CHAPTER 39

189 6 0
                                    

"Abang, kita nak pergi mana?"

"Ikut je."

"Abang, semalam kan Aisy jaga Zahra lepastu ya Allah, comelnya dia tu, abang. Aisy suka tengok pipi dia tu. Gebu je. Aisy tengok happy je diaorang tu. Complete je. Ada ibu, ada ayah and ada anak. Kan, abang?"

Aku memandang ke arah suami aku yang sedang khusyuk memandu. Dia tidak memberikan apa-apa jawapan. Dia tahu aku akan terasa apabila sebut pasal anak. Mana taknya, semalam 3 orang makcik bawang kutuk aku pasal anak.

"Eh, Lin. Ni ke menantu sulung kau tu?" makcik bawang 1.

"Ya, cantik kan? Menantu bongsu aku dekat luar rasanya dengan Riz."

"Cantik tu cantik je cuma tulah mungkin lagi cantik kalau ada anak."

"Apa cakap pasal anak pula ni? Kau ni, Mah. Jangan nak mengutuk kat sini."

"Manda, jangan layan diaorang ni sangat. Mummy nak pergi cari mak Qasrina jap ya."

"Baik, mummy." Aunty Lin mengusap kepalaku sebelum berlalu pergi.

"Nama panjang kamu apa?" Tanya Makcik bawang 2.

"Aisy Amanda, makcik." Jawabku.

"Patutlah si Riq tu suka sangat dengan kamu. Rupa-rupanya sebab ada nama Aisy je." Sambung lagi makcik bawang 2.

"Jangan-jangan dia kahwin dengan kamu pun sebab nama tu je. Bukan sebab sayangkan kamu." Makcik bawang 3.

"Elriq bukan macam tu, makcik." Aku masih boleh berkata sopan lagi dekat mereka ni.

"Makcik dengar haritu kamu keguguran, ya?" makcik bawang 1.

"Ya, makcik. Mungkin takde rezeki lagi nak ada anak."

"Kalau kamu rasa kamu tak boleh nak kawal perasaan kamu time mengandung tu, better kamu serahkan je Elriq ni dekat orang lain. Mungkin dengan orang lain, dia boleh dapat anak cepat." Makcik bawang 1.

Aku mendengar sahaja apa yang dibualkan oleh mereka bertiga ni. Aku masih boleh tersenyum kepada mereka walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

"Kadang-kadang lelaki ni memang lah depan kita cakap boleh tunggu sampai kita bersedia. Tapi, jangan lah terkejut kalau nanti tiba-tiba dia pergi cari perempuan lain." Makcik bawang 3.

"In Sya Allah, Elriq bukan lelaki macam tu. Lagipun, dia pernah cakap dengan saya yang dia tak kisah lambat atau cepat dapat anak ni asalkan kami bahagia." Balasku.

"Kenapa lah si Elriq tu pilih kamu kan. Anak makcik tu dah lama minat dekat dia dari sekolah menengah lagi. Lagipun, jarak umur mereka takdelah jauh beza sangat. Kamu dengan Elriq jarak umur 6 tahun kan?" makcik bawang 2.

"Kamu tahu tak Elriq tu pernah je suka dengan Aisyah anak makcik. Tapi sejak kamu datang dalam hidup Elriq, semuanya hancur. Kamu tu sedar tak kamu penyebab masjid yang nak dibina runtuh?" makcik bawang 2.

Aku mengabaikan je apa yang mereka ni katakan. Aku cuma mampu memberikan senyuman kepada mereka bertiga. Tiba-tiba ada seseorang menarik tanganku untuk bangun. Aku mendongak untuk memandang siapa gerangan itu. Ternyata, Elriq Alden.

"Abang."

"Dah puas ke kau kutuk isteri aku ni?!" Dada Elriq naik turun menahan marah dengan makcik bertiga itu.

"Riq, betullah apa yang kami cakap. Kamu yakin ke isteri kamu ni boleh bagi kamu anak lagi? Dia tu pernah keguguran mesti susah nak dapat anak lepasni." Jawab makcik bawang 2.

