"Abang, Aisy tunggu abang dekat bawah boleh?"
"Sayang, sekejap lah. Kita turun sama-sama. Lagipun, bahaya la kalau sayang turun sorang-sorang. Aisy tu dah lah perempuan."
"Mmm, okay abang."
"Abang pergi mandi kejap eh."
"Oceyy." Aku tersengih macam kerang tak masak dekat suami aku itu.
"Thank you ah Riq sebab belanja kitaorang semua." ucap Iqbal.
"No hal bro. Lagipun korang semua ni kawan. Diaorang panggil sayang apa? Aisy ke Amanda?" Tanya Elriq kepada aku.
"Amanda." Jawabku sepatah.
"No hal bro. Lagipun korang semua ni kawan Amanda, benda tu tak jadi masalah pun." balas Elriq.
"Wey Riq, daripada kau belanja diaorang ni semua baik kau sponsor wedding aku." kata Harith.
"Tu minta cousin kau tu. Dia terpaling kaya antara kita ni."
Memang betul antara mereka berenam, Aaren yang terpaling kaya kerana dia mempunyai dua buah syarikat milik ayahnya. Satu di Malaysia dan satu lagi di German.
"Korang semua ni rapat ke dengan Amanda?" Aaren mengubah topik perbualan kerana dia tidak ingin terlibat sama dalam kes si Harith itu. Aku dengan Elriq dah tergelak kecil di tepi Harith.
"Sabarlah bro." Elriq berkata sambil mengusap belakang kawannya itu.
"Takdelah rapat sangat. Kawan biasa-biasa je. Kitaorang kenal pun sebabkan Zayn ni." terang Sufian.
"Ohh." balas Aaren.
Setelah selesai makan, Elriq memberi duit kepada Aaren untuk membuat pembayaran manakala yang lain tunggu di luar. Elriq ternampak yang Zayn keseorangan pada masa itu.
"So, Zayn, right?" tanya Elriq.
"Ya." jawab Zayn sepatah.
"Dah puas dengan anak dara orang, kau enjoy pula dekat sini." balas Elriq.
Zayn terkejut dengan kata-kata Elriq sebab dia tak sangka yang lelaki ni tahu apa yang terjadi 2 tahun lepas.
"Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat dekat wife aku. Aku takut nanti nyawa kau, aku yang tamatkan." bisik Elriq dengan nada keras.
Elriq sememangnya simpan dendam terhadap Zayn kerana kelakuan Zayn terhadap isterinya. Belum sempat mereka menamatkan perbualan, Amanda datang ke arah suaminya itu.
"Abang."
"Yes, my prinzessin."
"Jom, kita masuk bilik. Aisy dah mengantuk lah."
"Okay sayang."
Mereka berdua meninggalkan Zayn keseorangan di situ.
"Abang borak apa dengan Zayn tadi?"
"Nothing much. Just tanya khabar dia."
"Huhh?"
"Takde pape, prinzessin. Dah, tidur. Tadi kata dah mengantuk kan?"
"Haah."
"Abang, Aisy minta maaf."
"For what, sayang?"
"Sebab tak boleh nak bagi hak Aisy sebagai isteri."
"Hey, prinzessin. Abang pernah cakap kan yang abang tak kisah pun pasal zuriat ni. Bagi abang, ada Aisy pun dah cukup. Anak tu memang rezeki daripada Allah tapi siapa kita nak tentukan bila kita kena dapatkan anak tu, betul tak? Kita still boleh bahagia without a baby tapi kalau dah sampai masanya nanti, kita usaha lah sama-sama okay?"
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
Roman d'amourElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...