CHAPTER 24

388 15 0
                                    

"Abang, abang kena pergi juga ke German tu?"

"Mestilah, sayang. Dah tiba masa untuk abang kerja balik. Dah 3 bulan abang cuti, so sekarang kena la kerja balik. Kalau tak nanti Aisy nak makan apa?"

"Alaa, nanti Aisy rindukan abang. Nanti siapa nak jadi bantal busuk Aisy? Siapa nak jadi imam Aisy? Siapa nak main masak-masak dengan Aisy?" Aku berkata sambil bermain di hujung jari suami aku itu.

"Jangan macam ni sayang. Makin berat lah hati abang nak tinggalkan sayang hm." Kata Elriq sambil mengusap belakang tudung isterinya itu.

"Abang jadilah polis dekat Malaysia. Ehee."

"Kalau lah proses pertukaran tu sesenang itu je, dah lama abang minta tukar tau."

"Hmm, takpelah. Nanti Aisy boleh pergi German selalu. Okay lah, bye abang. Abang pergilah cepat nanti tertinggal flight pula."

Elriq tergelak kecil melihat sikap isterinya itu. Cepat sangat bertukar mood. Tadi taknak suruh dia pergi, sekarang suruh cepat pergi pula.

"Abang jaga diri tau dekat sana. Jangan nak menggatal pula. Sofiy dapat tahu yang abang menggatal, siap eh. Malam tu juga Sofiy cari abang sampai lubang cacing." ugut Sofiy.

"No worries, sayang. Ramai boleh tengokkan abang dekat sana." Elriz juga pergi German kerana ada urusan yang belum selesai lagi di sana.

Para suami pun sudah berlalu pergi untuk masuk ke gate di airport. Manakala para isteri pula...

"Yeayy, freedom." Kami semua teruja kerana diberikan peluang untuk bebas sebentar sementara para suami berada jauh dengan mereka.

"Okay, malam ni set eh tidur dekat rumah Sofiy?" tanya Irene.

"Yupp. Jangan tak datang pula eh malam ni." balas Qasrina.

"Wey, korang. Ni haa isteri-isteri call ni." Panggil Azyen.

"Haii, para shuben!!!" jerit mereka semua kecuali Bella dan Dania kerana mereka belum berkahwin lagi.

"Haii, Snakes's wives!!!" jerit para husband.

Mereka semua tergelak bersama-sama tetapi ada yang memandang tidak puas hati terhadap mereka.

"Tahulah dah kahwin tapi takyah lah halang orang yang single mingle ni." kata Aaren.

Mereka berdua berada di belakang sekali jadi mereka tidak dapat dilihat oleh para isteri tersebut.

"Tulah kau, aku suruh kahwin cepat-cepat dengan Dania takmau." balas Harith.

"Perempuan gila tu? Memang taklah aku. Kau tu pun 2 kali 5, 5 kali 50."

"Hak alah kau ni. At least aku tengah mencuba."

"Mencuba la sangat. Baru dapat keluar berdua sekali je haritu, ada hati cakap tengah mencuba."

"Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni. Habaq mai."

"Aikk, bila pulak hang jadi lagu ni?"

Harith dah malas nak melayan si sepupunya itu lalu dia tonyoh muka lelaki itu dengan tangan gergasi dia tu.

"Busuk lengkuas. Kau ni kang."

Dah dua bulan suami aku pergi ke German dan dua bulan ni juga aku tidur di rumah Sofiy. Harini aku ingat nak tidur di rumah sendiri sebab dah lama sangat rumah aku tu ditinggalkan.

"Fiy, aku balik rumah aku dulu eh. Nanti kalau ada apa-apa, bagitahu aku tau."

Yang lain dah balik ke rumah masing-masing malam semalam sebab diaorang kata rumah tu dah lama ditinggalkan juga.

"Okay, kau pun sama tau. Call aku kalau ada apa-apa."

Apabila sampai sahaja di rumah, aku berasa lapar. Jadi, aku berfikir seketika sama ada nak masak or order foodpanda je.

"Aku nak masak ke nak beli foodpanda je eh untuk malam ni?" bebelku sendirian.

"Dah lama tak main masak-masak lah. Aku masak jelah malam ni." Sambungku lagi.

Aku taktahu suami aku balik bila tapi dia kata dia dekat sana 2 bulan je. Tapi biarkan jelah dia tu.

Aku mula memasak di dalam dapur dan aku berasa sunyi sekarang ni. Akhirnya, aku buat keputusan untuk hilangkan rasa sunyi ni. Aku membuka lagu meriang yang versi speed up lalu aku menari sambil memasak.

"Sudah lama aku tak jumpa dengan kamu. Sudah lama kamu tak memperhatikanku. Rindunya hatiku, rindu ingin bertemu. Ku ingin dirimu selalu di sisiku. Aku meriang, aku meriang, aku meriang. Merindukan kasih sayang. Aku meriang, aku meriang, aku meriang. Aku butuh perhatian.Aku meriang, aku meriang, aku meriang. Merindukan kasih sayang. Aku meriang, aku meriang, aku meriang. Aku butuh kasih sayang. Aku meriang, aku meriang." Apabila aku sedang khusyuk menyanyi dan menari, aku terdengar satu suara daripada belakang.

"Abang ada je dengan sayang." Aku terus menoleh ke belakang dan aku melihat...

"A...ab...abang." Aku terkejut apabila suami aku sudah berada di hadapanku sekarang ini.

"Seronok ya bila abang takde?"

"Ke...kenapa abang tak bagitahu Aisy yang abang balik harini? Nasib Aisy ada dekat rumah."

"Saje nak suprisekan." Aku perasan Elriq melangkah ke hadapan untuk pergi ke arahku. Dan dia sekarang berada betul-betul satu inci denganku. Aku boleh bau minyak wangi suami aku ini yang berjenama Christian Dior Eau Sauvage Extreme. And time ni juga la nafas aku nak tersekat pada skala 10. Elriq menundukkan sedikit wajahnya untuk bertemu dengan wajahku. Anak mata hitamku bertemu dengan anak mata kelabunya itu.

"Du sahst sehr sexy aus, als du vorhin getanzt hast." Aku terkedu lalu terkentut mendengar ayat itu. Aku tak faham apa yang suami aku cakap ni. "Apa a...abang cakap ni?"

"Sayang belum ready lagi ke?"

"A...abang." Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Elriq sudah mendukung aku untuk masuk ke dalam bilik.

"Abang, turunkan Aisy lah." Aku berkata sambil cuba untuk menolak dada bidangnya itu.

"Don't push me, prinzessin. Jatuh nanti." Apabila sejurus saja sampai di bilik, aku dibaringkan di atas katil. Dia menindihku sambil berkata...

"All this is mine, if anyone touches it again, I will make sure my bullet hits right near his head."

Pada malam itu, bulan dan bintang menjadi saksi keindahan cinta mereka. Dan trauma Amanda sedikit sebanyak hilang disebabkan keikhlasan cinta daripada suaminya itu.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now