"Aku tak kisah lah kalau aku takde anak sekalipun. Daripada ada anak tapi dapat pula anak macam anak kau tu. Suka merosakkan hubungan orang lain." Balas Elriq.

"Lagi satu, sejak bila pula aku ni pernah suka dekat anak kau tu? Muka tu dah lah tak cantik lepastu siap berpackage lagi dengan perangai cam sial." Aku terus menoleh ke arah suami aku itu. Aku terkejut dengan kata-kata dia. Aku tahu Elriq ni seorang yang baran tetapi bila dengan aku dia pandai kawal baran dia.

"Aku nampak kau hina isteri aku lagi, muka kau, kau dengan kau, aku humban dalam parit dekat belakang tu. Faham!" Elriq terus membawaku keluar dari rumah itu. Aku sempat memandang wajah mereka bertiga. Cuak muka mereka apabila kena sergah dengan Elriq.

"Abang, Aisy cakap dengan abang ni. Mengelamun pula dia ni."

"Ya, sayang. Dah lah, tak payahlah cakap pasal anak dah. Kita cakap pasal makan pula. Sayang nak makan apa?"

"Ikut abang lah. Tapi, Aisy craving nak makan A&W lah, abang. Boleh ke?"

"Anything for you, my prinzessin." Elriq mencubit pipi sebelah kananku dengan kuat sampai meninggalkan kesan berwarna merah.

"Sedapkan, abang. Aisy taktahu lah sekarang ni Aisy asyik craving nak makan A&W je." Aku mengomel sambil ada makanan dalam mulut.

"Makan dulu, sayang. Lepas makan baru boleh bercakap, faham?"

"Ehee, okay abang."

"Abang, abang taknak bagitahu ke kita nak pergi mana ni?"

"Nanti sayang tahu lah."

"Aisy terkejut lah semalam balik dari kenduri tu, abang terus suruh kemas baju. Nasib baju dah basuh. Kalau tak, abang terpaksalah belanja Aisy baju baru."

"Alaa, cakap jelah nak baju baru kan sebenarnya?"

"Aduhh, abang ni. Andai angat lahh." Aku tersengih terhadap suami aku yang sedang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Nanti dekat sana, kita beli baju banyak-banyak ya?"

Aku tunjuk jari okay sambil memberikan senyuman kepadanya. Elriq mencuit hidungku dan aku dapati ada ice cream vanilla di hidungku.

"Abang, jahat lah. Habis bau vanilla dah hidung Aisy ni." Aku mengelap ice cream itu dengan menggunakan tisu.

"Biar jelah bau vanilla. Bau vanilla sedap apa. Nanti boleh lah abang gigit hidung tu."

Elriq tergelak kecil melihat mukaku yang sudah kemerahan akibat kata-katanya itu tadi.

"Abang, kita nak pergi mana ni sampai nak kena naik flight ni?"

"Sayang rasa kita nak pergi mana?"

"Taktahu lah, abang. Takde mood nak fikir."

"Budak ketot ni. Tu, nampak signboard tulis apa?"

Aku melihat paparan skrin yang ditujukan oleh Elriq. Aku betul-betul terkejut kerana Elriq merahsiakan daripada aku semua benda ni.

"Abang, kenapa tak bagitahu yang kita nak pergi German?"

"Abang nak suprisekan Aisy. Kenapa? Aisy tak suka ke?"

"Eeeee, suka lah abang. Gila ke tak suka. Dah lama tau tak pergi German."

"So, kita kalini dating dekat German, okay sayang?"

"Thank you so much, abang. I really love you." Aku terus memeluk tubuh suami aku itu.

Beberapa jam aku tidur dalam flight tu, Elriq mengejutkan aku. Setiap kali bergerak, kerja nak tidur aje.

"Sayang, bangun eh. Kita dah sampai ni."

Aku mencelikkan mataku perlahan-lahan. Aku sedar yang kepala aku berada di atas bahu dia sekarang ni. Aku menggosokkan mataku kerana masih lagi dalam keadaan mengantuk.

"Ngantuk ya, sayang." Elriq mencium dahiku lalu aku mengangguk.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now