Aku ingin mencari kelibat Elriq tetapi orang lain pula yang aku temui. Aku baru teringat tentang apa yang dikatakan oleh Aaren sebentar tadi. Jadi, tidak salah kalau aku terus bertanya kepada Dania tentang gambar lelaki dalam lockscreen wallpaper dia itu.
"Dania." Aku memanggil Dania apabila melihatnya bersama dengan seorang lelaki. Aku mula mendekati dirinya.
"Eh, Manda." Aku terkejut apabila melihat gerangan lelaki tersebut.
"Najmi?"
"Eh, Manda. Awak buat apa dekat sini?" Tanya Najmi.
"Saya uruskan booth ni. Awak pula buat apa dekat sini?"
"Saya saja datang sini. Sebab banyak keluar iklan tentang booth ni. Jadi, why not kalau saya try datang kan. Mana tahu dapat jumpa bakal isteri terus." Najmi tergelak kecil. Aku dan Dania pula berpura-pura gelak sambil memandang antara satu sama lain.
"Manda, jomlah. Aku rasa suami kau tengah cari kau tu." Kata Dania.
"Suami? A...awak dah kahwin ke, Manda?" Tanya Najmi dengan kening yang sedikit berkerut. Aku mengangguk perlahan.
"Haah, saya dah kahwin. Dah setahun dah." Aku tersenyum manis terhadapnya.
"Kami minta diri dulu, ya? Bye." Ucap aku dan Dania serentak. Setelah itu, kami berdua terus meninggalkan Najmi keseorangan di situ.
"Yang kau pergi borak dengan mamat tu dah kenapa?" Aku bertanya kepada Dania sambil menuju ke arah bilik Black Snakes yang Elriz sediakan di booth itu.
"Mana lah aku tahu dia tu cringe." Jawab Dania. Kami mempercepatkan langkah kami kerana apabila kami memandang ke belakang, kami melihat Najmi mengekori kami.
Kami sudah dapat melihat bilik Black Snakes yang disediakan oleh Elriz. Kami terus berlari pergi ke bilik itu dengan segera.
"Eh, yang korang berdua ni dah kenapa? Macam kena kejar dengan zombie je." Kata Bella. Kami melihat semua Black Snakes sudah berada dalam bilik itu.
"Tak...takde pape." Kami berdua berkata serentak sambil tercungap-cungap.
"Kau kenapa ni, Dania?" Aaren mendekati Dania dengan keadaan yang agak risau. Dania memandang pelik ke arah Aaren.
"Mmm, takde pape pun, Ren. Aku okay je." Kata Dania.
"Ni, aku ada belikan sikit makanan untuk kau. Aku nampak macam sedap je, aku terus teringat dekat kau." Kata Aaren. Kami semua terus memandang Aaren dengan terkejut.
"Eh, tak. Maksud aku, aku terus teringat dekat Black Snakes." Sambung Aaren lagi sambil mengusap belakang lehernya. Dania dan Harith pula sudah tergelak kecil dalam bilik itu.
"Kalau dah suka tu cakap jelah, bro. Nanti tunggu lama-lama melepas pulak." Usik Harith terhadap sepupunya itu.
"Diam, gorilla!" Kata Aaren dengan tegas. Dia berasa malu kerana terlepas cakap sebentar tadi. Semua ahli Black Snakes tergelak besar melihat wajah cuak Aaren.
Setelah selesai event booth itu, kami semua terus pulang ke rumah masing-masing. Jam menunjukkan sudah lewat malam tetapi aku masih tidak boleh melelapkan mata. Aku bangun dari katil lalu aku membuka komputer riba kepunyaanku. Aku mencari maklumat tentang Taufiq dan Najmi. Aku kaitkan mereka berdua dengan lelaki bertopeng itu. Aku boleh rasakan bahawa salah seorang daripada mereka adalah lelaki bertopeng. Aku menekan-nekan papan kekunci pada laptop itu. Pada ketika ini, Elriq berada di ruang tamu. Dia juga tidak dapat melelapkan matanya. Mungkin kerana kami tidak terlalu penat.
Aku kembali fokus pada skrin komputer aku. Aku mencari tentang latar belakang Taufiq dan Najmi tetapi aku menjumpai maklumat tentang Taufiq sahaja. Aku membaca semua maklumat yang aku dapat. Aku terkejut apabila dalam data tersebut disebut tentang bekas banduan. Mata aku sedikit terbeliak dan badan aku automatik menggigil. Kemudian, aku terdengar pintu bilik aku ditutup. Aku pun terus menutup laptop itu. Elriq mula memandang curiga terhadap aku.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...