"Lepasni susah la nak jumpa Dila hmm."
Aku dan Adila last day bekerja harini sebab exam dah habis dah. Dah hampir sebulan kami bekerja sama-sama. So, kami berdua perlu undur diri dari uni ni.
"Itulaa tuu. Nanti nak masuk universiti dah, susah gila nak jumpa lepas ni."
Aku dengan Adila saling berpelukan sebagai tanda perpisahan. Maklumlah perempuan kan mestilah mudah tersentuh dengan perkataan berpisah ni.
Aku terus pulang ke rumah apabila sudah selesai bekerja pada harini dan aku terdengar telefon aku berdering. Aku melihat nama yang tertera lalu aku menggeserkan button hijau ke tepi.
"Aku nak putus."
Aku terkejut dengan Zayn sebab tiba-tiba bercakap pasal putus.
"Kenapa dengan awak ni Zayn? Saya ada buat salah ke?"
"Kau tanya aku kau ada buat salah ke tak? Cuba kau tengok la balik perangai kau ni. Kau rasa ada ke lelaki nak dekat kau kalau perangai kau macam setan ni?"
"Sebab saya kongkong awak ke? Saya takde niat pun nak kongkong awak tapi setiap kali awak dengan saya mesti awak cepat bosan takpun mengantuk. Tapi dengan kawan-kawan awak, awak jadi semangat je. So, saya jadi terasa la."
"Eh, sukahati aku la nak semangat dengan siapa pun. Kau tu cuma ada title girlfriend je tau bukannya title isteri."
"Tak, kita tak boleh putus. Saya taknak. Awak dah janji taknak tinggalkan saya even apapun jadi kan?"
"Kau tu bodoh sebab mudah sangat percaya dekat aku ni."
Aku rasa macam baru disiat-siat je sekarang ni. Rasa tak percaya dan kecewa. Aku bodoh sangat ke sampai aku mudah sangat jadi permainan lelaki?
"Tapi awak dah sentuhsaya. Awak dah rasa badan saya ni. Awak tak boleh tinggalkan saya. Awak dahjanji nak bertanggungjawab dekat saya ni kan?" Aku betul-betul
merayu dekat dia sebab dia dah ambil benda berharga dekat diri aku ni.
"Sorry my dear. Aku taknak bertanggungjawab. Kau boleh berambus dari hidup aku okey? Bye HAHAHAHAHA."
"Tak tak, awak tak boleh tinggalkan saya macam ni je. Saya janji saya boleh jadi macam awak nak. Saya boleh ubah perangai saya ni, saya takkan kongkong awak dah. Please Zayn."
"Pegi mampus la kau."
"Awak, saya janji awak. Please awak, jangan tinggalkan saya. Jom kita getback awakk please." Merayuku.
"Cuba la faham apa yang aku cakap sekali je ni pant**. "
Zayn terus menutup panggilan itu dan aku terus call dia semula. Hampir 100 kali aku call tapi apayang aku dapat adalah nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Aku melihat biodia sudah kosong dan profile dia juga kosong. Dia sudah block aku dekat semua mediasosial. Aku menangis tanpa henti apabila melihat dia meninggalkan aku tanpa rasa bersalah.
Kau bodoh Manda sebab mudah sangat percaya dekat jantan macam tu. Kau tak nampak ke yang dia nak kau sebab nafsu je? Aku betul-betul menyesal sekarang ni.
"Kakak, jom makan."
Aku seharian tidak makan. Aku rasa macam hidup aku dah musnah sekarang ni. Benda berharga yang aku lindungi dan jaga selama ni dirampas macam tu je dekat lelaki tak guna tu.
"Kakak, jom makan. Kenapa duduk dalam bilik je ni? Jom."
"Kakak takde selera la ummi. Ummi makan la dulu, nanti kalau kakak rasa nak makan, kakak turun."
"Perut kakak tu bukannya boleh sangat pun. Kakak tu ada gastrik kan? Jom la makan sikit."
"Yelah."
Aku pun dah malas nak berdebat mulut dengan ummi ni kang tak pasal-pasal aku jadi anak derhaka pula. Jadi, aku turunlah makan.
"Kakak kenapa? Ada masalah ke?" Ummi bertanya kepadaku macam dah tahu something je ummi ni.
"Takde masalah pun. Kakak okay je." jawabku
"Kakak dah putus dengan Zayn ke?"
"Mana ummi tahu?"
Aku terkejut macam mana ummi tahu benda ni padahal aku tak bagitahu sesiapa pun lagi sebab baru semalam terjadi.
"Zayn bagitahu ummi pasal benda ni."
"Ohh."
Tanpa aku sedari ummi peluk aku dan aku terasa ada air yang hangat mengalir di pipiku. Ya, aku menangis.
"Dah lah kakak. Jangan menangis sebab jantan. Dia tu bukannya bagus pun untuk kakak. Nanti ada ramai lagi lelaki yang lebih bagus untuk kakak. Mana tahu ummi dapat menantu orang German ke kan?"
"Ummi ni kakak tengah sedih pasal benda ni, boleh pula cakap dapat menantu orang German ishh."
Geram tau aku dengan ummi ni. Tengah sibuk menangis boleh pula cakap pasal menantu.
"Ehee, dah jangan menangis dah. Lupakan je lelaki macam tu. Takde guna pun ingat si Zayn tu. Buktikan dekat dia yang kakak boleh hidup tanpa dia okey? Dah lap air mata tu. Sambung makan tu, biar ada tenaga sikit."
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...