CHAPTER 8

465 21 0
                                    

"Ya Allah, tak sangka esok dah masuk uni. Malasnya nak study balik. Tak boleh ke tak wujud exam-exam ni. Nak study, study jela tapi tak payah sampai wujudnya exam. Haihh malas tau nak belek-belek buku lagi. Baik aku belek novel lagi bagus." Bebelku sendirian.

Ya, aku memang hantu novel. Kalau boleh setiap kali ada novel baru keluar atau ada pesta buku, mesti aku wajib pergi sana.

"Kakak."

Aku terkejut apabila ummi main terjah je bilik aku. Nasib pakai baju, kalau tak pakai baju tu taktahu nak cakap apa.

"Ya."

"Barang semua dah ada ke untuk bawa esok?"

"Dah, tu beg kat tepi tu. Kakak bawa 2 luggage je sebab dekat je uni dengan rumah so takdelah bawa barang banyak sangat."

Aku dapat UITM dekat Seremban 3 tu je yang tempat aku bekerja jadi pengawas peperiksaan tu. Aku, Adila, Husna dengan Nadia dapat uni yang berbeza. Husna dapat UITM dekat Melaka, Adila dapat UTEM dekat Melaka juga dan Nadia dapat UPSI dekat Perak. Bermulalah esok perjalanan baru untuk kami semua.

"Kakak jaga diri tau dekat sini, kalau ada apa-apa bagitahu ummi ya?"

"Ya, ummi."

Aku pun mencium tangan ummi dan abah. Aunty Lin dan Uncle Jason pun ada sekali termasuklah anak kedua mereka.

"Amanda, nanti kalau ummi dengan abah Manda tak dapat nak tolong, Aisya boleh minta tolong dengan aunty dan uncle ya. Rumah kami pun dekat je dengan uni Manda ni."

"Baik, aunty."

"Haah kak, aunty Lin pun ada boleh tengok-tengokkan kakak. Kalau nanti tak dapat call ummi, kakak call je dengan aunty Lin tau."

"Baik, ummi."

Aku pun menyalam tangan aunty Lin sebelum mereka semua bergerak untuk pulang ke rumah masing-masing. Tapi yang sorang ni tak reti nak bergerak juga ke? Nak suruh aku ambilkan kerusi roda ke baru boleh bergerak?

"Yang awak ni tak reti nak balik ke?"

"Hehe, saya nak cakap sikit dengan awak." Elriz berkata sambil tersengih kepadaku. Rasa nak cabut je semua gigi dia sekarang ni.

"Awak nak cakap apa?"

"Nanti kalau awak perlukan pertolongan, awak terus call saya tau jangan call Aunty Leha atau mummy."

"Kenapa pula?"

"Adalah. Okay byee, shawty." Elriz tergelak kecil apabila dia memanggil aku shawty. Dia ingat aku ni tak tahu agaknya yang dia ejek aku pendek. Ishh dasar tinggi macam tiang betul. Elriz pun berlalu pergi meninggalkan aku sendirian.

Ya Allah, tak sampai seharian lagi ni dah rasa nak balik. Huwaaaaaa, ummi nak balikkkk!!!

"Hai, nama saya Zenia Sofiya. Awak boleh panggil saya Sofiy." Kata perempuan itu dengan senyuman yang manis di bibirnya.

"Hai, nama saya Aisy Amanda. Awak boleh panggil saya Amanda." Balasku.

Aku rasa nak menangis je sekarang ni sebab tengok tinggi dia melebihi ketinggian aku. Aku ni tinggi 157 cm je. Memang dasar pendek la kau ni Esma.

"Uniknya nama. Saya tak pernah lagi jumpa nama Aisy lepastu perempuan pula tu. Nama keturunan ke?" Tanya Sofiy.

"Eh, takdelah. Bukan nama keturunan pun cuma nama saya dengan ayah sama bermula dengan Aisy."

"Ohhh."

"Btw nama awak pun unik juga. Tak pernah saya jumpa nama Zenia. Selalunya saya jumpa dalam novel je ehee."

"Awak minat baca novel ke?"

"Haah, kenapa?"

"Omaigod, saya pun suka baca novellll. Ya Allah, tak sangka ada juga orang minat baca novel."

"Aaaaaa, yeayyyy ada geng novel. Boleh la lepasni saya borak pasal novel dengan awak. Kalau tak, saya asyik baca sorang-sorang je lepastu takde sape nak layan saya punya cerita. Hahahaha."

"Samalah dengan saya ni."

"Okay semua, sila berkumpul dekat sini."

Ketua fasilitator memanggil semua pelajar untuk memulakan orientasi. Maklumlah masuk tempat baru je mesti kena orientasi dulu.

"Jom, ketua dah panggil dah tu."

"Jom."

Aku dan Sofiy pergi ke arah abang fasi itu.

Dah 4 bulan aku dekat UITM ni. Dah sampai masa untuk aku pulang ke rumah sebab cuti sem sudah bermula.

"Sofiy, kau balik pukul berapa?" tanyaku kepada Sofiy yang terlihat sedang menunggu keluarganya tiba.

"Aku taktahu. Tadi ayah aku kata dah on the way datang sini. Lepastu 5 minit tadi, ayah aku kata kereta dia tersekat dekat tengah jalan sebab tayar bocor." Jawab Sofiy.

"Laaa, kalau macam tu kau balik dengan aku jela. Nak?"

Aku harini tak balik dengan keluarga aku tapi balik dengan...

Pin Pin!!!

"Manda, jom." Panggil Elriz.

"Jap eh Fiy." Aku pergi ke arah Elriz.

"Riz."

"Haa."

"Kawan aku nak tumpang boleh tak? Kereta ayah dia rosak kat tengah jalan. Diaorang tengah tunggu towing sampai."

"Rumah dia dekat mana?"

"Dekat je dengan rumah kita. Dekat Sendayan tu."

"Boleh boleh. Dia ada bawa luggage ke?"

"Takde pun. Dia bawa beg sandang je."

"Ha okay."

"Fiy, jom balik dengan aku."

"Takpe ke? Tak susahkan?"

"Jangan risau, awak tak susahkan saya pun."

Tah sejak bila si mamat ni berdiri dekat sebelah aku. Kalau pasal perempuan kemain laju je. Aku tak faham la dengan dia ni, muka punya la helok tapi takde girlfriend. Macam menipu je.

"Mmm okay."

Elriz bukakan pintu untuk Sofiy manakala aku? Tunggu sampai kiamat pun lambert lagi dia nak bukakan pintu untuk aku.

"Terima kasih."

"Sama-sama."

Aku perhati je perangai 2 ekor ni. Kemain eh dedua. Tahulah dua-dua single sekarang ni. Haihh.

"Apa nama awak?" tanya Elriz kepada Sofiy.

"Nama saya Zenia Sofiya. Awak boleh panggil saya Sofiy." Jawab Sofiy.

"Ohh."

"Mmm awak?" Tanya Sofiy.

"Nama saya Elriz Alfan. Tapi awak boleh panggil saya Elriz je atau Riz."

Mata aku curi-curi memandang ke arah Elriz and yess, dia tengah senyum dekat Sofiy. Sah memang tengah angau mamat ni. 





Saya dah update new chapter, i'm sorry if this chapter macam bosan sikit maybe sebab hero belum keluar lagi ehee. Btw thank you tau siapa yang sudi nak baca my story ni. Love u guys! Sama-sama tolong promotekan cerita ni okey, muahh!

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now