang masa, Elriq terus bangun dan pergi ke arahku lalu duduk di samping aku.
"Sayang, buat apa ni? Jahit teddy bear ke?" tanya Elriq.
"Ehee. Haah, abang. Aisy jahit teddy bear ni sebab dah terkoyak sikit dekat bahagian perut dia."
"Alaa, dah kuyush la dia ni? Lemak dah terkeluar."
"Abang." Aku dan Elriq tergelak besar di situ.
Aku perasan yang Nia sudah pandang tidak puas hati dengan kami berdua.
"Hamboi, seronoknya kamu berdua ni." Aunty Lin mencelah.
"Mummy."
"Aisy, nanti Riq balik German, Aisy dah start sem baru kan?"
"Haah, mummy."
"Nanti Aisy tinggal dekat mana? Takkan tinggal dekat rumah Aisy. Sorang-sorang nanti."
"Aisy tinggal dengan Sofiy kot mummy sebab nanti pun Sofiy tinggal sorang."
"Nak ajak tidur rumah mummy tak boleh pula. Mummy dengan daddy kan pergi London minggu depan."
"Takpe mummy. Lagipun kitaorang dah plan dah nak tidur dekat rumah Sofiy sebab semua punya husband pergi German kan."
"Yelah, tapi kalau ada apa-apa terus call mummy atau daddy ya."
"Baik, mummy."
"Riq, yang lain tak balik lagi ke?"
"Belum lagi, mummy. Seronok keluar punya pasal, lupa dah jalan balik rumah."
"Ada-ada jelah kamu ni." Aunty Lin tergelak kecil.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...