"Abang, Aisy lupa nak bagitahu yang ticket balik Malaysia untuk Aisy punya esok tau."
"Kenapa tak bagitahu abang awal-awal, sayang? Mesti tak sama seat."
"Aisy lupa lah abang. Semalam kan busy dengan air mata."
"Busy dengan air mata ke dengan benda lain?" Aku nampak Elriq tersenyum sinis.
"Ish, abang ni."
"Jap, abang nak tengok ticket balik esok." Elriq membuka telefon bimbitnya lalu mencari ticket flight untuk balik ke Malaysia. Aku menyambung makan tetapi apabila aku memandang sekeliling, aku ternampak seseorang yang agak mencurigakan di luar restoran itu. Pakaiannya seperti lelaki biasa tetapi dia pakai mask. Jadi, aku tak boleh nak cam siapa gerangan itu. Tetapi, kenapa aku rasa macam aku pernah nampak je mata lelaki itu.
"Aisy tengok apa tu?" Elriq ingin memandang ke arah lelaki itu tetapi aku terus menghalangnya.
"Takde apa, abang. Abang dah sudah makan? Jom, kita pergi jalan-jalan."
"Jom, sayang." Aku terus menarik tangan Elriq untuk keluar dari restoran itu.
Aku dan Elriq pergi bersiar-siar di sekeliling German dan kami berhenti seketika untuk melihat permandangan di situ. Cantik sangat German ini.
Aku memandang ke arah Elriq lalu Elriq tersenyum manis memandang diriku.
"Kenapa pandang abang macam tu?"
"Aisy rindukan wajah ni. Aisy rindukan lelaki yang bernama Elriq Alden ni." Aku mengusap lembut pipinya itu. Elriq terus mencium dahiku.
"Abang, nak tau tak?"
"Apa dia, sayang?"
"Abang ni Aisy anggap sebagai sekuntum bunga rose yang sentiasa ada dengan tuannya." Elriq sudah memandang aku dengan kening yang berkerut.
"Bunga rose? Kenapa?" Tanya Elriq.
"Sebab abang kan obsess dengan bunga rose dan abang selalu setia dengan Aisy. Senang cakap you are my obsessive roses, Elriq Alden." Aku memandang ke arah Elriq dengan pandangan yang lembut.
"And I will be your obsessive roses until forever, prinzessin." Elriq berkata kepada isterinya sambil memeluk erat tubuh Amanda.
Harini aku dan Elriq akan pulang semula ke Malaysia. Elriq bengang dengan aku sebab seat tak sama. Elriq duduk di seat belakang manakala aku dapat seat dekat depan. Tapi janji sama flight and nanti jumpa juga dekat KLIA tersebut.
Jam menunjukkan pukul 10 pagi dan kami mula masuk ke pintu gate untuk pergi ke gate di mana flight untuk ke Malaysia berada di situ. Sebelum tu, Elriq ingin pergi ke tandas dan dia suruh aku tunggu di luar ni. Aku melihat sekeliling sambil menunggunya tetapi kenapa aku rasa macam asyik nampak lelaki pakai mask je ni? Tak kisah nak pakai mask tapi kenapa dia perlu berdiri dekat satu tempat dan pandang ke arah tempat aku berdiri sekarang ni. Aku ingin menuju ke arah lelaki itu tetapi Elriq cepat-cepat menarik tangan aku semula.
"Aisy nak pergi mana ni? Aisy tengok apa? Kenapa dari semalam Aisy macam asyik tengok something je." Kata Elriq dengan soalan yang bertubi-tubi.
"Aisy rasa lelaki tu sama macam lelaki dekat rumah kita tu, abang." Elriq dah mula mengerutkan keningnya.
"Hey, prinzessin. Look at me. Itu cuma bayangan Aisy je. Lelaki tu dekat Malaysia. Mustahil dia nak datang sini pula." Aku berfikir seketika. Mungkin ada betul juga apa yang Elriq cakap. Tapi aku masih lagi ragu-ragu dengan lelaki itu. Aku masih rasa yang mata dia tu familiar sangat.
"Dah, jom sayang. Nanti kita terlepas flight pula." Kata Elriq sambil mengusap belakang aku. Aku pun mengangguk dan mengikuti langkah Elriq.
Sebaik sahaja flight attendant memanggil zone masing-masing, aku dan Elriq terpisah buat seketika. Elriq akan masuk dahulu kerana dia zone 2 manakala aku zone 3. Aku melambai ke arah Elriq. Aku nampak dia menjeling ke arah aku. Aku tergelak kecil melihatnya. Marah lagi lah tu sebab tak sama seat.
