CHAPTER 52

158 4 0
                                    

"Sayang, malam ni kita dinner eh. Dah lama tak dinner dengan isteri abang yang cantik ni." Ajak Elriq.

"Okay, abang. Tapi kita nak dinner dekat mana?"

"Ikut je. Know know sampai juga nanti kan?" Aku terus menjeling ke arahnya.

Elriq pergi ke almari baju lalu dia mengambil suite putihnya dan dia mengambil juga dress labuh putih kepunyaan aku.

"Malam ni kita dua pakai baju ni. Sama cantik sama padan. Kan, prinzessin?" Tanya Elriq sambil meletakkan baju itu di atas katil.

Aku terus memberikan senyuman yang manis kepada suami aku itu.

Setelah selesai solat maghrib, aku terus bersiap untuk keluar dinner malam ni. Aku sarungkan dress putih yang dipilih oleh Elriq sebentar tadi dan aku sarungkan juga shawl putih yang mempunyai corak di kepalaku. Beberapa minit kemudian, aku terus turun ke bawah dan aku dapati suami aku sedang berada di ruang tamu.

"Abang." Aku memanggil Elriq. Elriq menoleh ke arah aku dan aku perasan dia sedikit tergamam dengan penampilan aku sekarang ni.

"Tutup mulut tu takut nanti lalat masuk pula." Aku berkata sambil menuju ke arahnya. Elriq cepat-cepat menutup mulutnya yang sedikit ternganga itu.

"Can...cantiknya, sayang. Kenapa malam ni cantik sangat? Abang hidup lagi ke?" Tanya Elriq.

"Kenapa abang cakap camtu pula?" Aku bertanya semula kepadanya dengan kening yang berkerut.

"Abang rasa macam nampak bidadari je sekarang ni." Aku dan Elriq tergelak besar. Susah betul dapat suami yang tak pernah nak serious ni.

Aku dan Elriq terus berlalu pergi ke arah kereta.

Selepas 1 jam 30 minit dalam kereta, akhirnya aku dan Elriq tiba di destinasi. Aku melihat tempat itu. MashaAllah, cantiknya. Turn aku pula untuk tergamam sekarang ni. Elriq membawa aku dinner di sebuah hotel. Kami berdua masuk ke bilik yang dah ditempah oleh suami aku.

"Cantiknya, abang. Abang yang buat semua ni ke?"

Elriq sempat tersengih dulu sebelum menjawab soalan aku itu.

"Abang tempah je diaorang yang buatkan semua ni. Tapi yang ni abang buatkan." Elriq tunjuk ke arah sejambak bunga ros putih yang sangat cantik hiasannya.

"Aaaaa, abang. I love it so much. Cantiknya white rose ni. Kena pula dengan tema baju warna putih malam ni. Abang, thank you so much. I really love you, encik husband." Aku memeluk erat tubuhnya lalu Elriq mencium ubun-ubun di kepalaku dengan lembut.

Aku dan Elriq menuju ke meja makan yang disediakan lalu dia menarik kerusi untuk berikan aku duduk. Setelah itu, Elriq juga mengambil tempat di hadapan aku.

"Kenapa abang buat semua ni?" Aku bertanya kepada Elriq sebaik sahaja kami menjamu selera.

"Ich weiß nicht, ob du daran denkst oder nicht. Aber es ist unser erster hochzeitstag. Erinnerst du dich nicht, welches datum heute ist?" Apabila aku mendengar Elriq bersuara sebegitu, aku terus mengeluarkan telefonku. Elriq yang perhatikan gerak geriku terus mencetuskan tawa.

"What are you doing, prinzessin?"

"Aisy nak translate lah apa yang abang cakap tu." Jawabku. Tiba-tiba aku terfikir macam mana nak tulis ayat yang disebut oleh Elriq tadi eh. Aku memandang ke arah suami aku itu.

"What, prinzessin?" Tanya Elriq dengan kebingungan.

"Boleh tak abang type kat google tu ayat abang tadi. Aisy taktahu lah macam mana nak eja satu-satu ayat tu."

"Come, sayang." Aku menyerahkan telefonku kepada Elriq lalu Elriq menekan-nekan skrin di telefon pintar aku itu. Selepas 2 minit, Elriq menyerahkan semula telefon itu kepada aku.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now