CHAPTER 62

186 4 0
                                    

"Kenapa Aisy tak tidur lagi ni? Dah pukul 2 pagi still tak tidur lagi?" Tanya Elriq kepada aku.

Selepas pulang dari rumah Puan Lin tadi, Amanda dan Elriq singgah di A&W untuk membeli makan malam. Apabila sampai di rumah, Amanda dan Elriq membersihkan dahulu diri masing-masing lalu kami makan malam di bawah. Setelah itu, aku naik ke bilik dan membuka semula komputer riba aku. Amanda masih tidak berpuas hati dengan maklumat yang aku jumpa tentang Taufiq.

"Aisy sebenarnya tengah cari..." Elriq mendekatkan dirinya dengan diri aku. Lalu belum sempat aku menutup komputer riba aku, Elriq sudah merampas komputer riba aku itu. Elriq mula memandang tajam ke arah aku.

"Apa yang Aisy buat ni?" Tanya Elriq dengan nada yang tegas. Aku menundukkan wajahku ke bawah.

"Aisy Amanda, abang tanya ni. Tengok muka abang sini!" Elriq mula meninggikan suaranya terhadap aku lalu aku terus mendongakkan wajahku dan mata kami berdua bertaut kembali.

"Aisy... Aisy." Jawab aku dengan tergagap-gagap. Elriq meletakkan komputer riba aku itu di atas meja dengan sedikit kuat. Bahu aku terangkat sedikit akibat terkejut.

"Sejak bila pandai buat benda yang bahaya tanpa pengetahuan abang?" Tanya Elriq.

"Abang, Aisy bukan nak belakangkan abang cuma Aisy betul-betul nak cari pasal Taufiq tu. Aisy boleh rasakan yang Taufiq tu lelaki bertopeng tu." Aku berkata dengan bersungguh-sungguh.

"Tapi bukan dengan cara macam ni, Mrs. Hacker." Elriq menoleh ke arah aku dengan pandangan yang penuh dengan kerisauan.

"Aisy minta maaf, abang." Jawabku dengan bibir sudah muncung ke hadapan.

"Abang tahu yang Aisy boleh detect semua benda dalam data. Aisy boleh cari maklumat pasal orang lain tapi bukan macam ni caranya. Aisy nak buat, Aisy kena bagitahu abang. Aisy tak boleh rahsiakan macam ni. Kalau ada apa-apa jadi dekat Aisy nanti and abang taktahu pasal pape, macam mana abang nak tolong Aisy? Abang tahu yang Aisy takut dengan semua ni. Tapi please jangan bahayakan diri sendiri semata-mata nak tahu kebenarannya. Faham, meine prinzessin?"

Aku terharu apabila dikurniakan suami yang caring dengan aku. Kalau nak dibandingkan dengan sebelum ini, aku rasa Elriq lelaki yang betul-betul tepat untuk aku.

"Faham, abang. Aisy minta maaf sekali lagi. Maafkan Aisy, abang." Aku memberikan ciuman pada pipi kanan Elriq. Elriq terus mencium dahiku.

"Nak buat lagi tak?" Tanya Elriq terhadap aku. Aku berfikir sejenak dengan jari telunjuk aku berada pada bawah dagu.

"Nak!" Aku menjawab pertanyaan Elriq lalu berlari keluar dari bilik itu.

"Aisy Amanda, jangan lari lah! Awak tu tengah mengandung, prinzessin!" Jerit Elriq sambil mengejar aku dari belakang.


Aku menyiapkan sarapan untuk suamiku. Hanya kuetiaw goreng yang dapat ku masak karena dia sangat ingin memakannya. Aku memanggil suamiku yang baru saja selesai membersihkan dirinya, lalu kami mulai menikmati makanan bersama. "Abang, malam ni kita pergi tengok Qas dekat hospital kan?" Aku bertanya kepada suami aku itu dengan mulut yang penuh dengan makanan.

"Habiskan makan tu dulu, prinzessin. Nanti tercekik kang." Kata Elriq. Aku tersengih di hadapan suami aku. Aku mengunyah dengan pantas lalu aku sambung bersuara.

"Malam ni kita pergi tengok Qasrina kan, abang?" Aku bertanya semula.

"Ya, sayang. Tak sangka dah jadi ayah dah si Azyen tu. Muka babyface sangat. Nampak macam budak sekolah menengah je kan?" Aku tergelak kecil sambil mengangguk.

"Apa nama anak diaorang tu eh?"

"Sharifah Zahira." Jawab Elriq sepatah.

"Ohh, perempuan. Mesti comel kan? Tak sabarnyaa nak tengok anak Qas." Aku berkata sambil menepuk kedua-dua tanganku dan menggoyangkan kakiku ke depan dan ke belakang di meja makan itu. Elriq tergelak kecil melihat aku.

