CHAPTER 46

147 5 0
                                    

Apabila kami sudah menghabiskan masa bersama tadi, kami semua pulang ke rumah masing-masing. Aku masih tidak berpuas hati dengan Elriq. Tadi dalam bilik Elriz punyalah banyak bercakap tapi bila dalam kereta dengan aku, suara macam kena sekat dengan jongkong emas je sampai tak boleh nak keluar tu.

"Abang, abang marahkan Aisy ke?" Aku mengikuti dia masuk ke bilik sebaik sahaja tiba di rumah.

Sunyi, tiada respons. Aku mendekati dirinya sehingga dia berpusing ke belakang menghadapku. Jarak kami berdua sangat-sangat rapat sehingga boleh dengar nafas antara satu sama lain.

Aku beranikan diri untuk merenung tepat pada anak mata kelabunya itu. Aku menjingkitkan sedikit kakiku supaya sama tinggi dengannya. Lalu aku terus memegang kedua-dua belah pipinya, dan menindih bibirnya dengan bibirku. Selepas 1 minit kemudian, aku meleraikan ciuman itu.

"Kalau abang ada masalah dengan Aisy atau marahkan Aisy sebab sesuatu perkara, tolong bagitahu Aisy. Jangan diam macam ni. Aisy tak suka kalau tengok abang tak bercakap dengan Aisy. Kalau pasal Taufiq tadi, Aisy betul-betul minta maaf. Aisy takde niat nak buat abang overthinking macam ni. Aisy pun takut nak keluar dengan mana-mana lelaki kecuali abang." Aku berkata kepadanya dengan nada yang sangat lembut.

Tanpa berkata apa-apa, Elriq terus mendukung aku lalu meletakkan aku di atas katil. Dia menindihku. Dan aku dapat merasakan bibirku berada dekat dengan bibirnya. Pada masa itu, hanya kami menyaksikan betapa sayangnya kami antara satu sama lain dan takut akan kehilangan.

"Sayang, abang nak cakap sikit dengan sayang." Kata Elriq kepada aku.

"Ya, abang. Abang nak cakap apa dengan Aisy?"

"Abang sebenarnya dah buat pilihan abang. Abang rasa abang tak bahagia dah dengan sayang."

"A...apa maksud abang ni?"

Elriq pergi ke arah pintu dan aku mendengar dia memanggil nama seseorang.

"Tasha, jom masuk."

"Assalamualaikum, Amanda."

"Abang dah kahwin dengan Tasha semalam. Abang minta maaf sebab tak bagitahu sayang pasal benda ni."

"Apa yang abang mengarut ni ha? Kau nak main-main dengan aku ke? Dasar bahenol punya suami." Tanpa segan silu, aku terus mengangkat kaki aku lalu menyepak Elriq sehingga terjatuh. Aku menumbuk mukanya berkali-kali sehingga membuatkan aku...

"Woii, ketottt!!! Jerit Elriq. Aku terus tersedar apabila mendengar jeritannya itu.

"Kenapa, abang?" tanyaku tanpa rasa bersalah. Aku mana nak sedar apa-apa sekarang ni.

"Kau nak mengigau pun, tak payah lah sampai tendang aku jatuh ke bawah ni!"

"Kau nak menjerit sangat ni apahal? Jangan sampai aku yang menjerit pula!" Aku pula sambung menjerit.

"Kau tendang aku sampai jatuh lepastu kau baling bantal dekat muka aku lepastu kau bangun-bangun buat muka tak bersalah pula tu." Elriq bangun dari lantai sambil mengurut punggungnya yang sakit akibat jatuh itu.

"Maaflah, zirafah. Aku tak sengaja lah." Aku tersengih sambil menunjukkan gigiku yang putih ini kepada suami aku itu.

"Mimpi apa sampai mengigau teruk tu?" tanya Elriq.

"Aisy mimpi abang kahwin lain. Nak tahu tak, abang siap bawa perempuan tu balik rumah ni lagi. And yang paling takleh bla, nama perempuan tu pula annoying sangat bagi Aisy."

"Apa nama perempuan tu?" tanya Elriq sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Tasha." Jawabku sepatah sambil menjeling suami aku itu. Aku melihat dia tersenyum macam kerang busuk.

"Kau jangan nak mengada-ngada, zirafah. Ada yang aku bawa balik Taufiq kat rumah ni kang." Usik aku. Padan muka.

Muka Elriq dah mula berubah. Dia terus mengambil bantalnya yang berada di bawah itu lalu membaling ke arah aku. Kepala aku terikut sama di mana bantal itu landing.

"Abang!!!" Aku pun membaling semula bantal itu ke arah Elriq sampai dia terjatuh ke lantai untuk kali kedua.

"Dah lah, yang. Elok kalau aku tidur aje dekat bawah ni. Takde lah kena taekwondo dengan kau lagi lepasni." Elriq jawab lemah akibat sudah dua kali terjatuh ke bawah. Aku pula sudah tergelak besar dekat atas katil tu. Beberapa minit kemudian, aku dan Elriq sambung tidur. Elriq masih bertekad nak tidur dekat atas lantai itu manakala aku lantak kau lah. Aku conquer lah satu katil tu.

"Aisy, Aisy. Jom kita race motor pagi ni." Elriq meloncat-loncat atas katil itu untuk kejutkan aku. Aku terus mencelikkan mata aku.

"Abang, mana ada orang racing pagi-pagi ni. Baru pukul 9 pagi. Orang selalunya racing malam lah."

"Alaaa, jomlah sayang. Dah lama lah abang tak ride motorbike tu. Boleh lah sayang, boleh lah." Elriq meloncat-loncat lagi. Aku dah bengang sangat dengan mamat ni. Tak padan dengan umur 28 tahun.

"Ishh, yelah. Jom." Aku dan Elriq terus bersiap.

Elriq turun ke bawah terlebih dahulu, aku baru terhegeh-hegeh nak pakai tudung. Aku pakai shawl jersey je untuk ride pagi ni. Kalau pakai tudung bawal, karang takut awning kemana motor pun kemana. Bila dah siap, aku pun turun ke bawah.

"Eh, prinzessin." Kepala aku automatik terangkat memandang ke arah Elriq yang baru keluar dari dapur.

"Tudung apa sayang pakai ni?" tanya Elriq.

"Hah? Tudung apa, apa?" Aku kebingungan. Aku tersalah pakai tudung ke? Ke ni tudung janda sebelah punya?

"Abang kan pernah cakap yang abang tak suka sayang pakai tudung shawl jersey ni." Kata Elriq.

"Alaa, abang. Aisy taktahu lah nak pakai tudung apa dah. Tudung ni je Aisy rasa selamat bila nak ride." Aku terus memegang lengan Elriq sambil mata berkelip-kelip memandangnya.

"Pergi pakai mask. Kalau taknak pakai mask, abang suruh Aisy duduk rumah ni sorang-sorang." Elriq melepaskan tanganku yang berada di lengannya itu.

"Hm, yelah abang. I love you." Aku terus berlari anak pergi naik ke atas untuk mengambil mask berwarna hitam. Elriq pula tergelak kecil melihat tingkah laku isterinya itu.

"I love you too, prinzessin abang." Gumam Elriq dengan perlahan.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now