Apabila aku sudah masuk ke dalam flight, aku ingin meletakkan bagasi aku di tempat beg yang disediakan. Tetapi kerana bagasi aku sedikit berat, jadi aku tak dapat nak menampung berat itu. Lalu, aku terdengar suara lelaki di belakang aku.
"Meh, saya tolong awak." Aku memalingkan kepalaku ke arahnya. Aku terkejut melihat gerangan suara itu.
"Eh, Taufiq. Kau nak balik Malaysia juga ke?"
"Haah." Jawabnya sepatah sambil mengangkat beg aku itu.
"Kau seat nombor berapa?" Tanya Taufiq.
"6B." Jawabku sepatah.
"Eh, sama row lah. Aku 6A." Aku dah mula cuak. Ni kalau Elriq nampak ni mesti bergaduh lagi ni. Abang, Aisy minta maaf.
Aku dan Taufiq duduk di tempat yang telah ditetapkan untuk kami berdua. Aku sempat melihat ke belakang dan aku ternampak Elriq sedang memandang tajam ke arah aku. Aku mencebikkan bibirku kepada Elriq. Showy, encik husband.
"Kenapa kau datang German?" Tanya Taufiq.
"Aku just nak berjalan. Tiba-tiba rindu dengan German." Jawabku. Aku nampak Taufiq tersenyum melihat aku. Aku dah mula rasa tak selesa.
"Minggu depan dah start kerja balik. Kau habis intern lagi berapa minggu?"
"Lagi sebulan lepastu habislah intern. Aku tunggu untuk grad pula."
"Samalah." Kami tersenyum antara satu sama lain.
"Muka kau cantik, Amanda." Muka aku terus berubah. Aku terus melelapkan mata aku. Dah lah sebelah seat aku ni lelaki juga. 'Abang, Aisy takut!' Bisik hati aku.
Aku terjaga apabila aku dapat merasakan ada sesuatu yang pegang lengan aku. Dan aku rasa terkejut sangat apabila melihat posisi aku sekarang ni. Aku nampak kepala aku sekarang atas bahu Taufiq. Aku cepat-cepat tegakkan badan aku.
"Sorry." Aku meminta maaf kepada Taufiq. Manakala Taufiq pula, aku melihat dia tersenyum manis terhadapku.
"Takpe, aku tak kisah pun. Lagipun, macam best je kalau buat macam tu. Nampak macam suami isteri." Aku terus menoleh ke arahnya. Apa maksud dia ni? Taufiq tergelak kecil.
"Gurau je. Dah nak sampai dah ni." Katanya. Tiba-tiba aku melihat tangannya mahu memegang kepalaku.
"Eh, kau nak buat apa ni?"
"Aku nak betulkan tudung kau. Nampak anak rambut kau tu."
"Aku boleh buat sendiri. Terima kasih." Aku terus membetulkan tudungku.
Apabila tiba di destinasi, lelaki di sebelah aku itu keluar dahulu. Aku mahu keluar juga tetapi dihalang oleh Taufiq.
"Eh, kejap lah Amanda. Ramai nak keluar tu. Lagipun kau cepat-cepat pun nak pergi mana?" Aku boleh merasakan yang dia sedang mengusap lembut tangan aku ni. Aku terus melepaskan pegangan itu.
Aku nampak Elriq sudah berdiri dan sedang memandang ke arah aku. Aku takut kalau dia nampak apa yang Taufiq ni buat tadi.
"Aku pergi dulu. Tak tahan nak kencing." Aku terus bangun apabila Elriq memberi ruang untuk aku mengambil bagasi aku. Belum sempat aku ingin mencapai bagasi aku, Elriq sudah mengambilkannya. Aku terus berjalan keluar dari pesawat itu.
Aku mempercepatkan langkah aku, sejujurnya aku takut dengan Elriq. Ketika aku lajukan langkah aku, Elriq sempat menarik tangan aku dahulu.
"Hey, laju-laju nak pergi mana?" Tanya Elriq.
"A...Aisy nak pergi tan...tandas." Jawabku dengan gagap.
"Dia buat apa dekat sayang tadi?" Aku memandang wajah Elriq yang sudah bertukar jadi ganas.
"Dia takde buat apa-apa pun, abang." Elriq memegang tangan aku dan dia boleh merasakan kegigilan dalam diri aku ni. Elriq sudah memandang aku dengan penuh kerisauan dan mengusap belakang aku.
"Jom, kita pergi tandas lepastu kita terus balik." Aku pun terus mengangguk sambil mengeratkan lagi genggaman itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/362958066-288-k450211.jpg)
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...