"Ada geng lah si Suraya tu." Kata aku.

"Kalau Aisy, Aisy nak anak lelaki ke anak perempuan?" Tanya Elriq sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Aisy kalau boleh nak anak kembar." Aku tergelak besar melihat Elriq tersedak kerana ayat aku tadi.

"Anak kembar?" Aku mengangguk.

"Nak jadi macam daddy ke?" Tanya Elriq. Aku mengangguk lagi.

"Kalau abang pula?" Aku pula bertanya kepada Elriq.

"Kalau abang, abang kalau boleh nak anak kembar." Aku tergelak besar sekali lagi.

"Ingatkan taknak anak kembar." Aku berkata sambil tergelak.

"Ishh, selalu tau macam tu. Nak bercakap je mesti kena ada package gelak sekali." Makin kuat gelak aku.

"Dah, siap cepat. Kang tak pasal-pasal guard halau macam Aaren dengan Harith aritu." Aku sambung gelak lagi. Elriq sudah meninggalkan aku sendirian di meja makan itu.

"Abang, tunggu lah Aisy." Aku mengikuti langkah suami aku ke dapur dan mencuci semua pinggan dan cawan yang sudah dipakai tadi.

"Assalamualaikum." Aku dan Elriq memberi salam serentak sebelum masuk ke dalam Wad Kerabat yang diduduki oleh Sharifah Qasrina itu. Wad Kerabat itu milik ayah Syed Azyen kerana mereka berdua merupakan keturunan diraja bagi nama Syed dan Sharifah.

"Waalaikumussalam." Sahut Azyen dan Qasrina serentak.

"Mandaaaa, rindunya dekat kau. Even baru je jumpa tapi sumpah rindu." Kata Qasrina sambil memeluk tubuhku.

"Aku pun rindu kau juga." Aku mengambil tempat di samping Qas. Manakala Elriq sedang duduk di sebelah Azyen.

"Pagi tadi Sofiy dengan Elriz datang tengok lepastu petang tadi Dania, Bella, Aaren dengan Harith datang pula. Lepastu malam ni korang berdua pula. Irene still dalam pantang kan?"

"Haah, Irene dalam pantang lagi. Kau okay tak, Qas?"

"Okay tak okay je Manda. Sakit bersalin itu biasa." Aku dan Qasrina tergelak kecil bersama-sama.

"Elriq jaga kau betul-betul tak?" Tanya Qasrina kepada aku tetapi mata memandang tepat pada wajah Elriq. Azyen sudah menggigit bibir bawahnya kerana menahan ketawa apabila sahabatnya diusik begitu.

"Jaga elok sangat, Qas. Overprotective tau." Bisik aku pada telinga Qasrina. Qasrina pula tergelak kecil.

"Bagus bagus."

"Eh, tapi aku rasa time kau convo nanti, aku tak datang rasanya. Mmm, belum habis pantang lah." Qas mula mencebikkan bibirnya.

"Sokay la Qas. Lagipun nanti aku boleh edit muka kau dalam gambar dengan Black Snakes nanti." Usik aku. Qasrina menepuk peha aku tapi tidak terlalu kuat.

Selepas dua jam kami melawat Qas dan Azyen, kami berdua pulang ke rumah. Aku melihat Elriq seperti sedang memikirkan sesuatu dari hospital tadi. Aku mengikuti Elriq untuk masuk ke dalam bilik. Apabila aku melihat dia mundar-mandir di hadapan katil kami, aku terus batalkan niat aku untuk baring di atas katil.

"Abang, abang kenapa ni?" Aku memeluk erat belakang tubuhnya itu. Elriq memusingkan tubuhnya dan menghadap ke arah aku. Elriq memegang kedua-dua bahu aku.

"Aisy."

"Ya, abang."

"Kalau Aisy tak pergi convo tu tak boleh ke?" Senyuman aku terus mati.

"Kenapa, abang?"

"Abang rasa tak sedap hati lah. Lusa Aisy ambil jubah convo tu dekat universiti Aisy tu kan?" Tanya Elriq. Aku pun menganggukkan kepalaku dengan perlahan. Elriq mula mengeluh.

"Kalau abang tak bagi Aisy pergi convo tu takpelah, Aisy tak pergi lah." Jawab aku.

"Hm, Aisy pergi dengan Elriz dengan Sofiy sekali boleh? Abang dengar nanti Elriz temankan Sofiy ambil jubah tu lepastu Bella dengan Dania pula Harith dengan Aaren yang temankan. Aisy pergi dengan diaorang semua eh, prinzessin?"

"Abang taknak temankan Aisy?"

"Abang kena kerja pagi tu, sayang." Aku mengangguk perlahan sekali lagi. Elriq mencuit hidungku lalu memeluk erat tubuhku. 

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now