"Kakak, malam ni kita pergi rumah aunty Lin tau. Dia ada buat makan-makan sikit sempena anak kedua dia balik Malaysia." Kata abah.
"Okey."
Aku masih boleh menjawab walaupun baru lepas putus cinta dan masih ada rasa kecewa ya. Dah sebulan aku meratapi takdir ini, aku ingat aku akan bersama dengan dia sampai bila-bila. Tapi, siapa aku nak persoalkan takdir Allah kan?
Selepas solat asar, aku dan keluarga terus bergerak ke rumah Aunty Lin dan Uncle Jason. Ummi nak datang awal sebab Aunty Lin minta tolong ummi ajar buatkan brownies. Ummi aku pakar buat brownies. Jadi, Aunty Lin nak belajar daripada dia.
"Assalamualaikum." Aku menyapa mereka berdua apabila sampai sahaja di depan pintu rumah.
"WaalaikumussalamAisya. Dah lama tak jumpa Manda. Manda sihat ke? Kenapa mata nampak sembap jeni? Manda okay ke? Kalau tak sihat, Manda rehat dekat dalam bilik anak sulung aunty je ya?"
Aku betul-betul rasa nak menangis sekarang ni bila aunty Lin risaukan aku. Macam mana dia boleh perasan mata aku sembap pula ni? Ya Allah, rasanya dah pakai make up tebal dah nak cover mata ni tapi nampak juga ke?
Aku menyalam tangan Aunty Lin dahulu sebelum aku membalas pertanyaan dia tadi.
"Eh aunty, Manda okay je ni cuma tak cukup tidur je." Aku balas dengan senyuman melakar di bibir.
"Manda tak cukup tidur? Manda tidur dulu nak? Lagipun masih awal lagi sebelum majlis bermula. Manda tidur dulu ya?"
"Aunty, takde pape la aunty. Manda okay je ni. Segan la Manda datang rumah orang tapi tidur pula." Balasku.
"Eh, Manda tak perlu rasa segan pun. Dah jom aunty tunjuk bilik anak sulung aunty. Kesihatan Manda tu patut diutamakan."
"Abah ummi, kakak masuk rehat kejap ya?"
"Yelah." Kata ummi dan abah serentak.
"Ha, ni la bilik anak sulung aunty."
Aunty Lin menunjukkan bilik anak sulung lelakinya itu kepadaku. Ya Allah, segannya aku.
"Kalau saya tidur dekat dalam bilik anak aunty, habistu dia nak duduk mana?"
"Manda jangan risau, dia takde pun. Dia belum balik Malaysia lagi." Kata Aunty Lin.
"Ohh yeke? Tapi takpe ke kalau Manda tidur sini? Nanti apa pula anak aunty cakap pasal Manda."
Aku takut la juga kalau nanti anak dia tahu pasal benda ni, anak dia tuduh aku macam-macam pula. Bukan aku yang nak tidur sini, Aunty Lin yang suruh okey.
"Takdenya Manda. Jangan risau ya? Dah, Manda tidur la. Nanti kalau majlis nak start, aunty kejutkan Manda ya?"
"Baik, terima kasih ya aunty."
"Sama-sama sayang."
Aunty Lin sempat mencium dahiku sebelum dia berlalu pergi meninggalkanku dalam bilik ini.
Tak sampai 1 minit aku mengelamun, aku terus melelapkan mataku. Aku rasa aku betul-betul tidak cukup tidur sekarang ni. Dah sebulan aku putus dengan Alif, tetapi aku masih tidak boleh terima kenyataan ini.
"Manda sayang, bangun eh. Majlis nak start dah ni."
Aku terdengar ada orang memanggil namaku lalu aku terus mencelikkan mata dan aku ternampak Aunty Lin.
"Mmm aunty." Jawabku walaupun masih dalam keadaan yang mamai.
"Bangun sayang, majlis nak start dah."
"Manda nak tumpang tandas boleh?"
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...