"Amandaaa." Semua ahli Black Snakes datang melawat aku di hospital. Mereka membawa banyak makanan tapi malangnya, aku tidak boleh makan sebarang makanan kerana aku tengah berpantang.
"Aaaa, rindunya dekat kau." Para isteri memeluk Amanda dengan erat. Mereka sangat sayangkan satu sama lain. Mereka juga sanggup membunuh jika ada yang aniaya mereka.
"Aku pun rindu korang juga." Sememangnya aku memang rindu diaorang ni walaupun aku baru jumpa dengan Sofiy, Dania, dan Bella semalam.
"Kitaorang bawa banyak makanan. Jom, kita makan. Tapi kau boleh makan apa je, Amanda?" tanya Harith.
"Dia boleh je makan semua ni tapi sikit je." Elriq mencelah.
Aku memandang suamiku yang sudah memandang tajam ke arah aku. Dia tahu yang aku ni hantu A&W. Jadi, dia tak bagi aku makan banyak sangat.
"Amanda." Panggil Aaren. Aku terus menoleh ke arah Aaren.
"Boleh aku tanya kau beberapa soalan tak?"
"Brother, sekarang ni time enjoy. So, apa kata kau tutup je mulut kau tu sebelum aku letak kau kat tempat Amanda." Harith mencelah sambil meletakkan tangannya di atas bahu sepupunya itu.
"Arghhh." jerit Aaren mengalahkan perempuan.
"Eh, asal?" Tanya Elriz dengan mulutnya yang penuh makanan.
"Ada tengkorak letak tangan dia dekat atas bahu aku." Harith dah pandang sepupunya itu semacam.
"Mamat ni ada yang aku baling dari tingkat 6 ni karang." Kata Harith.
Mereka semua ketawa melihat perangai ketua dan balanya itu.
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Semua ahli Black Snakes meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing.
"Erkk, alhamdulillah. Okaylah, Riq. Aku minta diri dulu sebab tadi dah sendawa jadi aku dah kena tidur." Kata Harith.
"Balik tu gosok gigi dulu baru tidur. Aku takut gigi kau tu berkulat je sebab baunya sampai sini ni." Usik Aaren sambil menutup hidungnya.
"Jalan-jalan makan cili padi, tolong hormat sikit eh budak darjah lima." Balas Harith.
"Jalan-jalan terpijak taik, taik kau lah." Mereka berdua ni tak sah kalau tak buat kecoh. Tapi, kalau time jalankan misi, mereka berdua ni lah paling cepat berubah mood dingin.
"Kitaorang balik dulu tau. Nanti kalau esok kau tak keluar wad lagi, In Sya Allah kitaorang datang melawat kau eh." Kata Hayder.
"Terima kasih ya sebab sudi datang tengok aku even dah malam." ucap aku kepada mereka.
"Small matter." Balas mereka serentak.
"Assalamualaikum." ucap mereka.
"Waalaikumussalam." Aku dan Elriq berkata serentak.
Sekarang tinggal lah aku dengan suamiku yang hensem lagi menawan lagi meletop ni. Aku pandang dia, dia pandang aku. Taktahu nak borak apa punya pasal.
Entah ribut apa yang datang tiba-tiba ni sampaikan aku melihat Elriq melangkah ke arah aku. Dia menundukkan sedikit wajahnya untuk melihat wajahku yang sedikit pucat. Tiba-tiba aku dapat merasakan bibirku ditindih oleh bibirnya buat sekian lama.
"Terima kasih sayang sebab tak pernah mengalah dengan dugaan ni."
"Abang, Aisy minta maaf ya pasal baby..." Belum sempat aku nak bercakap, Elriq dah mencelah.
"Abang tak harapkan apa-apa pun pasal anak ni. Bagi abang, Aisy ada di samping abang pun dah cukup untuk buatkan abang bahagia. Pasal tu kita boleh usaha lagi kan?"
Aku mengangguk dan tersenyum mendengar kata-kata suamiku itu.
"Jom, kita tidur abang."
"Jom." Elriq tidur atas kerusi panjang yang sudah disediakan dalam bilik itu. Aku harap sangat kerusi tu selesa la untuk dia tidur. Aku nak ajak dia tidur sama-sama kang takut ada doktor masuk pula. Doktor ni kalau rasa nak check, dia main masuk je bilik tu.
"Saya check Puan Amanda dulu, ya?" Kata doktor yang merawat Amanda semalam.
"Okay, semuanya normal tetapi puan kena banyakkan berehat ya. Kalau boleh, seminggu ni encik kena ada dengan isteri encik ya. Puan Amanda jangan stress sangat ya, tak elok untuk badan." Sambung doktor itu lagi.
"Baik, doktor."
"Harini puan dah boleh keluar. Nanti bayaran semua pergi dekat kaunter ya."
"Baik, terima kasih doktor."
"Sama-sama. Saya minta diri dulu."
Apabila semuanya sudah dibayar, Elriq mengambil kerusi roda lalu meletakkan aku di atas kerusi itu. Dia menolak sehingga sampai di kereta. Dia sangat berhati-hati apabila meletakkan aku dalam kereta kerana takut aku sakit akibat pembedahan ni.
Sampai sahaja di rumah, Elriq terus mendukungku untuk naik ke bilik. Aku diletakkan di atas katil dengan berhati-hati. Aku perasan yang dari dalam kereta, suami aku ni asyik perhatikan aku je.
"Abang, kenapa tengok Aisy macam tu?"
"Nothing, just rindu je."
"Ish, abang ni. Rindu pula padahal tengah ada depan mata ni."
"Sayang, abang nak tanya sayang sikit boleh?"
"Tanya apa tu?"
Elriq dapat merasakan bahawa belum sesuai lagi untuk berbincang tentang gambar yang dia jumpa tempoh hari.
"Takde papelah, sayang. Sayang rest ya. Abang nak turun bawah kejap."
"Abang."
"Yes, prinzessin?"
"Kalau abang duduk dengan Aisy, boleh? Jangan tinggalkan Aisy sorang-sorang, Aisy takut." Elriq tersenyum melihat perangai manja isterinya itu.
"Boleh, sayang. Anything for you." Elriq terus berbaring di sebelahku dan memeluk diriku dengan erat.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...