CHAPTER 63

246 9 0
                                    

"Abang, Aisy pergi dulu tau."

"Kejap, sayang." Jawab Elriq dari arah dapur. Beberapa saat kemudian, Elriq keluar dari dapur itu dan dekatkan dirinya ke arah aku.

"Hati-hati ya, prinzessin. Ingat, walau apapun jadi jangan jauhkan diri tu daripada diaorang semua, faham?" Aku mengangguk. Aku mencium tangan suami aku itu. Apabila aku ingin mencapai kunci kereta Honda Civic milikku, aku merasakan ada tangan yang melingkari pinggangku.

"Abang, kenapa ni? Dari kelmarin abang macam risau sangat dengan Aisy. Kenapa, abang?" Aku memusingkan badan aku menghadap ke arah Elriq.

"Abang rasa tak sedap hati lah, sayang. Abang taktahu kenapa tapi abang boleh rasa macam akan ada something bad happen lah arini." Jawab Elriq dengan air mata mula membasahi pipinya. Aku terus menyeka air matanya itu.

"In Sya Allah, semuanya akan selamat. Percaya pada takdir Allah. Okay, encik husband?" Aku mencium bibirnya dengan lembut.

"Abang sayangkan Aisy." Elriq memeluk erat tubuh Amanda lalu dia menundukkan sedikit wajahnya untuk bercakap dengan anaknya di dalam kandungan isterinya itu.

"Anak daddy kena jaga mummy tau. Jangan biarkan sesiapa usik mummy, okay? I love you both of you, meine prinzessin and meine kliene fee." Elriq mengusap perut isteirnya itu dengan lembut lalu mencium perut Amanda.

"Aisy pergi dulu ya, abang. Malam nanti kita pergi makan nak?"

"Anything for you, prinzessin." Elriq mencium dahi aku. Aku menyalam tangan Elriq sekali lagi dan terus pergi ke arah kereta.

Aku memarkirkan kereta aku di antara kereta Elriz dan Aaren. Mereka semua telah ditugaskan untuk menjaga aku sepanjang aku berada di universiti ini.

"Jubah kita nak ambil dekat mana wey?" Tanya Bella.

"Dekat dewan perdana tu rasanya. Sebab kita berempat dekan. Aku tengok dekat list nama ni. Nama kita berempat ada dekat dalam list dekan ni." Jawab Sofiy.

"Okay, jom." Kami semua menuju ke dewan perdana. Sampai sahaja di dewan perdana, aku melihat Taufiq sedang berdiri di hadapan pintu dewan itu.

"Stand behind us, ladies." Arah Aaren. Elriz sudah memegang erat tangan isterinya itu.

"Hai, Amanda." Tegur Taufiq.

"Kau nak apa ni, Fiq? Kalau nak kacau bini orang, baik kau berambus je." Balas Aaren dengan dingin.

"Chill, bro. Aku tegur je kan bukannya buat bukan-bukan dekat bini kawan korang ni. Kan, Amanda?" Taufiq memberikan senyuman manis kepada Amanda. Taufiq sudah tahu bahawa Amanda adalah isteri orang kerana Amanda pernah menghantar story bersama Elriq di Instagramnya. Amanda meneruskan langkahnya untuk masuk ke dalam dewan itu. Amanda mengabaikan Taufiq.

Apabila kami semua sudah mengambil jubah convo masing-masing, kami terus bergerak pergi ke kereta. Dalam perjalanan hendak pergi ke kereta, aku terdengar ada seseorang memanggil nama aku.

"Amanda." Kami semua terus menoleh ke arah suara tersebut. Ternyata coursemate aku yang memanggil.

"Eh, Hani."

"Manda dah ambil ke jubah convo?"

"Dah ambil dah. Tadi ambil dengan diaorang semua ni."

"Ohh, kebetulan Hani taktau lah dekat mana nak ambil jubah tu sebab Hani bukan dekan. Amanda tau tak dekat mana?"

"Kau pergi lah cari sendiri. Ada mulut kan, pergi lah tanya orang lain. Sibuk datang sini." Kata Dania.

"Sok suci. Dulu kemain cemburu buta bila tengok si Taufiq tu sukakan Amanda ni." Sambung Bella.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now